Tuesday, November 22, 2011

GARUDA MEROYAN TENGOK HARIMAU MALAYA GIGIT EMAS!!

TAHNIAH HARIMAU MUDA MALAYA!!! Terima kasih kerana berjaya mempertahankan kemenangan "Ibu Emas" dan juga berjaya menaikkan lagi maruah Malaysia yang selalu dipijak-pijak oleh INDON. Yong berharap sangat yang Indon akan mengambil iktibar dari kekalahan ini supaya lepas ini cuba untuk menghormati tetamu dan tidak memijak atau membakar bendera MALAYSIA. Bukan Yong hendak memulakan persengketaan antara dua negara berjiran tetapi tindakan mereka yang begitu fanatik dengan bola seperti penyokong Kelantan amat merugikan negara sendiri. Selepas ini mungkin dunia akan bercakap tentang attitude orang Indon yang semakin melampau hingga sanggup mengancam tetamu mereka sendiri.

Dengar-dengar dua orang penyokong Indon telah mati dipijak semalam semasa penyokong mereka berpusu-pusu keluar stadium akibat hampa dengan skuad kebangsaan mereka. Salam takziah. Boleh cuba diperlawanan akan datang. Yang penting gunakanlah rakyat dari negara sendiri dan usah guna khidmat pemain import yang bermain hanya kerana duit bukan kerana maruah negara sendiri.

Yong melihat dari sudut berbeza kali ini. Sejak bermulanya perlawanan bola sepak Sukan SEA ini, maka berpusu-pusulah penyokong dari segenap ceruk menghadap television memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Dan yang lebih membanggakan, seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa,keturunan,agama, malah ideologi politik boleh duduk bersama dan menyokong Team Malaysia. Kita semua bersatu kerana "Harimau Muda". Tabik spring kat semua rakyat Malaysia. Tahniah dan Syabas!

9 comments:

  1. Saudara, jangan nak samakan penyokong fanatik Indon dengan Kelantan, kerana mereka berbeza matlamat. Penyokong fanatik Kelantan tidak membakar bendera negeri lawan. Tanpa penyokong Kelantan, sukan bolasepak negara Akan tempang, selidik dulu sebelum berkata kata.
    The Red Warrior Teguh Berdiri Bersama Harimau Malaya- GOMO KELATE GOMO

    ReplyDelete
  2. ko ape hal nk samakan penyokong indon nga kelantan???

    ReplyDelete
  3. wei tuan tanah...jgn sbb statement ko tu boleh buat gaduh plak!!ckap pndang2 laaa....jgn sedap ht ko jer nk samakan kami penyokong kelantan nga indon!!!tanpa penyokong kelantan,pincangla bola sepak malaysia!!!ko kena sedar tu!!!

    ReplyDelete
  4. Tiada bezanya penyokong kelantan dengan penyokong negeri tuan janganlah dengki sangat dengan kebangkitan bola sepak negeri kelantan berfikiran waraslah sikit

    ReplyDelete
  5. ya nok samo kae penyokong kelate nga penyokong indon ne bakpo pulop? statement atah tu sedap doh

    'Dan yang lebih membanggakan, seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa,keturunan,agama, malah ideologi politik boleh duduk bersama dan menyokong Team Malaysia'

    tapi gak tibo2 nk jjatuh kelate nie bkpo?? xkeno gnie boh, kalu demo tgk d mano2 stadium kalu penyokong kelate tak dok gak, sunyi jah stadium... supo stadium bratu pong ado, ambo araknyo, demo tuka la statement nie, dop pong bue jah part statement

    'yang begitu fanatik dengan bola seperti penyokong Kelantan '

    ... nie ambo oyak nie demo pehe dok???? nnt ambo translete, tgk bawoh nie deh...

    transelete :- yang ko nak samakan dengan penyokong kelantan nie pehal pulak bro? statement kat atas tu ok dah..

    'Dan yang lebih membanggakan, seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa,keturunan,agama, malah ideologi politik boleh duduk bersama dan menyokong Team Malaysia'

    tapi tiba2 nak jatuhkan kelantan nie pehal bro?? tak kena la macam nie, kalau ko tgk dekat mane2 stadium pun, kalau xde penyokong kelantan mesti sunyi punye bro stadium.. macam stadium bhantu pon ade.

    n aq harap ko ubah la statement tu bro... tak pepasal kang ko cari gaduh dengan penyokong kelantan pulak....!

    ReplyDelete
  6. statement tu benar...dah memang penyokong kelantan lagu tuuu...bakar bas...bakar stadium...betol ape...die bukan nak cari hal dgn supporter kelantan...cuma mengingatkan kembali detik2 betapa fanatiknya penyokong kelantan...negeri lain pun bleh kira dh trauma nk main ngn kelantan...jgn marah2...ubah atitude dulu ye...yg benar tetap benar bro...peace yo!

    ReplyDelete
  7. Sbelum ni fan kelate x der pun tetap meriah, baru jer naik dlm 3 tahun ni... dan tahun ni fan kelate baru la elok sikit perangai... terima hakikat, mmg sebelum ni teruk.. tahun ni aku puji, byk berubah..

    ReplyDelete
  8. pembantu rumah aku warga indon, bibik! hari ini mogok ...... tak nak buat kerja..tahniah harimau muda malaya!..............

    ReplyDelete

comment please.....