Saturday, February 18, 2012

DAP BUAT U-TURN! TIBA-TIBA SOKONG PALESTIN???

Hahahaha...perkara yang paling menakjubkan apabila buka mata pandang pada posting rakan-rakan blogger yang buat artikel pasal DAP sokong Palestin. Dunia nak kiamat ke ni beb? Biar benor si Tony Puaka dari DAP Rasis Melayu dan Islam ni nak sokong Palestin yang terang-terang beragama Islam. RETORIK!

Ini strategi nak tarik undi Melayu ni. Usah nak bohong la yop. Lu sudah keluar dari DAP ka? Takut nanti lu yang mati tiba-tiba sebab kena bunuh dengan geng-geng Israel kat singapura. Hati-hati Tony!

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang terkutuk.

"Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil pendirian untuk menyokong Palestin supaya membentuk sebuah negara bebas.-UTUSAN

2 comments:

  1. Setakat cakap je budak tadika pun boleh cakap sokong palestin. Zahirkan lah.. Kutip dana utk rakyat palestin tu klu ikhlas. Tgk hasil kutipan mcm mana.. Confirm takde sambutan.. Mungkin DAP ada perancangan nak brsekutu dgn Hamas kot..

    ReplyDelete
  2. Ini semua "sandiwara". Kan ramai "bahalol" Melayu yang dah join DAP. Strategi memancing undi Melayu lah tu!. Mari kita renungkan sejenak. PERTAMA : Parti DAP adalah adik kandung PAP Singapura. This is an open secret. Satu Malaya tahu. Dasar PAP Singapura adalah berbaik-baik dengan Israel. Malah sedang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel dan kiblat mereka adalah Amerika dan Negara Yahudi tersebut. Malah kedutaan Israel di Singapura terletak di satu kawasan yang istimewa jauh daripada kedutaan asing yang lain. Mana mungkin dasar DAP berbeza dengan abang kandungnya PAP. Ini semua adalah jerat. Orang Melayu Islam wajib berhati-hati. Lagi pula Tony Puaka tu berpendidikan di negara Singapura mempunyai pertalian saudara, rakan dan ideologi yang sama. Kalau mereka berjaya nanti akan lain ceritanya. Percayalah. KEDUA : Kalau, ya KALAU mereka berjaya dan Anwar akan jadi PM, maka bersujud kepada Yahudi jugalah gamaknya kerana Anwar telah memberikan sokongan terbuka kepada Israel. Fikir-fikirkanlah. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah.

    ReplyDelete

comment please.....