Sunday, May 15, 2011

PR PENIPU!!! ELAUN GURU KAFA HANYA RM200...


Walaupun sudah lama isu ini di keudarakan oleh para blogger di alam maya namun Yong tetap nak teruskan pendedahan sebenar apa yang berlaku kepada kerajaan pimpinan PR sekarang. Sebelum itu Yong ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor khususnya yang telah dapat menunaikan janji pilihanraya walaupun tidak semua. Kita sebagai manusia biasa memang susah nak tunai kan semua janji dalam sekelip mata, maka perlu mengambil masa walaupun 4 tahun untuk tunaikan. Janji wajib di tunaikan.

Seorang sahabat Yong yang menjadi guru KAFA di salah sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam memberitahu Yong yang kerajaan negeri Selangor hari ini bagus kerana tidak mungkir janji untuk menaikkan elaun KAFA ke RM1000. Syukur Alhamdulillah hari ini guru tersebut tidak merungut lagi.

Tetapi adakah kalian sedar bahawa sebenarnya Kerajaan Selangor hanya memberikan RM200 sahaja kepada tiap-tiap guru KAFA. Jadi mana datangnya baki RM800? 

Kerajaan Persekutuan/Pusat yang telah menyelesaikan baki RM800 untuk diberikan kepada guru-guru tersebut menerusi JAKIM dan disalurkan kepada JAIS dan semua Jabatan Agama Islam Negeri yang lain. Ini adalah untuk memenuhi janji BN yang telah lama berjanji untuk menaikkan elaun KAFA tetapi masa tidak mengizinkan mereka berbuat demikian apabila Selangor telah bertukar tampuk pemerintahan. Jadi janganlah dibanggakan kerajaan PR yang hanya menjadi perantara Kerajaan Pusat untuk menyalurkan dana tersebut kepada guru-guru KAFA.

Jika Kerajaan PR ini mengatakan bahawa duit elaun KAFA adalah dari mereka, mereka sebenarnya berdusta belaka. Bukan hendak menghasut kalian cuma ingin mendedahkan kebenaran yang selama ini nampak Kerajaan PR begitu perihatin kepada rakyat tetapi sebenarnya hanya cakap kosong.

Sedangkan duit pelajar yang berjaya masuk ke universiti sudah tidak mampu di beri, apatah lagi elaun KAFA. Cukup kaya kah Kerajaan PR jika hanya mencuri pasir dan menebang pokok balak? fikirkan.

~WaKd0b~

No comments:

Post a Comment

comment please.....