Sunday, February 12, 2012

MUKA MAFIA SUDAH TERDEDAH! MAHU SOROK KES, KASI BUNUH SEMUA ORANG!

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan pendedahan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang membuat pendedahan dahsyat dan mengejutkan tentang kes kematian Patrick Wong yang kononnya menghalang pencuri yang mencuri dirumahnya. Tetapi atas pendedahan RPK, kita mula dihantui balik dan flash back tentang kejadian yang tak disangka-sangka itu. Adalah menjadi pelik apabila Patrick Wong mati akibat jatuh dari balkoni? Tetapi mengikut kata penulis blog Free Malaysia Today yang Patrick Wong mati akibat dicampak dari atas. Mula timbul keraguan atas kematian Patrick Wong yang merupakan orang kuat pakatan dan mungkin menyimpan rahsia besar pakatan rakyat. Dan kemungkinan besar mendiang dibunuh oleh samseng-samseng upahan DAP yang sentiasa sedia bila-bila masa.
Parti yang sedia maklum dari pecahan parti terbesar di Singapura yang menidakkan hak orang Melayu Singapura, DAP telah merancang strategi secara halus dan tidak nampak untuk merampas dan menghakis pemilikan tanah dari negeri Pulau Pinang. Jika rancangan mereka berjaya maka akan adalah Second Singapore yang mengepung Tanah Melayu di utara dan selatan. Tanah Melayu terhimpit. Maka supaya rahsia-rahsia besar mereka tidak akan bocor jadi mereka yang punya kepentingan dalam hala tuju parti rasis ini akan dibunuh jika diugut keluar parti.
Ok kita flash back kejap. Jika kita perhati betul-betul kes Patrick Wong ni dengan kematian yang mencurigakan, kita lihat kembali kes kematian jurugambar Anwar Al-Juburi tahun 2008.

Ia diceritakan oleh Anwar yang Muhammad Salman ini meninggal dunia akibat dilanggar lari. Its ok jika benar arwah dilanggar lari. Tetapi mengikut fakta kes, selepas tengah malam arwah dikatakan baru selesai menjalankan tugasannya dirumah berkaitan foto-foto yang diambil semasa kempen PKR untuk PRU 12. Arwah dikatakan keluar rumah sebentar untuk menghisap rokok al-maklum anak tunggal lelaki Dato' Nasharuddin Jalil (bekas setiausaha peribadi Anwar Ibrahim) dan yang lain adik beradik perempuannya jadi tidak mahu rumah berbau asap rokok. 

Kematian Salman telah disifatkan sebagai langgar lagi. Namun persoalan yang belum terjawab hingga hari ini tak kan Salman hisap rokok sampai ketengah jalan?

Mungkin ada persamaan dengan sebab mendiang Patrick Wong dan arwah Salman dibunuh? "AkarUmbi"

No comments:

Post a Comment

comment please.....