Monday, August 30, 2010

Isu siswa berpolitik dibincang dengan Pas, Gerakan

PULAU PINANG 29 Ogos - Perbincangan mengenai cadangan supaya mahasiswa dibenarkan aktif berpolitik akan diteruskan dengan pelbagai pihak termasuk parti-parti politik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau sendiri akan bertemu Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin minggu depan untuk tujuan itu.  Selain parti politik, jelas beliau, kementerian juga akan berbincang dengan beberapa kumpulan pelajar dan bekas pelajar bagi mendengar pandangan masing-masing seterusnya dapat memberi kebaikan kepada semua pihak.

"Saya harap semua pihak yang setuju atau tidak, boleh terus berbincang bagi mencari pendapat terbaik untuk kebaikan bersama.  "Saya fikir perbincangan sebegini memang baik, kita harus lapang dada dan bersikap terbuka," katanya.  Beliau ditemui selepas merasmikan program Youth Jam anjuran DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Semalam, Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih bersikap terbuka membincangkan cadangan penglibatan mahasiswa dalam politik kepartian walaupun Kabinet telah memutuskan untuk melarangnya sebelum ini.  Katanya, ini kerana Perdana Menteri menyifatkan suasana politik semasa mementingkan perbincangan idea dan bukannya berteraskan siapa berkuasa.  Menurut Saifuddin, ramai ahli masyarakat belum memahami dan memerlukan masa untuk menyakinkan mereka kenapa cadangan tersebut wajar dilaksanakan. "Namun, lambat-laun saya yakin ia akan menjadi realiti dan ia sama sekali tidak akan menghuruharakan suasana kampus. "Sebagai contoh, banyak universiti di luar negara membenarkan pelajarnya berpolitik," ujarnya.

*******************************************



Wak doB ngomong:
Akhirnya, bangkit jugak isu ni. Yong setuju sangat-sangat dengan Saifuddin. Sokong 100% mahasiswa dibenarkan berpolitik. Bukan apa, macam Yong kat kampung masuk Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar tapi bila masuk belajar balik dah tak dapat nak bergiat aktif sebab terikat dengan AUKU. Yong paham kerajaan takut pengundi muda akan lebih berpihak kepada parti pembangkang, tapi kalau kerajaan tak benarkan mahasiswa mengutarakan pendapatnya dalam politik macam mana kerajaan nak tahu yang mahasiswa tu sokong parti mana? 

Kenapa diluar negara boleh dibenarkan membuka kelab penyokong UMNO contohnya walhal di negara sendiri tak boleh? Satu je sebabnya, kerana kebanyakan pelajar Malaysia yang keluar negara di taja oleh kerajaan, so mereka wajib sokong kerajaan. Betul tak Dato' Seri Najib? Kalau Yong terfitnah Yong jalok ngapuro. Luaskan lah pemikiran politik yang membina dan menolong Malaysia membangunkan lagi negara ini. Kalau Saifuddin nak ajak Yong berbincang pasal politik mewakili mahasiswa, Yong dengan berbesar hati. Yong suka cara macam ni lagi-lagi bila berkerjasama dengan parti-parti pembangkang yang boleh dibawa berbincang. HIDUP POLITIK MALAYSIA! ~dob~

1 comment:

  1. persekitaran pelajar di luar negare berbeza dengan kita... skarang pn pelajar masih boleh belajar berpolitik cume ada batas nya... nnt ramai antara kite(melayu) akan lebih suka kan berdemo dr berada di kuliah... ilmu yg sepatut tidak dapat disempurnakan... ambil iktibar peristiwa rampasan um dan sebagainya...

    ReplyDelete

comment please.....