Friday, October 1, 2010

Rakyat perlu fikir masa hadapan.


Jumaat, 1 Oktober 2010 - Berita Harian menyiarkan artikel yang bertajuk "rakyat perlu fikir masa depan". Betul apa yang DS Najib kata tu. Kita lihat sajalah apa yang berlaku sejak 2 menjak kebelakangan ini bermacam-macam kejadian yang tidak diingini dan menarik perhatian rakyat Malaysia. Dari kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati, Kontroversi Namewee, Perbalahan Pilihanraya PKR, Perebutan Kerusi Galas, dan macam-macam lagi yang berlaku dalam negara kita yang tercinta ini. Rakyat perlu pandai menilai dan harus bijak memilih saluran yang penting untuk kemajuan diri sendiri dan keluarga mereka. Siapa yang hendak menolong rakyat sendiri kalau bukan Kerajaan. Kerajaan sudah memainkan peranan mereka dengan membantu rakyat dalam pelbagai aspek tidak mengira bangsa, umur, jantina, atau fahaman politik. Baru-baru ini ada majlis penyerahan Netbook 1Malaysia di kawasan DUN Sg. Panjang. Memang Kerajaan Persekutuan yang memberi sumbangan kepada rakyat tetapi kita boleh lihat ada juga pemimpin dan penyokong parti pembangkang menerima sumbangan ini. Tetapi tidak lah mereka mengambil sendiri sumbangan itu, mereka mewakilkan anak-anak mereka untuk menerima sumbangan mungkin kerana malu atau yang sama waktu dengannya. UMNO tidak cakap apa pun tentang hal ini. Media pembangkang yang sibuk menabur fitnah kesana sini memburuk-burukkan Kerajaan. Selama Yong hidup di kampung Yong tidak pernah lihat pergaduhan antara kaum, hanya pergaduhan Aman Yahudi n Borhan dua orang pesakit mental yang menetap di kampung Yong. Disebabkan Yong tinggal dikawasan yang 100% Melayu (70% Jawa, 30% Banjar), kami hidup dengan aman dan damai. Walaupun tidak banyak pembangunan yang ada di kawasan Yong tapi kami selesa. Berbalik kepada tajuk asal di atas tadi, rakyat seharusnya membuka mata dan hati atas jasa-jasa yang ditaburkan oleh kerajaan selama ini. Masih kurangkah?tidak bersyukur lagikah kita? Slogan 1Malaysia yang dilaungkan selama ini adalah kata kunci untuk perpaduan semua kaum tetapi adakah kaum lain akan bersama-sama membangunkan negara ini. Keselesaan dan kedamaian yang kita kecapi selama ini bukan lah datang dengan sendirinya. Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu untuk memastikan negara mendapat kebebasan yang mutlak. Oleh itu rakyat Malaysia masa kini haruslah bersama kerajaan dalam segala aspek pembangunan dan penambahbaikan untuk memberi keselesaan pula kepada generasi akan datang. Fikirkanlah.

p/s: Hormat ketokohan Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo (DUN Sg. Panjang) - Berjiwa rakyat dan mementingkan rakyat walaupun menerima berbagai kritikan yang bertubi-tubi. Kalau nak tau, rumah Dr. Khir bersebelahan dengan Markas PAS, berjiwa rakyat kan tanpa memilih bulu..hee

~WaKd0b~

No comments:

Post a Comment

comment please.....