Thursday, August 18, 2011

AGENDA KRISTIANISASI MAKIN MERUNCING... JOM SELAMATKAN KEDAULATAN ISLAM...

 Memetik dari blog PapaGomo berkenaan isu Gereja DUMC yang begitu kebal kepada undang-undang di Selangor yang didakwa ada campurtangan beberapa pemimpin DAP yang mempertahankan gereja itu dari dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Ronnie Liu juga telah mengarahkan MBPJ supaya mengeluarkan surat kelulusan bangunan DUMC pada tarikh ia diserbu oleh Dr. Hassan Ali dan JAIS. Ini bagi mengelakkan DUMC dari dikenakan tindakan atas salah guna keizinan dari Pusat Komuniti kepada Gereja.

Betul jika ada pembangkang yang kata negara Malaysia negara demokrasi dan kesamarataan tetapi jangan lah hingga berlebihan dalam soal agama kerana agama Islam tetap menjadi agama rasmi Malaysia dan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Tanah Melayu ini.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengakuan seorang guru non-Muslim di kawasan Seputeh yang melaporkan ada kegiatan mengkristiankan murid-murid sekolah yang tidak berkemampuan dengan mengajar tuisyen kononnya tetapi di sebalik itu diajar menyanyi dan mempelajari agama Kristian. Ini memang sudah agak keterlaluan dan melampau. Jika dibiarkan, maka akan hilanglah akidah anak cucu Melayu kita.

Semalam Yong ada berdebat dengan seorang pendokong pakatan pembangkang yang pada hemat Yong, dia agama berilmu agama tetapi bodoh. Kerana apa Yong kata dia bodoh sebab dia menyatakan bahawa Melayu itu tidak semestinya beragama Islam dan Islam itu tidak semestinya Melayu. Yong ada sokong dan ada tidak sokong kerana benar Islam itu bukan agama untuk Melayu sahaja, tetapi Melayu di Tanah Melayu itu mestilah beragama Islam. Nampaknya pendokong pakatan pembangkang terutama PAS yang konon parti Islam menafikan Melayu itu beragama Islam kerana telah ditarbiyahkan sebegitu rupa sehingga lupa dasar akidah Islam didalam jiwa bangsa Melayu.

Sejak mereka ini bersekongkol dengan DAP dan PKR ini, nampaknya PAS sudah jauh terpesong dari matlamat parti menegakkan Islam. Mereka nampaknya lebih utamakan kuasa dan nafsu bagi memerintah Tanah Melayu dan menuju Putrajaya. Maka akan hilanglah sebuah parti yang menegakkan Islam. Yang tinggal hanyalah parit yang bertopengkan Islam untuk menyokong tindakan kafir harbi yang akan menghancurkan Tanah Melayu.

~WaKd0b~

2 comments:

  1. Dap bertindak betul menpertahankan gereja kristian, yang x betulnya disini ialah Pas kerana tidak membela Islam, sebaliknya memusuhi JAIS kerana bertindak menpertahankan kesucian Islam, mengikut undang2 yang diperuntukan kpd nya, Pas juga menuduh Umno sebagai dalangnya. Dari kejadian tersebut kita dah bolih nampak Parti Pas sekarang cukup pelik & x bolih diharapkan lagi untuk membela Islam dan Melayu, olih kerana itu orang melayu tidak wajib memberikan undinya pada Pas atau pembangkang diPRU13 nanti.

    ReplyDelete
  2. Jawapan segala persoalan ada pada Kerajaan,dh berapa puluh tahun kerajaan BN berkuasa?..kenapa sekarang baru nak terbatuk?..isu ni sama mcm teori "kotak hitam bas express"..bila terjadi baru terhegeh2..jawapan ada pada kamu semua,faham2 sendiri,tanya penjawat awam...Pusat Zakat,JAIS...SOP kerja?,tanggungjawab?...ibarat kata orang tu kanser dh tahap kritikal baru mencari doktor...ini lah di katakan me"LAYU..

    ReplyDelete

comment please.....