Saturday, September 24, 2011

DAP PERTIKAIKAN HUKUM HUDUD??

Lame rasanya apabila blog kesayangan Yong ini ditinggalkan kesepian tanpa Yong mencontengnya. Bukan kerana tiada idea atau isu yang hendak diketengahkan, tetapi dek kerana kekangan masa yang agak terbatas dan maling sudah membawa lari broadband Yong. Berbekalkan netbook 1Malaysia yang agak slow ini Yong coretkan juga nukilan Yong yang tidak seberapa ini.

Nampaknya isu yang lame berdarah kembali apabila sekarang kecoh Nik Aziz hendak menguatkuasakan hukum Hudud ini di Kelantan. Buat sahajalah Nik Aziz, Yong dah muak sebenarnya dengan angan-angan mat jenin Nik Aziz ni yang sedari dahulu lagi menyatakan akan penguatkuasaan hukum Hudud di Kelantan namun habuk pun tak dak. Karpal yang dari dulu lagi memang menentang habis-habisan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia terus menerus dengan pantang nya supaya pakatan rakyat tidak akan melaksanakan hukum hudud ini.

Dulu apabila ada Celeng dari Sekinchan menggunakan hadis nabi dan ayat al-Quran untuk ceramah mereka, PAS kata tak apa, boleh saja kerana mereka-mereka ini hendak belajar tentang agama Islam lalu dihalalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Pemimpin PAS tak habis ajar pemimpin DAP ke apa erti hukum hudud? bagaimana pelaksanaannya jika dipraktikkan di Malaysia? Tak kanlah kot. 

Yong sokong Tan Sri Muhyiddin, TPM kata yang Hudud boleh dijalankan di Malaysia tapi masa sekarang tidak sesuai lagi. Tak tahulah apa makna tak sesuai bagi TPM, tapi bagi Yong memang tak sesuai lagi selagi ada kafir-kafir harbi yang akan membinasakan pemerintahan Islam di Malaysia. Tunggulah sehinggalah Karpal, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan beberapa pemimpin agung pakatan pembangkang mati meninggalkan dunia. Selagi adanya pemimpin bangsat ini, hudud masih tidak boleh dilaksanakan dengan betul. Jika dilaksanakan pun mesti ada tangan-tangan ghaib yang akan meletakkan hukum berdasarkan kepentingan sendiri.

No comments:

Post a Comment

comment please.....