Thursday, February 2, 2012

PERUTUSAN AYAHANDA UiTM. HAYATILAH



Hadirin yang saya kasihi sekalian; 

Di dalam negara yang majmuk penduduknya ini, semua kaum, termasuk Melayu dan Bumiputera, China, serta India, majoritinya mahukan keamanan dan menerima kerajaan yang sedia ada. Semua kaum ini adalah rakyat Malaysia, yang cintakan negara, ini. Kita mesti bersatu, saling hormat menghormati antara semua kaum, bangsa,dan agama yang berbeda. Walau bagaimana pun, sesama seagama dan sebangsa, janganlah pula kita bergaduh. 

Sebagai kaum majoriti, 60% dalam negara ini, adalah menjadi tanggung jawab dan kewajipan orang Melayu dan Bumiputera mempertahankan kerajaan kita sekarang. Jika bukan kerana kerajaan sekarang, UiTM ini, bangsa Melayu dan kaum Bumiputera, tidak mungkin sampai ke tahap pencapaian kita sekarang.

Saya hairan kenapa kita mesti berpecah belah seperti yang berlaku sekarang. Kita sepatutnya sudah bijak untuk menilai kerajaan yang telah menaikkan dan mempertahankan bangsa kita. 
Kadang-kadang saya malu dibuatnya.

Baru-baru ini saya balik ke Pulau Pinang, ada reunion dengan kawan-kawan darjah satu dulu. Dari dulu lagi kami tiga puluh orang semuanya. Saya sorang saja Melayu, yang lain semuanya Cina. Kami bercakap tentang banyak perkara, termasuklah politik. 

Kawan-kawan saya ni kata (dalam Bahasa Hokien) .... maksudnya: "Ke mana perginya keintelektualan orang Melayu? Kenapa Melayu nak jatuhkan kerajaan sekarang? Kalaulah kami orang Cina kaum Bumiputera, dan kerajaan ini memberi hak istimewa kepada kami, kami akan bermati-matian mempertahankan kerajaan ini!"

Malu mendengar ungkapan yang keluar dari mulut sahabat saya yang berbangsa Cina itu....

Jadi saudara-saudari, kita harus bersyukur, kita mempunyai kerajaan yang memperjuangkan untuk bangsa kita, dan semua kaum yang lain. Kaum kita yang masih ketinggalan ini akan terus dibela, akan terus dipertahankan.

Kita harus bijak. Kita mesti mempertahankan kerajaan ini, agar apa yang kita ada akan terus dikekalkan, akan terus dipertingkatkan.

Kita tidak mahu UiTM hilang. Kita tidak mahu hak-hak kita hilang. Kita tidak mahu kemudahan untuk kita beribadah hilang. Kita tidak mahu harapan anak cucu kita hilang. Kita tidak mahu bangsa kita hilang.

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA

31Januari2012
(ucapan perutusan tahun baru)

3 comments:

  1. SAYA SOKONG MESEJ VC UITM INI. DIA BERANI BERSUARA. SAYA RASA SANGAT RAMAI ORANG MELAYU GOLONGAN TERPELAJAR DAN PROFESSIONAL YANG BERSEPENDAPAT DENGAN VC UITM INI. SAYA SALAH SEORANG DARIPADANYA. SAYA BERJAYA MELEPASKAN DIRI DARIPADA BELENGGU KEMISKINAN KERANA JALAN YANG DISEDIAKAN OLEH UMNO. TANPA UMNO, SIAPALAH KITA.

    ReplyDelete
  2. Hanya melayu tak sedar diri dan mudah lupa saja yang berusaha menumbangkan Kerajaan pimpinan UMNO. Ini terjadi kerana terpengaruh dengan Anwar Ibrahim. Itu dulu. Sekarang, Anwar Ibrahim mulai dilihat sebagai badut saja. Kita akan lenyapkan Anwar Ibrahim dari gelanggang politik Malaysia pada PRU13 nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. wak.. mana dapat perutusan vc ni.. rasa tak publish kat media pun..

    ReplyDelete

comment please.....