Tuesday, October 4, 2011

EDISI UTARA SELANGOR: JENG..JENG..JENG..CALON PIHAK PEMBANGKANG SUDAH DIKENAL PASTI....

Bahang pilihanraya nampaknya semakin hangat diperkatakan oleh kedua-dua pihak dari akar umbi. Risik-risik dari kedai kopi kawasan. Pembangkang rupanya lebih advance dari Barisan Nasional dengan telah mengenalpasti calon-calon mereka yang akan bertanding merebut kerusi panas. Yong mengambil contoh yang terhampir dengan Yong iaitu Bahagian Sungai Besar. Pakatan Rakyat telah mengenalpasti calon terhebat mereka yang dikatakan winnable candidates. Memang dahsyat calon mereka ini.

Mari kita berkenalan dengan calon yang akan merebut kerusi Parlimen Sungai Besar yang mungkin bersaing dengan YB Noriah Kasnon dari UMNO. Seperti gambar muslimah di atas, nama calon ini adalah Prof. Madya Dr. Harlina Halizah bte. Hj. Siraj yang berkelulusan Doktor Perubatan dari UKM. Merupakan seorang pakar perunding Obstetriks & Ginekologi. Beliau adalah anak tempatan yang pernah menjadi pelajar terbaik kesuluruhan SK Seri Utama, Sg. Besar Selangor. Dan pernah mendapat Anugerah Melayu Cemerlang UMNO 2008.

Tidak dapat dipastikan lagi Dr. Har akan bertanding atas tiket apa, mungkin PAS atau PKR. Setelah pembangkang kalah selalu dalam PRU di Parlimen Sungai Besar dengan meletakkan calon lelaki, maka mereka mengubah strategi dengan meletak kaum wanita sebagai pencabar kepada Ketua Wanita UMNO Sungai Besar. Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai Dr. Har adalah calon terakhir yang Pakatan Haram ini pilih kerana atas kredibiliti yang tidak pasti. 

Yong akan membongkarkan seorang demi seorang calon-calon dari pihak pembangkang yang akan bertanding bagi merebut kerusi di kawasan Sungai Besar. Genderang Pilihanraya telah berlagu riang dengan terbongkarnya calon-calon pihak seberang.

SAYANGI SELANGOR
YAKINI BN

p/s: calon BN dah dapat dikenalpasti ke belum? atas perkiraan Yong memang sah calon-calon BN adalah MBM...pilihlah calon terbaik ye..

1 comment:

  1. mohon artikal yang tidak benar ini dibuang serta tidak disebarkan... supaya ia tidak menjadi cerita xbenar yang disebarkan.. takut nnt jadi dosa memfitnah... dan gmbr yg diletakkan itu pon copy paste dan sangat mengelirukan orang yang membaca... tq...=) selamat beramal untuk Allah

    ReplyDelete

comment please.....