Monday, March 19, 2012

GEMPAR!! DUA LEMBAGA JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU DALAM SATU MASA??

Gempar! Gempar! Gempar! Maklumat yang baru diterima dari informer JawaBernam. 

Baru sebentar tadi mendapat maklumat dari informer tempatan. Berkenaan dengan perlantikan Lembaga Pengurusan Masjid dan Surau di Selangor. Difahamkan baru-baru ini lembaga pengurusan telah mengadakan satu mesyuarat agong berkenaan pemilihan AJK masjid dan surau di Selangor.

Bermula bulan Mac dan April ini semua Jawatankuasa Pengurusan wajib mengadakan mesyuarat untuk perlantikan AJK yang baru pada bulan Jun atas arahan dari SUK Negeri Selangor.

AJK yang baru dilantik ini sepatutnya mula bertugas pada bulan Jun, tetapi telah dilantik lebih awal bagi persediaan PRU13. Maka jika pakatan kalah, mereka tidak akan hilang kuasa secara mutlak terutama bagi Jawatankuasa Masjid dan Surau di Selangor.

Apa rasionalnya pakatan haram ini mengadakan mesyuarat lembaga pengurusan masjid dan surau lebih awal sedangkan AJK yang lama masih bertugas dan belum lagi habis kontraknya manakala AJK yang baru telah dilantik tapi harus bertugas bermula bulan Jun. Maknanya ada DUA Jawatankuasa Pengurusan dalam satu-satu masjid dan surau.

Khalid Gagap nak play save ke kali ini? Nak kekal berkuasa ke?

No comments:

Post a Comment

comment please.....