Monday, August 8, 2011

EKSKLUSIF: MASA UNTUK BUKTIKAN KEISLAMAN PAS? by Che'Dee


Timbalan Persuruhjaya PAS negeri Selangor YB Khalid Samad (PAS Shah Alam) mendakwa tindakan JAIS menyerbu gereja bukanlah tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat.  Cara tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat lebih lembut dan sopan, sementara cara tindakan JAIS kasar dan tidak beradap sama seperti tindakan kerajaan Barisan Nasional dulu yang  dianggap Extream.

Aneh kenapa tiba-tiba mendakwa BN pula Extream dengan Islam?  Adakah apabila PAS sudah mengugurkan slogan Membangun Bersama Islam dan menukarnya menjadi Membangun Negara Kebajikan, maka Islam PAS itu pun jatuh talaknya.  

Sejak bila PAS mengakui keIslaman BN dan UMNO.  Amanat Haji Hadi’ yang mengkafirkan orang UMNO masih terngiang-giang lagi.  Mudahnya pemimpin PAS ini melemparkan tuduhan liar hanya kerana hendak menjaga kepentingan politik mereka.  Ulamak Haji Hadi dan Imam Nik Aziz bila lagi nak keluarkan kenyataan?  Hanya kerana kasihkan kerusi  kesayangan, nak buat kenyataan pun takut?  Ini ulamak jenis apa? 

Kesian dengan ayam laga PAS yang dah hilang tajinya iaitu Datuk Hassan Ali, yang mulanya hendak menyokong dengan tindakan JAIS dan bertegas.  Kita tengok setakat mana kemampuan ayam sabung yang dah lembik ini berjuang.  Kisah Hasan dan Arak masih segar dalam ingatan, bukan main bertegang leher Hasan Ali mempertahankan tindakan merampas arak itu, tapi tidak sampai 24 jam Hasan Ali minta maaf dengan tindakannya.

Apa sudah jadi dengan kepimpinan Ulamak PAS.  Mereka ini berjuang untuk mempertahankan Islam atau mempertahankan kerusi mereka.  Kalau tahta dan harta yang sudah menjadi kesukaan pemimpin Ulamak PAS berterusan maka akan jahanamlah parti itu dengan keegoaan dan kesombongan menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri.

Bukankah sudah sampai masanya orang PAS menghimpunkan orang Islam bersembahnyang hajat mohon diberi hidayah supaya isu MURTAD ini tidak berlaku lagi. Dan mendoakan jahanam dan binasalah untuk orang kafir yang melakukan kerja memurtadkan orang Islam. Bukankah ini lebih mulia daripada mendoakan orang  Islam dengan doa yang buruk supaya jahanam dan binasa.

-Che'Dee-

3 comments:

  1. Pas sekarang telah dicucuk hidung lalu ditambat, olih pemilik baru nya DAP, kasihan kpd kerbau2 ulamak ini, dulu Pantang dengar atau lihat Islam diperkotak katekan olih sikafir, menerpa dengan garang nya untuk menanduk, tetapi sekarang tidak garang lagi kerana tuanya DAP cukup pandai mengusup & membelainya dengan penuh kelembutan, sambil membisikan, KITA PASTI KE PUTRAJAYA,KAU PASTI BERTAMBAH GEMUK & KULIT BERKILAT BERSERI2.

    ReplyDelete
  2. cita-citanya ke putrajaya bersama tuannya DAP... itu sahaja yg dilaungkan sejak bersama... hingga lupa matlamat dan asbab terbentuknya PAS.. PAS bukanlah belandaskan ulama' hari ini.. mereka berlandaskan nafsu untuk ke putrajaya menakluk Malaysia hingga terlupa niat asal untuk menjadikan Malaysia negara Islam.. Biarlah UMNO bersederhana dalam Islam, asal agama Islam dan Melayu tetap terbela... Biarlah pembangkang dengan terus membangkang, pabila menjadi kerajaan nasib bangsa sendiri terkangkang.. lupa tujuan, lupa arah nak dituju... maka semakin gelaplah cahaya Islam di bawah PAS...

    ReplyDelete
  3. PAS ibarat retak menanti belah

    ReplyDelete

comment please.....