Friday, March 16, 2012

ADAKAH KERANA YB INI KERANI DIA DITAMPAR TERTUBI-TUBI???


KLANG UTARA - Seorang kerani wanita pejabat seorang wakil rakyat di kawasan ini mendakwa dipukul dan ditampar seorang lelaki, dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa berusia 28 tahun itu mendakwa, dia didatangi lelaki berkenaan sekitar jam 12 tenah hari yang memberitahu kehadirannya ke pejabat itu untuk menemui wakil rakyat bagi urusan berkaitan lesen.

Menurutnya, mangsa memaklumkan, hasrat lelaki berusia 28 tahun itu tidak dapat ditunaikan apabila wakil rakyat terbabit tiada di pejabat.

"Berlaku pertengkaran mulut antara kedua-duanya sebelum wanita itu mendakwa dia dipukul dan ditampar lelaki berkenaan yang secara tiba-tiba naik angin," katanya.

Mohamad Shukor berkata, kejadian itu disaksikan beberapa orang yang berada dalam pejabat berkenaan, namun tidak pasti apa punca pergaduhan itu.

"Tidak lama kemudian lelaki itu terus beredar dari pejabat, berikutan insiden itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kapar.

"Buat masa ini, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada benar dakwaan wanita itu dipukul atau sebaliknya memandangkan tiada kecederaan dapat dikesan," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, polis juga sedang mengesan lelaki berkenaan yang dipercayai melarikan diri bagi diambil keterangan balasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan. -SINAR

1 comment:

comment please.....