Friday, September 3, 2010

Tanda-tanda Dunia Hancur

selamat berpuasa buat semua.
pada kali ini yong terpanggil untuk menulis sedikit sebanyak mengenai apa yang di katakan 360 darjah kemusnahan terutamanya di malaysia.

Jika saudara saudari pernah menyaksikan dalam youtube atau facebook tentang penghinaan terhadap islam, makanya itu baru sendikit. Sebenarnya kita di malaysia mahupun di dunia mengalami suatu proses kemusnahan yang amat hebat dan sedang membiak cepat.

Teknologi berkembang sejak 1800-an. dan pada sekitar 1900-an, era moden mulai mengubah dunia. Hanya lebih 100 tahun, dunia kini di ambang kematian. Percaya atau tidak, sebenarnya yang musnah adalah manusia dan planet bumi adalah hanya sebuah tanah perkuburan.

Baiklah, ini adalah pemerhatian dari sahabat yong dan yong percaya anda semua pun 'merasai' sengsaranya menjadi manusia ini:-

Di malaysia, kita mengalami 'kemusnahan' dari segi:-
-percetusan agama
[saya tidak faham kenapa agama lain menghina Islam sedangkan muslin tidak pernah menyakiti mereka. Adakah ini di sebabkan laungan azan. Percayalah Nasrani dan yahudi tidak akan berpuas hati sampai Islam itu musnah. Tak kiralah siapa bangsanya meskipun kini sudah ada melayu kristian...yang pasti, islam kian musnah]

-percetusan bangsa
[melayu dengan cina dari dulu hingga kini sentiasa bergaduh. Kaum india pula semakin tersepit sehinggalah kini mulai melaung suara sama. Masing-masing katanya ingin mendapat keadilan yang saksama di tanah melayu. Melayu pula menjaga kedudukannya. Orang asli dan bumiputra pula saksikan ini tidak adil buat mereka kerana seolah-olah mereka tidak wujud. Makanya, harus kah Malaysia di landa tsunami biar semua bangsa bersatu kembali?!]

-percetusan parti politik
[Inilah yang saya paling benci kerana tak kira parti politik mana sekalipun, ianya candu. Pakcik-pakcik di kedai kopi, orang pejabat mahupun di mana-mana, akan berkata tentang politik. Parti itu salah, parti ini betul. Bila tiada isu sensasi, media akan menjalankan peranan untuk menyebarkan isu yang mana akan menarik kembali minat rakyat kepada parti-parti tertentu.. Jemu dan bosan. Modus operandi yang sama di gunakan. Apakah politik untuk menjana pendapatan lalu memberi makan dengan duit haram...?!]

-percetusan budaya hidup
[Inilah kemusnahan total yang mana di katakan baratlah puncanya. Tapi sedar atau tidak, cengkaman hiduplah punca segala terjadi. Sebagai contoh, bila tiada duit, maka terpaksa mencuri atau berkerja sebagai hamba sekali pun. Untuk kerja, kena ada 'skills' atau 'ijazah' serba dua. Bila kerja 24/7, makanya ruang untuk hidup sebagai manusia tiada. Bila stress, macam-macam jadinya. Anak isteri tegur, makanya jadilah perceraian atau krisis rumah tangga. Mungkin juga ada yang mencari pedoman dengan guru-guru tertentu supaya lebih tenang, tapi silap guru, mulalah mendangkal macam-macam. Apapun, ini satu contoh dari ribuan perkara yang terjadi 360 darjah kehidupan kita.]

-pecetusan dalam agama
[Di dalam islam, puak syariat menyalahkan hakikat dengan kata iktikad kamu tidak betul. Yang hakikat pula kata, syariat itu tidak tepat dan sembereno semata-mata. Yang ini kata aku betul, yang lain kata aku pun betul. Makanya, siapa yang betul?!]

-percetusan untuk akhir zaman
[banyak puak dan organisasi mengatakan, akulah yang akan membawa kepada kekhalifahan akhir zaman. Semuanya untuk Mahdi. Tapi ada yang kata kumpulan itu salah, yang ini salah. Makanya yang mana satu yang betul?! Semua bercakap seakan-akan dialah yang akan menjadi pemuda bani tamim. Adab dan sopan di lempar sudah. Perkelahian berlaku. Inikah yang di katakan mencapai kekhalifahan?!]

-percetusan sesama muslim
[Hal ini banyak terjadi. Title ustaz, ustazah, imam, dato dan lain-lain. Konon membawa imej islam, tapi adab hilang kemana. Tambahan pula golongan yang seakan free thinker tapi masih kata aku islam. Masalahnya bila di tegur, aku lebih islam dari kamu. Inilah golongan 'AKU LEBIH ISLAM' yang mana memusnahkan islam itu.]

-percetusan serantau
[Hal ini adalah hal global dalam rantau asian. Ternyata kita di Malaysia sedang berperang budaya, perang intektual, perang politik dan perang minda dengan negara-negara di sekitar kita. Meskipun cuba menutup, tapi tangan rakyat di negara-negara sekitar tak mungkin dapat di tutup. Tidak tahu apa punca can masalahnya, serantau kita akan musnah. Biarkan musnah agar tiada lagi perseketaan yang tiada faedah.]

-percetusan tangan ghaib
[hal ini tidak tahu anda nampak atau tidak, ternyata ada organisasi di peringkat global cuba menjadi tuhan di bumi dengan menidakkan sunnahtullah. Apapun, hal ini anda carilah dalam kategori teori konspirasi dan kebangkitan islam akhir zaman]

Makanya, itu adalah sebahagian yang yong nampak. Anda bagaimana pula. Kita telah pun tahu permasalahan ini. Tapi kita tak pernah tahu bagaimana nak selesaikannya. Adakah penyelesaian seratus peratus di tangan mahdi yang di tunggu oleh anda itu. Jika tidak kita mulakan dengan satu langkah, tidak langkah seterusnya yang dapat di jejak. Yong juga seorang remaja yang banyak silapnya. Sungguh banyak tapi pada hari ini yong terasa cukup-cukup terpanggil untuk meluahkan mengenai kemusnahan yang berlaku.

Saya lagi kecewa bila saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan dengan meluahkannya di blog semata-mata. Hinanya saya kerana inilah selemah-lemah iman. Apapun, artikel ini di karang tidak menumpukan pada mana-mana pihak. Ia cuma sekadar bahan renungan semata-mata. Insyallah mudah-mudahan kita mendapat manfaat serta langkah seterusnya dalam mengubati dunia yang tenat ini. Sekian wassalam 

~WaKd0b~
sumbangan: http://nusanaga.blogspot.com

3 comments:

  1. Salam...Kita semua tahu dalam diri manusia ada seketul daging bernama hati..ianya putih atau hitam...Adakah hati-hati manusia di Malaysia lebih banyak yang hitam daripada yang putih?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam saudara udanggalah.. Yong bukan nak kata rakyat Malaysia buruk. hanya memberi contoh negara sendiri. Walhal dunia sudah tahu akan hakikat ini. disemua negara mempunyai hati dan akal yang berbeda. Kita renungkanlah.

    ReplyDelete
  3. harap2 org ini ada lagi....
    maklumat terkini..dah ramai org ini menyepikan diri...macam menunggu sesuatu....!
    rujuk lubok pusing

    ReplyDelete

comment please.....