Friday, August 5, 2011

MUSLIM SEMAKIN TERSEPIT!!! kRISTIAN AKAN MENJADI RAJA!!!

Agak lama sebenarnya Yong nak kemukakan satu artikel ni tapi Yong belum cukup berani hendak bersuara dengan lantang dek kerana takut dituduh rasis. Sebelum Yong berkecimpung dalam dunia blog politik ini, Yong sebenarnya lebih berminat mengkaji keadaan Islam di Malaysia yang semakin hari semakin teruk di kaca mata dunia khususnya di Nusantara ini. Agak terkesan sebenarnya apabila masih timbul soal perbalahan antara agama khususnya antara Islam dan Kristian. Yong tak salahkan kedua-dua pihak kerana mengikut perlembagaan Malaysia sendiri ada menyebut kebebasan beragama dan bebas mengamalkan agama masing-masing.

Betul kita di Malaysia dengan rakyat yang berbilang kaum dan agama bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing, namun harus diingat bahawasanya yang agama Islam tetap utuh sebagai agama rasmi Tanah Melayu. Kristian, Buddha, Hindu dan agama pagan lain tetap ada hak mengamalkan agama sendiri namun jangan diganggu gugat agama Islam. Nusantara adalah tanah Melayu Islam yang termasyhur sejak berabad lamanya dulu. Langsung tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak.

Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kristian semakin mendesak kerajaan Malaysia dengan menuntut hak-hak yang tidak pernah langsung difikirkan oleh pemerintah sebelum ini. Kerajaan yang tidak mahu hilang akan undi rakyat Malaysia terus menerus mengikuti kehendak mereka walaupun dicemuh dengan seribu macam cemuhan demi mendaulatkan agama Kristian. Tidak terkecuali Buddha dan Hindu yang jika dahulu kita hanya lihat beberapa tokong kecil di tepi-tepi jalan dan tengah estate, namun lihatlah sekarang, jumlah kuil Hindu dan tokong Buddha hampir menyamai jumlah Masjid dan Surau orang Islam di Malaysia.

Gerakan Kristianisasi yang digembar-gemburkan selama ini pula merupakan salah satu strategi dan agenda mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Yong tak tipu. Dan Yong percaya jika ada yang mengatakan orang-orang Melayu yang kononnya Islam dengan nama Islam telah bertukar agama ke Kristian. Memang tidak mustahil sedikit pun. 

Ini semua kerana soal kehidupan dan iman. Soal kewangan dan masalah diri. Dari penyelidikan Yong dulu lagi, kumpulan Melayu yang hidup melarat, ibu-ibu tunggal, orang susah yang tinggal dibandar-bandar besar yang betul-betul memerlukan sumber kewangan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka telah memilih jalan yang salah dengan meminta pertolongan pihak Kristian supaya membantu Melayu Islam ini. Memang tidak dapat disangkal langsung.

Kemana duit zakat?? Ya...itu adalah persoalan yang paling penting yang perlu dijawab oleh JAKIM dan jabatan agama Islam di setiap negeri. Adakah duit zakat berkurang setiap tahun?? Kenapa tidak dibantu orang Islam yang dalam kesusahan tika perlunya pertolongan dari pertubuhan Islam. Agak kecewa sebenarnya walaupun perkara sama diulang-ulang namun masih tetap terjadi. Jika perkara ini tidak diambil serius oleh pihak yang bertanggungjawab, maka janganlah kalian terkejut jika penganut agama Kristian lebih ramai dari Muslim. Walau iman sekuat mana pun, namun jika dugaan hidup lebih kuat, maka tidak mustahil orang Islam zaman sekarang lebih mudah terpesong akidah hingga sanggup menjadikan pertubuhan agama lain sebagai tempat bergantung harap untuk meneruskan hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.

~WaKd0b~

1 comment:

  1. Kenyataan sebenar tentang kutipan zakat MAI :-
    1) Duit zakat tak banyak dikutip - antara RM5- RM10juta setahun disetiap negeri, akibat kurang kesedaran ibadat kerana masyarakat yang kurang beriman asyik menghimpun duit mencari kekayaan hingga melupakan suruhan Allah.
    2) Duit zakat berjuta RM digunakan untuk membina masjid, surau, syiar islam dan sekolah agama. Lain2 adalah untuk bantuan fakir-miskin, mualaf, ghorimin, perubatan dan pelajaran bagi golongan/anak2 miskin.
    3) Sesetengah MAI negeri menyimpan duit2 zakat 10% - 20% untuk tabungan tahunan baitulmal yang entah apa matlamatnya kita kurang arif.
    4) Untuk makluman semua - boleh dikatakan hampir tiada langsung penyelewengan dalam kutipan, hasil simpanan dan agihan zakat kerana ditadbir selia dengan begitu baik oleh para kakitangan yang sememangnya faham agama dan bertakwa. Jika ada pun penyelewengan dianggap kes2 terpencil dan hanya melibatkan ribuan RM.

    ReplyDelete

comment please.....