Thursday, October 20, 2011

PRU13: PAKATAN SELANGOR TUMBANG, YAYASAN SELANGOR HANCUR

Seperti yang kita sedia maklum bahawa kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram sekarang ini sedang bertungkus lumus hendak menjatuhkan Yayasan Selangor yang dibina oleh UMNO-BN Selangor sejak dahulu lagi. Maka oleh kerana sudah tahu akan nasib mereka yang kian tergugat dari hari ke hari, maka mereka akan bertungkus lumus melesapkan duit kerajaan Selangor untuk dijadikan modal politik kotor mereka. Satu laman web Sel13.com telah mengupas dengan lanjut tentang perihal Yayasan Selangor ini.

Sumber: Sel 13.com

Yayasan Selangor ditubuhkan pada 5 November 1975 di bawah Akta Syarikat iaitu sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang dan kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor, khususnya. Terhasilnya Yayasan Selangor adalah daripada keinsafan beberapa orang cendekiawan yang menyedari bahawa bilangan pelajar Bumiputera sangat berkurangan di sekolah-sekolah menengah yang baik dan terbesar di bandar seperti Kuala Lumpur. Bilangan pelajar Bumiputera dalam jurusan Sains dan Matematik pula sangat ketara jauh ketinggalan berbanding kaum lain.
Itu semua berlaku sebelum Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dari tangan UMNO-BN. Apabila Selangor berjaya ditawan, apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat adalah merompak dan melanun di dalam Yayasan Selangor.
Sel13.com akan mula merungkaikan perlanunan dan perompakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ke atas Yayasan Selangor dalam siri-siri pendedahan seterusnya bermula dari artikel ini.
 
Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan audit di Yayasan Selangor. Pemeriksaan audit tersebut telah dijalankan dari 29 November sehingga 1 Disember 2010. Terdapat terlalu banyak penemuan yang berjaya dilakukan. Antaranya ialah:
PERJAWATAN YAYASAN SELANGOR
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Yayasan Selangor adalah sebuah entiti yang ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan tanpa bermodal saham. Pengurusan Yayasan terdiri daripada 203 perjawatan lantikan tetap dan kontrak mengikut pecahan.
Menariknya, Yayasan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mempunyai terlalu ramai pegawai yang menyandang gred jawatan tinggi. Yayasan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menjadi kawah emas yang boleh dilombong oleh para pengikut dan penyokong mereka.
Kita perhatikan bagaimana kerajaan Khalid Ibrahim membodoh-bodohkan rakyat Selangor dalam cubaannya untuk memufliskan Yayasan Selangor dan merompak aset Yayasan tersebut.

Dalam kes perlantikan Pengurus Besar.
Jumlah permohonan - 42 orang
Senarai layak - 8 calon
Tarikh Temuduga - 22 Februari 2010
Panel Temuduga – (i) Pegawai Kewangan Negeri
(ii) Pengerusi J/Kuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Keputusan Panel -
Pilihan Utama - Razali bin Tumirin
Simpanan - Raja Razmann Shah bin Raja Mahmod
 

Begitu juga dengan perlantikan Pengurus Kewangan yang walaupun menepati keputusan panel tetapi terdapat NOTIS KEBANKRAPAN yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama panel semasa ditemuduga. Calon pilihan utama Pengurus Kewangan adalah Mohd Saifulruddin bin Sulaiman, manakala calon pilihan adalah Norita binti Ariffin.
Secara jelas , terang dan nyata, laporan tersebut menunjukkan bagaimana Khalid Ibrahim dan konco-konconya menjalankan pengkhianatan ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Pendedahan-pendedahan seterusnya akan memperincikan tentang penyelewengan dalam Yayasan Selangor, termasuklah perlantikan Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor melalui jalan belakang dan pendustaan. Ilham Marzuki adalah anak saudara isteri Khalid Ibrahim iaitu Salbiah Tunut dan tidak mempunyai kelayakan untuk menjawat jawatan tersebut tetapi berjaya setelah hadir sesi temuduga tertutup bersama-sama Khalid Ibrahim.

PAKATAN HARAM 
PENCURI DUIT RAKYAT SELANGOR
"TOLAK PAKATAN HARAM, SELAMATKAN SELANGOR"

No comments:

Post a Comment

comment please.....