Tuesday, December 13, 2011

KISAH DONGENGAN PAS MAHUKAN UNDANG-UNDANG HUDUD

Hampir mendekati tarikh keramat PRU13 maka timbul lah semula penguatkuasaan undang-undang hudud yang hanyalah sebagai modal bagi menarik undi orang Melayu Islam untuk terus bersama PAS. Retoriknya cerita hudud yang telah masuk entah ke berapa puluh pusingan PRU namun tidak juga direalisasikan oleh PAS walaupun telah berjaya menguasai negeri Kelantan dan Kedah. Undang-undang agama Islam adalah dibawah hak dan kuasa Jabatan Agama Islam setiap negeri dan tidak perlukan kelulusan perlembagaan persekutuan jika benar PAS hendak menggunakan hudud.

Di dalam manifesto PAS yang terkini 'Negara Berkebajikan Tawaran PAS', sedikit pun tidak ada menyentuh tentang pelaksanaan hukum hudud di dalam pemerintahan mereka jika mereka menang dan menguasai Malaysia. Pendokong PAS mungkin telah tertipu oleh parti yang kononnya Islam ini dek kerana mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang unggul. Tidak cukup lagikah Islam di Malaysia? Kita masih mengikut hukum-hukum dan lunas-lunas Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Dan agama Islam masih menjadi agama rasmi negara walau setelah berpuluh tahun Barisan Nasional memerintah. Kedaulatan Islam masih utuh dijaga dengan adanya Sultan dan Agong yang bertindak sebagai ketua agama Islam di Malaysia.

Buku Jing-GAY iaitu buku janji-janji manis Pakatan Haram tidak pernah menyentuh langsung berkenaan penguatkuasaan undang-undang hudud yang mana dilihat lebih menjurus kearah sebuah negara republikan yang mengetengahkan janji pembangkang yang telah hampir habis satu penggal pemerintahan namun tidak nampak langsung perubahan yang dibawa. Aset negeri semakin lama semakin habis ditarah oleh mereka adalah. Apa lagi kepercayaan yang boleh diberikan kepada rakyat Malaysia jika semua manifesto pakatan tidak pernah ditunaikan. Selepas hampir 4tahun memerintah makin ramai rakyat yang tidak berpuas hati dan semakin menyampah dengan janji pakatan yang tidak pernah ditunaikan. Rakyat perlu sedar akan kedangkalan setiap pemimpin pembangkang yang hanya lebih pandai menabur fitnah dari membangunkan negeri masing-masing.

1 comment:

  1. Semoga ada sinar untuk puak-2 PAS melihat kebenaran dan melihat penipuan pemimpin mereka, melihat sikap munafik dan pengkhianat pemimpin mereka. Masih belum terlambat untuk mereka kembali menyokong UMNO demi agama bangsa dan negara.

    ReplyDelete

comment please.....