Saturday, March 10, 2012

DAP GANTI PAS!! APA IMPLIKASI TERHADAP ISLAM, MELAYU & RAJA?

Artikel ini JawaBernam adalah untuk meluahkan apa perasaan orang Melayu macam JawaBernam dalam negara kita yang maju tapi masih dibawah kepimpinan yang 'kejam'. Mengambil peluang dari 'kekejaman' yang dibuat oleh kerajaan, maka DAP  sudah nampak ada ruang dan peluang dalam mendapat undi dan menarik ahli-ahli dari kalangan orang Melayu. Bodoh ke orang Melayu masuk DAP ni?

Bukan nak kata bangsa sendiri bodoh tetapi kesian sebenarnya. Sebab apa? Sebab ada Melayu-Melayu ini yang sebenarnya kecewa dengan kepimpinan ketua mereka sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian. Ini tidak melibatkan nasional pun. Ini adalah masalah dalaman UMNO dan PAS bahagian dan cawangan. Tak percaya? Pergi tanya kenapa mereka ini meninggalkan perjuangan mereka dalam UMNO dan PAS? 

Melayu yang kecewa ini mengambil tindakan drastik untuk tidak menyokong lagi parti Melayu. Kekecewaan dan sakit hati yang diterima amat perit untuk ditelan. DAP yang kita sedia maklum amat dahsyat sekali penerimaan mereka ke atas orang-orang Melayu khususnya kerana strategi mereka telah berkesan. Maka tidak mustahil pada PRU-13 nanti DAP akan meletakkan orang Melayu sebagai calon dan berada di bawah bendera DAP dan sekaligus menjadi boneka hidup kepada parti rasis ini. Maka akan tercapailah hasrat DAP untuk memerintah Malaysia dan Melayu serta Islam akan digugurkan dari perlembagaan negara. Sultan akan terus-terusan dihina. Apa lagi yang tinggal pada orang Melayu? Bertindaklah sebelum berlambat. Fikirkan.

Kita memang ada kuasa untuk memilih tetapi buat lah pilihan yang betul untuk menjamin Melayu agar akan terus segar di bumi Malaysia dan Islam akan terus mekar berkembang keseluruh dunia. InsyaAllah.

1 comment:

  1. WALAU MELAYU ITU MERAJUK SEKALI PUN,TAKKAN MELAYU ITU TIDAK ADA ASAS AGAMA LANGSUNG UNTUK FIKIRKAN TINDAKAN MENYOKONG DAP ITU BETUL ATAU SALAH.JANGAN MERAJUK SEHINGGA KAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA DAN DIRI SENDIRI NAK DIGADAI.KITA KENA MATANG UNTUK BERPOLITIK.MELAYU YANG MERAJUK SEBEGITU SEBENARNYA HANYA MELAYU.HANYA ADA ROH MELAYU DALAM JIWA MEREKA DAN ORANG MEMANGGIL MEREKA MELAYU.TIDAK ADA ROH LAIN DALAM JIWA MEREKA.ROH ISLAM TAK ADA.NASIONALISMA TIDAK ADA.MEREKA PAKAI SERBAN,KOPIAH, NAMPAK ISLAM TAPI...... DILUARAN DALAM MEREKA KOSONG, DISINI RUANG UNTUK PIHAK MUSUH MASUK DAN MENAWAN KITA.SUBHANALLAH...

    ReplyDelete

comment please.....