Saturday, January 28, 2012

EDISI PRU 13: KALAU LAYAK JADI CALON, GUNA WAYAR PUN BOLEH.

Bahang dan bara Pilihanraya 13 semakin dirasai. 'Ibu Segala PRU'. PM Najib & TPM Muhyiddin sudah lama gigih turun padang melawat kawasan-kawasan rakyat bagi memenuhi harapan rakyat yang sering ditipu oleh pembangkang. Jentera-jentera cyber sama ada dunia realiti atau dunia maya sudah lama menjalankan tugas masing-masing. 

Namun ada beberapa perkara yang agak tidak seronok didengar. Ada yang bercita-cita hendak jadi calon Parlimen. Ada yang bercita-cita hendak jadi calon DUN je. TAPI....Masing-masing malas turun kawasan jumpe pengundi-pengundi. Inilah sikap orang Melayu. Nak jawatan tapi MALAS!

Dek kerana sifat MALAS bakal-bakal calon ni, makanya segelintir bakal-bakal YB ni gunakanlah KABEL seperti Setiausaha Politik, Orang-orang Besar Parlimen dan mengenakan tekanan kepada agensi/ individu terbabit untuk meningkatkan rating. (Wak pon orak paham ki). Tengok lah sendiri perangai orang kita. MALU! BN jangan ulangi perangai lama kalau nak terus menang.

p/s: cikgu wak pernah pesan dulu. "Kalau nak berjaya, buat lah dengan usaha sendiri, kalau tak nanti orang mengata sampai ke mati." "Dah berjaya jangan lupa pandang belakang, kalau tak ada yang belakang, tak ada kau ke depan."

No comments:

Post a Comment

comment please.....