Wednesday, February 1, 2012

HASAN ALI @BANGI: JAWABERNAM DITAHAN OLEH BADIGOL SO'OD!!











 Jika GAP gambar dari belakang khemah, meh JawaBernam amek gambar dari tepi khemah pentas ceramah. hehe. JawaBernam sebenarnya malas nak pergi sebab memang dah sedia maklum asal ade ceramah Hasan Ali mesti kena jalan kaki 1km. Habislah lemak-lemak yang dibela selama berpuluh tahun terbakar. Tetapi dek kerana ajakan rakan blogger Sungai Air Tawar, maka JawaBernam pun pergilah dengan penuh semangat.

Sampai agak lewat, tuu diaaa kereta penuh parking kanan kiri jalan. Motor jangan cakaplah. Terpaksalah mendaki bukit Seksyen 2 dengan gigih. Sementara menuju ke medan ceramah di padang, tiba-tiba JawaBernam ditahan oleh dua orang pemuda yang agak purba supaya berpatah balik dan pulang tanpa mendengar pendedahan dari Hasan Ali. Mungkin ini lah "3Line" pembangkang kot. Aaaahh!! Persetankan dengan ugutan itu. Lu sapa nak arah-arah gua. Ptuiii!!!

Sah memang ramai hingga tak cukup jari nak kira. Terpaksalah mengambil tempat ditepi pentas, lagi clear. Ok cukup pasal kejadian pelik menimpa JawaBernam. 3rd Force dan I.M.R (Islam.Melayu.Raja). 3rd Force yang digambarkan sebagai kuasa ke-3 atau pengundi atas pagar yang ramai dan tidak memihak mana-mana parti politik diceritakan oleh Hasan Ali bahawa mereka-mereka inilah yang menentukan nasib I.M.R. Kebanyakannya pengundi Melayu yang masih diawang-awangan, Hasan Ali mengajak golongan ini yang terdiri dari cerdik pandai Melayu supaya bersama-sama dengan beliau untuk menegakkan I.M.R. Mengajak supaya bersama-sama kuburkan Pakatan Haram yang dikuasai oleh DAP dan PKR. PAS hanyalah parasit dalam pakatan pembangkang.

JawaBernam melihat ini peluang Hasan Ali untuk bergerak secara BEBAS dan berjuang sealiran dengan UMNO. UMNO juga memperjuangkan I.M.R sejak dulu, kini, dan selamanya namun ada segelintir sahaja pemimpinnya yang agak terpesong sedikit dari tujuan asal penubuhan UMNO. Mungkin mereka-mereka ini perlu mentelaah kembali buku sejarah. JawaBernam percaya yang Hasan Ali akan disokong oleh ribuan orang Melayu dan Islam malah oleh bangsa lain juga kerana keprihatinan dan segala usaha untuk menegakkan enakmen syariah yang dipandang sepi sejak tertulis lagi.

DAP, PKR, PAS adalah kumpulan pembangkang yang paling celaka sekali berada di Malaysia. Hasrat Republik Malaysia dan "Langkah Mayat Saya Dulu Sebelum Buat Hudud" adalah cita-cita mereka tanpa ada garis Islam pun termaktub di dalam perjanjian Syaitan ini. Hasan Ali menambah, apabila Malaysia sudah jadi negara republikan maka akan tercantumlah Singapura dan Malaysia, akan bergabunglah DAP + PAP, akan ramailah rakyat bangsa asing melebihi Melayu dan akan tergugatlah Islam, Melayu dan Raja. Maka Malaysia hanyalah sebuah negara asing bagi orang Melayu. Tiada lagi sejarah Melaka, Tanah Melayu dan Kedah Tua. Adakah kita tidak sedar akan nasib sendiri di bumi sendiri? Apa yang akan kita ceritakan pada anak kita? Pada cucu cicit kita? Pada anak dan cucu kepada cicit-cicit kita? Merenung nasib berpeluk tubuh. Teruskan dakyah kesatuan umat. Bersatu mengusir DAP dari Malaysia. Takbir!!! Allahu Akbar!!!

Kita layan zikir Hasan Ali @Bangi.

"ISLAM ITU MELAYU, MELAY ITU ISLAM"

1 comment:

comment please.....