Monday, September 27, 2010

Betul-betul Punya Kecoh: Ada Dalang Yang Bikin Kecoh Dalam Pemilihan PKR


PETALING JAYA 27 SEPT: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata ketegangan yang berlaku dalam beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan pemilihan 2010 di beberapa cabang, sebahagiannya didalangi kelompok yang bukan ahli parti.

Beliau berkata, ada kumpulan dari calon tertentu menimbulkan keributan selepas menyedari kehadiran mereka sedikit berbanding pesaing, kemudian memulakan kekecohan bagi menggagalkan proses pemilihan.


"Kita mendapat gambarnya dan ibu pejabat mengenal pasti identiti mereka yang bukan lagi menjadi anggota parti, malah sudah mengisytihar keluar parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang berlangsung hampir tiga jam di ibu pejabat, malam tadi.

"Apakala menyedari peluang untuk menang itu tipis, maka ketika itulah dilakukan kekacauan. Biasanya dimulakan dengan menghantar beberapa orang yang dengan mudahnya melepasi kawalan kerana jumlah petugas kita yang kecil.




Saifuddin berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan mengambil tindakan segera dengan menambah petugas yang mengendalikan proses pemilihan, selain turut menegur pengurusan cabang.


Ahli Parlimen Machang itu berkata, pengurusan cabang perlu lebih cekap dari sudut persediaan pentadbiran, logistik, keselamatan dan lokasi yang menjadi tanggungjawab pada proses pemilihan.


Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, status pemilihan bagi cabang yang berlaku bermasalah akan ditentukan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat, tidak lama lagi.


"Sama ada mereka akan mengadakan mesyuarat sebelum kongres, atau sebelum pengundian MPP (Majlis Pimpinan Pusat) atau pun selepas Kongres. Buat masa ini, kami belum mengadakan pertemuan," katanya. -TVS

3 comments:

  1. kah kah kah
    Baik punya denial syndrome si anak nasution nih, kalu dah jenis Batak tu Batak jugak. Geng-geng yg buat huru hara ni dibayar oleh group dalam PKR sendiri utk buat kecoh bg menuduh UMNO punya kerja. Insiden nih tak ubah macam geng-geng Bendera Batak Kristian Indon menafikan mereka dibayar untuk berdemo anti Malaysia, spin jgn tak spin...horas

    ReplyDelete
  2. saman aja.. lah cakap banyak buat pa.. kamu geng kuat saman orang agar nak tutup mulut .. mana demokrasi yang kamu all laung2kan.. dulu aku sokong u all but now sori....buang masa... aja..

    ReplyDelete
  3. tulah pahsal kan..apa lagi geng PKr..g la report polis cakap geng xavier wat dajal..pastu geng xavier cakap PKR penipu..hahaha.dh lupa tanggungjawab kat selangor la tu..rosak negeri selangor cam nih..

    ReplyDelete

comment please.....