Thursday, December 22, 2011

1.ISLAM 2.BANGSA MELAYU 3.INSTITUSI BERAJA - HASSAN ALI

"APA GUNA KITA BERSORAK SELEPAS DAPAT PUTRAJAYA SEDANGKAN HATI MENANGIS KERANA AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN INSTITUSI BERAJA ENTAH KEMANA." - HASSAN ALI.

JawaBernam solute kat Dato' Dr. Hassan Ali yang begitu bersemangat mempertahankan alif,ba,ta kerana tidak mahu melihat Islam, Melayu, dan Raja Melayu hilang di bumi Malaya ini. Jika dahulu tika zaman kegemilang PAS sekitar tahun 50an dan 60an memang ramai orang-orang PAS adalah tergolong dari golongan-golongan ulama' yang begitu dihormati dan disegani. Tidak dinafikan yang UMNO juga pernah meminta pendapat dari golongan terdahulu PAS mengenai Islam. Memang ade kolabrasi antara kedua-dua parti terbesar Melayu ini sejak dahulu lagi malah sekarang jika kita lihat dari skop pendapat Hassan Ali yang lebih mirip pandangan Zulkifli Nordin yang mahukan UMNO mendokong cita-cita memertabatkan Islam, bangsa Melayu dan juga institusi Beraja di Malaysia.

Tahun 50an, 60an, 65% pemimpin tertinggi PAS adalah golongan ulama' yang mendokong dan meneruskan legasi pemerintahan khalifah nabi berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala golongan profesional termasuk Hassan Ali sendiri hanyalah sekitar 35% sahaja. Tetapi amat berbeda jika dibandingkan dengan sekarang yang sudah terbalik; ulama' 35%, professional 65%. Mungkin ini akan mengubah landskap dan corak politik PAS sekarang yang jauh berbeza dari PAS dahulu. Tetapi rakyat tetap mahukan PAS yang dahulu yang berpandukan pimpinan ulama' yang tidak dinafikan lagi.

Pendapat JawaBernam secara individu, PAS masih relevan sebagai sebuah parti politik tetapi tidak relevan jika dikatakan sebagai parti Islam kerana golongan ulama' adalah amat sedikit. UMNO sebagai parti terkuat Melayu harus mengambil tanggungjawab ini agar Islam, Melayu dan Sultan Melayu akan terus terbela demi memastikan Malaysia terus menjadi negara Islam yang disegani di pentas dunia.

1 comment:

  1. mengapa sekarang baru sedo...setelah ramai umat islam masok pas.....

    ReplyDelete

comment please.....