Monday, August 9, 2010

Amaran Fairus: rahsia kerajaan Pulau Pinang ada dalam poket saya…



Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang keluar dari PKR memberi amaran ‘ jangan jolok sarang tebuan’ pada pimpinan parti itu dengan mendakwa beliau ada membuat tuntutan melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnyaa dan membayar RM15,000 sebulan buat selama-lamanya.

Sambil menyifatkan serangan peribadi yang tidak berasas itu sebagai politik kebudak-budakan, bekas ADUN Penanti itu kata beliau akan mendedahkan satu persatu kepincangan pembangkang terutamanya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang jika tindak tanduk itu diteruskan.

"Jangan jolok sarang tebuan, semakin saya ditekan saya akan bangkit sebagai juara," katanya.  “Selama setahun saya berdiam diri, tetapi ada juga yag sengaja mencari pasal dengan saya. Jangan sampai saya dedahkan semuanya sebabkan rahsia Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam poket saya," tambahnya.  Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan berkenaan yang dibuat Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali ekoran tindakannya keluar parti untuk menyertai UMNO.  Fairus memberi amaran itu dalam sidang akhbar selepas menerima sijil keahlian Umno daripada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Raof Yusoh di ibupejabat UMNO,PWTC.  Bekas ADUN Penanti itu hairan dengan tindakan pemimpin PKR dan individu tertentu yang menyerang peribadinya sedangkan selama ini beliau tidak pernah mendedahkan apa-apa keburukan dalam parti.-

No comments:

Post a Comment

comment please.....