Konco-konco ku

Wednesday, July 4, 2012

DEMONSTRASI KUIN: BUKTI KEZALIMAN PAS



Apa yang terjadi di KUIN sehingga kakitangannya terpaksa mengangkat sepanduk berdemonstrasi di hadapan pejabat Rektor di Alor Setar semalam membuktikan bahawa Universiti itu sememangnya menghadapi masalah besar.  

Sebelum ini, kepimpinan PAS Kedah cuba menutup atau meremehkan masalah yang sedang melanda KUIN tetapi ternyata bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya.   

Ia mungkin remeh bagi kepimpinan negeri tetapi soal gaji tidak dibayar adalah soal besar bagi rakyat marhaen kerana ia adalah soal kehidupan seharian.   Begitu juga jika gaji Menteri Besar tidak dibayar, Menteri Besar juga pasti tidur dengan mata terbuka. 

Masalah kakitangan KUIN ialah bukan sahaja gaji tidak dibayar tetapi bayaran terus melalui potongan gaji juga tertunggak sehingga berbulan-bulan walaupun potongan dibuat di dalam slip gaji.  Ini pastinya akan dikenakan faedah dan silap haribulan ada yang muflis.  Soalnya, jika ia tetap dipotong, ke manakah wang mereka pergi?

Mengikut kronologi, kakitangan KUIN telah pun berjumpa, berunding, menulis surat, menghantar memorandum kepada pihak pengurusan, pihak Lembaga Pengarah, Ahli Majlis Tertinggi KUIN serta Exco dan Menteri Besar Kedah melalui beberapa siri sejak awal Mei lalu.  

Namun, segala usaha mereka telah dipersetankan.  Malah, wakil kakitangan, iaitu Mohamad Azki Hafizi Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman telah ditukarkan terus ke Kuala Ketil, mungkin sebagai ‘hukuman’ kerana mengkritik Rektor.    

Bukankah ini kezaliman yang nyata?

Kerana tidak tahan dengan kezaliman yang berlaku, maka demonstrasi yang diadakan oleh kakitangan KUIN semalam adalah bertujuan utama untuk mendesak Rektor, iaitu Datuk Dr. Jamil meletak jawatan atau dipecat.  Selain itu, kakitangan juga memohon agar hutang mereka dilangsaikan.  

Persoalan besar di sini ialah kenapakah sejak Mei sehingga sekarang, setelah EXCO dan Menteri Besar sendiri maklum mengenai masalah ini, masih tiada penyelesaian?   

Jika EXCO dan MB juga tidak mahu ambil tahu, ke manakah lagi yang perlu para kakitangan ini mengadu?  Kepada DYMM Sultan atau YDP Agong?   Atau Perdana Menteri dan Presiden UMNO?    

Apakah lagi yang perlu mereka lakukan untuk memastikan nasib mereka dibela oleh pengurusan KUIN dan kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Universiti ini?  Merusuh seperti peserta BERSIH?

Kita tidak faham apakah yang ditunggu oleh Menteri Besar sebelum mengambil tindakan?   Untuk menyatakan yang beliau tidak tahu apa-apa tidak mungkin sama sekali, kerana wakil beliau telah pun bertemu dengan kakitangan KUIN dan beliau sendiri telah menerima memorandum dari kakitangan KUIN sejak awal krisis ini.  Nampaknya, bukannya beliau tidak tahu apa-apa tetapi beliau sekadar tidak tahu nak buat apa.

Inilah masalahnya apabila meletakkan seseorang bukan di tempat yang hak.  Menurut Islam, jika seseorang itu diletakkan di tempat yang bukan haknya iaitu yang tidak layak baginya, maka ia adalah satu ketidakadilan.  Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kehancuran.  

Sudah jelas kini bahawa Rektor KUIN itu adalah tidak berhak berada di tempatnya, beliau tidak mampu mengurus KUIN dan telah bertindak zalim sehingga kakitangan tidak sanggup lagi berada di bawahnya.    

Lebih dari itu, Exco dan Menteri Besar Kedah juga adalah tidak berhak berada di tempat mereka kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik untuk membela rakyat dan menjana pendapatan negeri sehingga Universiti yang dibawah naungan negeri mengalami masalah kewangan sedemikian buruk sekali.  

Mengaku atau tidak, masalah sebegini tidak mungkin dibiarkan berlarutan jika Kedah berada di bawah Barisan Nasional.  Dan ini adalah hakikat, yang walaupun pahit untuk ditelan oleh para penyokong PAS tegar, tetapi ia adalah kebenaran.  Manusia yang tidak sanggup menerima kebenaran adalah manusia yang sakit jiwanya

PANAS!! RAHSIA BESAR ANWAR DI THAILAND TERDEDAH!! @anwaribrahim



Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. 

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.  

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.  Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.  Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.  

Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana.  Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.  

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas.  Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar.  Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.  

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa.  Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara.  Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.  

Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar.   

Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana.  Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya.  Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar.   Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar.  Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.  

Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand.  Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan.  Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.  

Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand.  Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya.  Dan inilah yang barat inginkan.  

Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana.  Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari.  Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.

KENAPA PUN KALAU AYUB CAKAP TENTANG HUDUD?? MCA PANAS KE??


JOHOR BAHRU – MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau. 
Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya.
“MCA percaya bahawa ini adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian Umno atau Barisan Nasional.
“Jika beliau serius mahu hudud dilaksanakan di sini, mungkin dia harus meletak jawatan dari Umno dan seterusnya menyertai Pas,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Selatan di sini, hari ini.
Siew Keong berkata, pandangan Ayub tidak mencerminkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hukum hudud belum boleh dilaksanakan kerana kepelbagaian kaum dan berbilang agama di negara ini. - SH
Kadang-kadang jiwa ni tertanya-tanya juga kenapa semenjak dua menjak ni MCA sudah menjadi seakan DAP yang begitu takutkan dengan hukum hudud yang dibawa PAS pada mulanya. Adakah MCA sudah bersepakat dengan DAP untuk menolak dan langkah mayat mereka dulu sebelum laksanakan hukum hudud.

Semalam, Datuk Tee Siew Keong dalam kenyataannya menyebut yang MCA tidak dapat menerima hudud walau dari parti mana sekalipun. Atas kenyataan Adun Kemeloh, Datuk Ayub Rahmat yang ingin melaksanakan hukum itu di Johor. 

Bagaikan tersentak apabila takut permuafakatan PAS-UMNO bakal terjadi, MCA menggelabah dengan tindakan Adun terbabit. Bagi JB pula, amat menyokong jika benar UMNO Johor mahu laksanakan dan perkara itu juga turut mendapat respon yang baik dari pimpinan PAS. Jadi tiada masalah yang timbul jika benar hudud terlaksana dan mungkin kita dapat lihat penggabungan semula dua parti Melayu dan Islam terbesar di Malaysia.

Kita boleh lihat yang MCA sebenar sudah mula pijak kepala dan mula menentang segala keputusan yang akan dibuat oleh UMNO. Permainan antara kaum sudah bermula. Mereka bersepakat menolak hudud, kenapa parti keramat Melayu tidak pernah bersepakat? Di mana silapnya kita?

GELODAK JIWA @RafiziRamli TERHADAP @AnwarIbrahim PUNCA RUMAHTANGGA RETAK!!

Akibat terlalu ghairah untuk bertanding dalam PRU akan datang, maka tanggungjawab Rafizi sebagai suami tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Mungkin lebih selesa dengan melayan Anwar adalah lebih penting dari melayan isteri sendiri maka dikhabarkan oleh orang yang agak rapat dengan keluarga ini isteri kepada Rafizi Ramli sudah tawar hati dengan suaminya itu. 

Pergolakan rumah tangga antara mereka sudah tidak dapat disimpan lagi memandangkan Rafizi yang terlalu sibuk mencari jalan dan strategi untuk memfitnah UMNO supaya kerajaan BN akan terlingkup pada pilihanraya akan datang. Hubungan antara mereka juga dikatakan retak menunggu belah.

CIKGU NON DEDAHKAN KEJAHATAN PEMIMPIN PAS!! @nikabdulaziz



Mudah2an para pencacai, pencaci dan PEMFITNAH TEGAR PAS dapat tidur lena pada malam ni untuk bermimpikan siri2 fitnah baru terhadap UMNO BN pada keesokan harinya.

1.Mamat ni adalah Exco Dewan Pemuda PAS Kedah.

2. Bekas wartawan Lidah Rasmi Harakah

3. Pernah mengkafirkan ibubapanya hanya kerana menyokong ABIM meskipun kedua orang tuanya itu tidak menyertai UMNO.

4. Penulis Buku Air Mata Memali, yang difatwakan sebagai “haram” untuk dibaca ahli2 PAS.

5. Namanya Zainal Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non, salah seorang pemegang amanah “tabung Memali”.

6. SANGAT ditakuti oleh puak-puak /pemimpin PAS, khususnya di kawasan utara semenanjung. termasuk Mat Sabu .

7. Diugut BUNUH sehingga beliau (Cikgu Non) terpaksa berkejar ke balai polis melaporkan tentang ancaman serius yang diterimanya dari puak-puak PAS yang dirasuk “syaitan” itu.

Begitu terdesak sekali PAS berhadapan dengan Cikgu Non. Mahu ditutup mulutnya, Cikgu Non masih kenal huruf dan mampu menulis mengenai pelbagai pendedahan segala “penyakit” di dalam PAS.

Video klik linik di bawah ini:





LAGI FITNAH PEMBANGKANG!! RISALAH DAP NEGARA KRISTIAN TERSEBAR!!

Tak habis lagi pakatan menujukan terus fitnah yang direka kepada UMNO. Risalah yang kononnya diedar semasa ceramah Hasan Ali di Meru baru-baru ini dikatakan sebagai taktik UMNO dan JATI untuk memburuk-burukkan DAP dan menakutkan orang Melayu tentang negara Kristian.

Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan, menyelar tindakan golongan yang menyebarkan risalah terbabit dan mendesak pihak polis supaya jangan ada pilih bulu dalam aspek keselamatan negara. 

KEPALA ABAH KAU!! Kenapa UMNO nak edar risalah Kristian semasa ceramah JATI? Dah sah-sah lah yang edar tu bukan orang Melayu sebab takkan tergamak Melayu-Islam nak hancurkan agama sendiri sebab Kristian. Lain la kalau Melayu PKR PAS yang terang-terang menghasut Melayu untuk menyokong kafir harbi. 

Jangan nak buat fitnah melampau. Dah lama sangat hidup agaknya.

TRAGEDI STADIUM KUALA SELANGOR BAKAL BERULANG!! BERSIAP SEDIA SEMUA PEMUDA!!

Tragedi Stadium Kuala Selangor bakal berulang kembali. Itulah yang JB risaukan jika pakatan akan teruskan  niat untuk berhimpun di sana. Sudah lupakah tentang kekecohan yang berlaku? Tidak sedarkah yang pemuda Kuala Selangor menolak habis pakatan ditempat mereka sendiri?

Jangan terkejut jika kali ini ada yang mati di dalam stadium. Jangan disalahkan UMNO jika ada yang pengsa di dalam stadium. Fikir dulu sebelum buat.

Jom kita flashback:


AYUB HUDUD BUKAN NAK JADI POPULAR!! #SHSEL


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat tidak berniat meraih publisiti dengan mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor, sebaliknya beliau hanya mahu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenainya.

Katanya, bagaimanapun, beliau enggan membincangkan perkara itu secara terbuka kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat kerana ia berkaitan dengan soal akidah dan kepercayaan umat Islam.

“Saya bimbang perkara ini akan disalah tafsir kerana ia memerlukan pemahaman yang jelas dan mendalam. Saya sendiri tidak arif mengenainya dan perlu mendalaminya dengan lebih luas.

“Perkara ini perlu dibincangkan pakar yang benar-benar mahir dalam perundangan Islam khususnya bagi hukum hudud,” katanya.

Ayub juga sebelum ini telah beberapa kali membangkitkan isu ini termasuk membahaskannya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor yang berlangsung akhir tahun lalu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika ditemui wartawan Sinar Harian, enggan mengulas isu ini.-SH

TERPANAS!! TRANSFORMASI DAP SEKINCHAN!! PUSAT URUT MENJADI PUSAT SEKS!!

Tika menyusuri jalan-jalan komersial di dalam pekan Sekinchan dan melalui hadapan pintu masuk deretan kedai-kedai yang kebanyakannya telah berehat untuk beroperasi, hanya tinggal premis 7 Eleven, Pusat Snooker dan Pusat Urut yang tidak putus-putus pelanggan yang datang silih berganti.

Kelihatan juga kelibat beberapa orang 'ayam' import dari China berlegar dihadapan premis Pusat Urut seperti sedang menunggu pelanggan. Suasana yang langsung tidak ubah seperti Bukit Bintang cuma bilangannya sahaja yang tidak meriah seperti Kuala Lumpur.

Kini orang kampung khususnya yang masih kurang kasih sayang di rumah sendiri tidak perlu pergi merantau hingga ke Kuala Lumpur untuk mencari belaian kasih sayang dari warga China ini, ia nya boleh didapati dengan senang hanya di Sekinchan. Tidak sampai 1km dari Balai Polis Sekinchan yang memejamkan mata dan memekakkan telinga. 

Kita harus berterima kasih kepada wakil rakyat Sekinchan yang telah mentadbir selama dua penggal dan membuatkan ekonomi tempatan berkembang pesat. Syabas YB Ng Sue Lim. Bangga jadi salah seorang rakyat yang berYBkan seorang tokoh rumah urut.

Tuesday, July 3, 2012

KEWUJUDAN SUARAM ADALAH BERASASKAN PENIPUAN!!



Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu.  Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis.  

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar.  Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan.  


SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan.  Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM,  beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka. 

Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.   Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya. 

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan?   Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia?  Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran.  

Dengan pendedahan ini,  terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM.  

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA.  Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka.  

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini.  Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula:  

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan?  Jika ya, apakah yang mereka perniagakan?  Apakah ia sebuah NGO?  Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan?  Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.   

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA? 

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’?  Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan?  

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini. 

BEKAS KETUA PENERANGAN NAJIB MULA TABUR FITNAH PADA @NajibRazak !!!

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari UMNO, Mohd Ariff Sabri Aziz yang kini sah bergelar ahli DAP Malaysia baru-baru ini telah hadir memberi ceramah kepada puak-puak pakatan di Sungai Besar. 

Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan sehingga 2004 yang mana beliau adalah individu yang paling rapat dengan Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ketua Bahagian Pekan, Pahang. Segala rahsia Perdana Menteri telah dihebahkan kepada umum semata-mata dengan niat untuk menumbangkan UMNO.

Si bangsat ini boleh kita katakan sebagai munafik level tertinggi. Sebab apa JB kata begitu? Sebab niat dia menjadi ahli DAP dan bertuankan ketua rasis adalah untuk menjatuhkan dan meranapkan terus UMNO! Tidak tahu apa masalah dia dengan UMNO Pekan, tetapi yang pasti dari percakapan dan nada beliau, JB percaya yang Ariff Sabri ini merupakan salah seorang dari ribuan ahli UMNO yang kecewa tidak dapat projek.

Rupanya beginilah ahli UMNO yang kecewa. Apabila senang duduk di atas semua YES BOSS! tetapi bila tidak dapat projek sekali dua, maka terus daftar sebagai ahli DAP seumur hidup dan bersumpah akan hancurkan UMNO dan bawa DAP terus menerajui pakatan menuju Putrajaya.

PAKATAN CELAKA!! DEWAN ORANG RAMAI DIKUNCI!!


Ahad lepas satu himpunan aman telah diadakan di hadapan dewan orang ramai bagi mendesak Majlis Daerah Sabak Bernam menanggalkan tali penghadang dan membuka semula mangga kunci di dewan tersebut. Bantahan tersebut dibuat kerana Majlis Daerah Sabak Bernam tidak membenarkan penduduk kampung menggunakan dewan tersebut memandangkan dewan itu adalah dalam bidang kuasa pihak PBT.

Dato' Warno Dogol, ADUN Sabak memberitahu, perhimpunan ini menunjukkan penduduk tempatan tidak berpuas hati kerana Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meletakkan tali penghadang  di bangunan ini semasa bangunan ini dibaik pulih. Sebelum ini MDSB tidak pernah mengambil tahu tentang permasalahan dewan ini. Sebelum ini, dewan ini terbiar usang tiada pihak MDSB ambil inisiatif membaikpulih dewan ini. Selaku ADUN Sabak, Dato' Warno telah meminta dana dari Kementerian Luar Bandar sebanyak RM300 ribu untuk membaik pulih segala kerosakan dan apabila dibaik pulih kelak dapatlah manfaat untuk masyarakat setempat.

Sejak pakatan memerintah Selangor, dewan ini memang tidak terurus. Ini menjadi satu kerugian dan bermakna MDSB tidak menjaga harta MDSB sendiri. Ini juga duit rakyat, kita tak perlu bazirkan rakyat. Kerajaan negeri memang tiada inisiatif untuk membaik pulih kerosakan yang berlaku pada fasiliti MDSB seperti stadium Sg. Besar dan Sabak Bernam.

Demo ini adalah untuk meminta kerajaan negeri pakatan khususnya MDSB sebagai PBT tidak menghalang para kontraktor melakukan tugas membaikpulih tersebut. Penduduk kampung berang dengan tindakan MDSB yang membantutkan tugas kontraktor untuk membaikpulih dewan dan menambahkan lagi masalah yang sedia ada timbul.

Kerajaan negeri harus bertanggungjawab dan harus cari jalan penyelesaian.

#TUKAR KELANTAN SEBELUM TERLAMBAT!!


TUMPAT: Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) akan meneruskan jelajah ke seluruh negeri itu untuk mendesak kerajaan negeri melaksanakan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini selain menghentikan janji baru sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Selepas ini kita bercadang mengadakan program `Jejak Janji PAS’ di tapak peletakan batu asas projek pelabuhan darat di Kuala Krai yang terbengkalai dan tinggal janji,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada program Jelajah Jejak Janji PAS di tapak peletakan batu asas pembinaan jambatan kedua Sungai Kelantan di Kampung Palekbang-Kampung Cina di sini semalam.

Antara 22 tuntutan itu ialah supaya barisan kepimpinan kerajaan PAS mengisytiharkan harta; segera menyelesaikan masalah air; segera menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II; dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia menganggur.

“Tuntutan terakhir kita ialah supaya kerajaan PAS Kelantan berhenti menabur janji-janji baharu kepada rakyat selagi janji lama yang masih tertunggak tidak ditunaikan,” kata Kamarudin.

Mengenai perhimpunan semalam, beliau berkata lokasinya menjadi bukti pembohongan PAS untuk membina jambatan itu yang kini merupakan projek terbiar, walaupun majlis peletakan batu asas disempurnakan Sultan Kelantan pada 1996.

“Apa yang amat dikesalkan, kerajaan PAS Kelantan sanggup menabur janji hingga menggunakan institusi raja untuk kepentingan mereka dalam usaha menarik sokongan rakyat kepada parti itu,” katanya. — Bernama

KHALID AKAN DEDAH KEWANGAN UNISEL SELEPAS PRU-13!!!


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mendedahkan kedudukan kewangan Universiti Selangor (Unisel) setelah laporan diaudit bulan depan.

Malah, beliau berjanji untuk mengumumkannya kepada umum tentang akaun yang tidak pernah diaudit sejak lima tahun dahulu.

"Malangnya akaun Unisel tidak pernah diaudit langsung sejak 5 tahun lalu, oleh sebab itu saya cuba untuk menyelesaikan akaun itu, kita ada rekod sepanjang 5 tahun..saya berharap jangan spekulasi dan kita akan umum bila ia sudah sedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Bajet Selangor 2013 "Selangor Peneraju Ekonomi Negara" di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mendesak Khalid mendedahkan kewangan terperinci termasuk jumlah tunai dan hutang universiti milik kerajaan negeri Selangor itu.

Beliau berkata gesaan tersebut bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel kini sedang menanggung kerugian.
   
"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya.
   
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Unisel dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu untuk digantikan dengan pemimpin dari PAS dan PKR.

Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai anggota Lembaga Pengarah universiti itu. - AP

PANAS!! VIDEO AKSI KHALID DIDEDAHKAN!!



Monday, July 2, 2012

PANAS!! GERAN SELANGORKU HANYALAH RETORIK UNTUK SURAU DAN MASJID!!

Baik pulih dan pembersihan 500 masjid dikatakan menjadi keutamaan kerajaan negeri Selangor menerusi pelaksanaan program-program di bawah Geran Selangorku berjumlah RM300juta. Sumber Pejabat Menteri Besar memberitahu, Khalid Gagap mahu pembersihan masjid diletakkan dalam kategori pelaksanan segera yang dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan mulai Mac lalu.

Bagaimanapun, sehingga hari ini surau-surau yang didirikan di tanah persendirian serta apartmen, masih terbiar. Ada sesetengah daripadanya dikunci dan dibiarkan usang serta hampir rebah. Apakah Khalid Gagap yang kini menyandang jawatan Exco Hal Ehwal Islam benar-benar serius dalam menegakkan syiar Islam di negeri ini.

Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Rahman Palil berkata, Khalid dilihat lebih banyak bermain politik mulut daripada melaksanakan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam. "Semasa BN memerintah, tidak timbul masalah surau terbiar dan bantuan yang bersesuaian sentiasa disalurkan untuk memberi keselesaan kepada umat Islam beribadat."

"Saya nak tanya Khalid, apakah wang simpanan kerajaan yang mencecah RM1.9 bilion yang digembar-gemburkan, tidak mampu untuk menyelenggara masjid dan surau," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat agar menilai semula pencapaian kerajaan Pakatan yang sebahagian besarnya dianggap menumpang kejayaan BN. Beliau menegaskan, janji-janji yang dibuat untuk memancing undi ketika pilihan raya hanya omong kosong, tidak menyeluruh dan dilaksanakan untuk kepentingan tertentu semata-mata.

LAGI DESAKAN GAPS TERHADAP PAKATAN SELANGOR ATAS STATUS PADANG PKNS!!


Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) didesak menarik balik permohonan projek pembangunan di padang PKNS Kelana Jaya, Selangor sebagai menghormati bantahan rakyat.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, penduduk di kawasan itu tidak pernah mengizinkan sebarang penukaran status zon padang itu dilaksanakan, sebaliknya ia terus kekal sebagai kawasan hijau dan tempat rekreasi.

''Kawasan padang itu merupakan kawasan hijau yang langsung tidak sesuai untuk dibangunkan pusat komersial.

''Justeru, PKNS perlu menghormati keputusan yang dibuat dahulu iaitu diwartakan sebagai kawasan hijau, sekali gus membatalkan sebarang perjanjian membabitkan penukaran status padang itu,'' katanya di sini hari ini.

Hamidzun berkata, mana-mana pihak yang cuba menjadi jaguh dalam isu tersebut wajar disiasat kerana berkemungkinan terdapat kes penyelewengan dan salah laku apabila tetap mahu membenarkan projek komersial itu dibangunkan.

Dalam hal itu, katanya, sesi pendengaran Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang diadakan kerajaan negeri berhubung isu padang itu wajar mengenal pasti ahli politik yang menjadi dalang kepada projek tersebut.

''Selcat juga tidak harus menjadikan pegawai kerajaan sebagai kambing hitam kepada setiap keputusan yang dibuat oleh Exco kerajaan negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau pemimpin parti politik tertentu.

''Isu penyelewengan dan salah laku harus disiasat hingga ke akar umbi,'' katanya.

Isu padang PKNS tercetus apabila pembangunan pusat komersial yang dicadangkan perbadanan itu mendapat tentangan penduduk, selain terdapat percanggahan antara dua dokumen Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS).

Dokumen MBPJ menunjukkan padang itu diwartakan sebagai tapak perniagaan dan perkhidmatan manakala dokumen JPBDS pula menyatakan kawasan itu sebagai tanah lapang serta rekreasi.

Sementara itu, laporan akhbar baru-baru ini menyatakan bahawa Pengurus Besar PKNS, Othman Omar mengambil sikap berdiam diri dalam isu tersebut. Setakat ini tiada kenyataan daripada beliau walaupun isu tersebut panas dan menimbulkan kemarahan penduduk. - Sahabat-Gunung

BLOGGER PRIHATIN: MOHON BANTUAN CARI GADIS MALANG INI...


PAPAN TANDA PKR AMPANG SUDAH TUMBANG!!


Baru-baru ini ada cerita pasal Geran 300 juta yang direbut oleh MB Selangor dan Pengerusi PKR Negeri Selangor. Rupa-rupanya jentera pilihanraya di Gombak dah mula marah. Lantas mereka cabut papan tanda PKR sebagai tanda protes kepada MB Selangor dan PKR sendiri.

Rupanya mereka ini tidak dibayar seperti yang dijanjikan. Lawaknya sebab ada pula pemimpin pemimpin sengal PKR kata orang UMNO yang cabut.

UMNO daripada dulu lagi tak pernah halang pun mereka nak pasang apa pun. Malahan yang suka bakar bendera pun pihak pembangkang. Nak tuduh UMNO jugak salah?. Gila betul! - K7L

PANAS!! DEDAH ADUN BN YANG SUKA CARI LUBANG!!

Seronok bila jadi YB. Tiap hari boleh main golf kat merata tempat. Tiap hari boleh bercengkerama tanpa tengok ke kawasan sendiri. PM sibuk turun padang tengok rakyat, dia sibuk cari lubang di padang golf.

Rakan blogger ada pendedahannya. KLIK SINI.

PAS KUTIP DANA AKHIRAT!! NAK BINA BANGLO NIK AZIZ KAT SYURGA PAS!!!

Makin merepek la pulak PAS sekarang ni. Semata-mata mahu menarik pengundi Islam, maka akan digunakan lah ayat-ayat yang lebih nampak islamik berbanding parti lain. Itulah strategi PAS dari dulu hingga sekarang.

Membangun bersama PAS, Ke arah kerajaan Islam, Undi PAS masuk Syurga, Undi BN masuk Neraka dan macam-macam lagi ayat yang tak pernah terfikir dek akal orang UMNO yang tidak suka menggunakan sentimen ayat berkenaan semata-mata mahu mengelirukan dan menipu orang Islam.

Berubah lah PAS. Cubalah berpolitik jangan libatkan Islam. Buruk nama Islam sebab PAS!!

PAKATAN SELANGOR SELEWENG DUIT RAKYAT!! PEGAWAI PENYELARAS PULA KENA PECAT!!!


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sememangnya penuh dengan korupsi dan penyelewengan kuasa. Walaupun dari semasa ke semasa, kepimpinan Pakatan Rakyat cuba menggambarkan yang mereka sangat bersih, hakikatnya pelbagai skandal dan penyelewengan yang berlaku di Selangor tidak lagi dapat disembunyikan.

Dari sekecil-kecil penyelewengan, sehinggalah melibatkan ratusan juta ringgit, para pemimpin Pakatan Rakyat, berebut-rebut hendak merompak dan menjarah negeri Selangor. Gelagat mereak seolah-olah Pakatan Rakyat Selangor sudah sedar yang mereka tidak mempunyai peluang untuk terus menguasai Selangor selepas PRU13 nanti.

Terbaru, pada 25 Jun lalu, tidak sampai seminggu selepas pendedahan tentang perangai hodoh Faekah Husin, SETPOL Menteri Besar didedahkan oleh portal ini, seorang lagi pemimpin kecil PKR di Selangor telah dikesan melakukan penyelewengan yang boleh memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Penyelaras PKR DUN Sementa, Hj. Mohd Bakhir bin Abdul Wahab telah menerima sepucuk surat dari Pejabat Menteri Besar Selangor. Surat tersebut antara lain menyatakan, khidmat Hj. Mohd Bakhir selaku Penyelaras PKR DUN Sementa ditamatkan serta-merta kerana terdapat kelemahan memantau program JOM SHOPPING.

JOM SHOPPING merupakan program pemberian kupon RM100 kepada warga emas di Selangor dalam usaha PKR dan Pakatan Rakyat mengambil hati pengundi-pengundi tua. Walaupun terdapat terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam program berkenaan, terutama sekali pembabitan tempat membeli belah tertentu selain pendaftaran dengan Pusat-Pusat Khidmat Pakatan Rakyat di setiap DUN yang menimbulkan banyak rungutan berikutan penggelapan kupon-kupon terbabit.

Itu yang berlaku kepada Hj. Mohd Bakhir. Hj. Mohd Bakhir yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Kapar telah melakukan penyelewengan kupon JOM SHOPPING berjumlah RM8200. Biarpun jumlahnya agak ‘kecil’ tetapi jumlah warga emas yang teraniaya adalah 82 orang.

Disebabkan bimbang sekiranya penyelewengan JOM SHOPPING di seluruh Selangor terbongkar dan terhidu oleh media, kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat Selangor, cuba bertindak pantas menutup keaiban berkenaan.

Pada 16 Jun lalu, dua orang Penyelaras DUN PKR juga telah dikenakan tindakan disiplin kerana menyelewengkan kupon-kupon JOM SHOPPING.

Sumber: Sel13.com

HUDUD PAS VS HUDUD UMNO - FATHUL BARI


Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud disambut baik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurutnya, dalam isu ini, Umno ada kelebihan besar kerana perlembagaan parti jelas menyebut 'berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara'.

Oleh itu, cadangan seperti itu perlu disokong oleh semua umat Islam. Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah Umno Johor tidak perlu gopoh untuk melaksanakan cadangan yang sebaik itu kerana dikhuatiri terhenti di separuh jalan sahaja.

“Pertama sekali, apa sahaja kebaikan yang muncul, tidak kira daripada Umno, Pas atau sesiapa sahaja, saya akan sokong demi Islam. Saya juga bersedia bekerjasama bagi beri pandangan dalam isu ini, sekiranya diperlukan.

“Saya juga tidak mahu hukum hudud ini nanti dilabelkan sebagai ‘hudud Umno’ atau ‘hudud Pas’. Apa yang paling penting hudud ini disusun dan dilaksanakan demi menarik kembali umat kepada Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khamis lalu, Adun Kemelah dari Umno membangkitkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12.

Memetik kenyataan Ayub dalam satu portal berita, beliau berkata, mahu melihat Johor mendahului negeri lain dengan laksanakan hudud sebenar, yang didakwanya berbeza dengan hudud Pas.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum berbanding hudud Pas yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

Selain itu, Fathul Bari mahu semua pihak melihat keseluruhan aspek dan menghimpunkan pakar-pakar terlebih dahulu bagi memberikan pandangan supaya hukum ini benar-benar
dapat dilaksanakan.

“Kita perlu himpunkan individu yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran, mufti-mufti, ulama-ulama, pakar-pakar perundangan, pakar perlembagaan, penguat kuasa di semua peringkat dan intelektual-intelektual yang bebas, iaitu datang atas kapasiti isu ini.

“Selain itu, perlu dihimpunkan juga raja-raja Melayu sebagai ketua Islam di negara ini dan wakil-wakil negara yang telah melaksanakannya. Jika mereka ini dapat dikumpulkan, Insya-Allah kita boleh bergerak ke depan lagi,” katanya.-SH

NANTIKAN!! SIKIT MASA JE LAGI... VIDEO GANAS ANWAR AKAN DIDEDAHKAN.....


Sunday, July 1, 2012

JOM LAYAN!! PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7 MENARI TIANG!!


Anwar Ibrahim sememangnya dilahirkan dalam keadaan semula jadinya yang serba boleh. Memang tidak sia-sia dirinya diangkat sebagai 'anugerah tuhan' oleh isteri dan penyokong taksubnya.

Masa zaman mudanya dahulu bermacam-macam perkara dia telah lakukan, di mana org muda sekarang tidak melakukanya lagi hari ini.

Biar pun Anwar hebat dalam menyampaikan khutbah Jumaat atau pidato berapinya di pentas ceramah, tapi ada satu kegilaan Anwar selain dari main depan dan belakang yang mana dia sendiri tidak dapat membuang tabiat tersebut iaitu menari di atas pentas terbuka.

Pantang mendengar alunan muzik rancak terutama sekali muzik tamil, mulalah ada anggota badan Anwar yang bergoyang bagai hendak melepaskan gian dan akhirnya kita sendiri dapat melihat betapa hebatnya bakal Perdana Menteri ke 7 Malaysia menari-nari.


IJAZAH UNISEL TAK LAKU!! SELANGOR BERDEPAN KRISIS MAHASISWA!!

Graduan UNISEL bakal berhadapan dengan krisis paling buruk dalam abad ini apabila sijil lepasan UNISEL tidak laku jika pakatan haram terus memerintah negeri Selangor. Penglibatan orang politik dalam pentadbiran UNISEL dilihat menjadi liabiliti dalam pentadbiran UNISEL kerana campur tangan dan decision-making tidak dapat dilakukan oleh pihak akademik sahaja. 

Kenyataan terbaru dari Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini ada kebenarannya.

Ini kerana tindakan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik individu yang terlibat dalam politik sebagai Lembaga Pengarah Unisel banyak mempengaruhi tindakan dan keputusan universiti itu.

Beberapa tokoh Politik yang diletakkan bagi jawatan Board Of Director termasuklah ADUN Hulu Langat Che Rosli Che Mat dan Faekah Husin yang kini sarat dengan pertuduhan pecah amanah dari kalangan Pimpinan PKR sendiri.

Sanggupkah kita membiarkan anak-anak kita yang masih menuntut di UNISEL tergadai masa depannya semata-mata kerana kerajaan Selangor yang semakin gelap mata merompak hasil negeri. Atau adakah kita sanggup melihat graduan UNISEL menganggur kerana tidak habis belajar dan hanya pandai berpolitik sepanjang masa semasa belajar. Fikirkan.

PANAS!! RIBUAN PENGUNDI PAS LUAR KEDAH BERPALING TADAH!!

HAHAHA! Kesian la tengok PAS sekarang ni, semakin lambat PRU semakin ramai orang yang tinggalkan parti Isle Malaya ni. Semalam PAS Kedah telah datang ke Serdang untuk mengumpulkan dan memberi sedikit taklimat kepada pengundi-pengundi PAS Kedah yang bermastautin di Lembah Klang.

Ust. Zizan, Mahfus Mampos telah hadir untuk menyambut kehadiran yang dijangka lebih kurang 2,000 orang itu. Tapi malang apabila yang hadir hanyalah sekitar 250 orang. Itu pun sebab nak makan free. 

Tak nak cakap banyak la sebab pakatan sekarang memang dah ditolak totally oleh rakyat. Malah ramai juga ahli PAS yang telah berpaling arah menyokong kepimpinan Najib. Tak percaya??

Sumber

PM NAJIB AJAK TENGOK BOLA MALAM NI KAT I-CITY!!!

JOM TENGOK BOLA BERSAMA PM NAJIB TUN RAZAK MALAM NI DI i-CITY, KLANG

TENGOK PUAS-PUAS DEPAN SCREEN TERBESAR DI MALAYSIA

JOM!! JOM!! JOM!!

TILIKAN JB, 
ITALY 2  - SPAIN 1 


WOW!! BARU MASUK PAS SUDAH ADA SKANDAL DENGAN ADUN SELINSING??

Dahsyat Abby Abadi sekarang. Sejak bergelar ustazah dan mencari jalan taubat ni, bermacam-macam perangai aktress ini terdedah. Berdiri atas pentas PAS dan memberi ceramah menghentam kerajaan yang membantunya dahulu semasa susah. 

Abby dilaporkan sudah sebaris dengan penceramah artis yang lain walaupun baru menginjak naik. Tapi nak bagitahu kat Abby supaya berhati-hati dengan ADUN Selinsing yang pernah ada kes khalwat dalam keretapi...

KERAJAAN DIGESA TANGGUH OPERASI LYNAS ELAK PERBALAHAN POLITIK



Kilang Lynas di Gebeng, Kuantan iaitu kilang memproses nadir bumi yang menjadi antara keperluan paling penting di dunia hari ini bagi penghasilan barangan berteknologi tinggi, masih lagi menjadi kontroversi.  

Tidak keterlaluan jika dikatakan Lynas menjadi mangsa politik pihak pembangkang yang ketandusan isu.  Tidak mengejutkan juga jika Lynas menjadi mangsa percaturan pihak luar untuk memastikan Malaysia tidak mampu memecahkan monopoli pemrosesan nadir bumi oleh negara China.   

Setakat hari ini, kesemua pakar-pakar, pertubuhan-pertubuhan berkenaan atom dan nuklear antarabangsa serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menilai tahap keselamatan Lynas telah sepakat menyatakan bahawa kilang tersebut selamat.   Bukan itu saja, malah infrastrukturnya juga disahkan sebagai jauh lebih canggih dari kilang-kilang yang sama dengannya, di negara maju.  

Namun, pihak pembangkang yang memakai penyamaran ‘pencinta alam’ tetap berdegil menolak keputusan tersebut.  Sebaliknya, mereka terus berhujah menyatakan Lynas adalah tidak selamat dan terus melaung-laung kata-kata ini tanpa berasaskan apa-apa bukti.  

Sedikit sebanyak, hujah mereka berjaya menimbulkan keraguan di kalangan rakyat sekitar Indera Mahkota dan Kuantan.   Dan sudah tentulah kita tidak mahu rakyat walau di mana jua merasa ragu-ragu walaupun sedikit dalam hal ini.  

Oleh itu, kita lihat tidak ada salahnya jika kerajaan mengambil sedikit masa untuk memberi ruang kepada rakyat meneliti isu ini dengan lebih mendalam.  

Tidak menjadi satu kerugian jika kerajaan mengarahkan Lynas agar menangguhkan operasi sehingga keadaan benar-benar tenang.  Atau dalam erti kata lain, hanya meminta mereka berhenti sejenak dan bukannya berundur ke belakang mahupun membatalkan terus.  

Tidak boleh dinafikan bahawa penduduk-penduduk sekitar kilang tersebut sedikit sebanyak tetap mengalami kesan psikologi akibat dihasut dan disogok dengan berbagai versi mengenai Lynas oleh pihak pembangkang.  

Oleh yang demikian, kita perlu bijak mengambil langkah untuk menjelaskan dan benar-benar meyakinkan mereka mengenai bukti-bukti saintifik yang menunjukkan Lynas adalah selamat.  Ini boleh dilakukan dengan mengadakan sessi penjelasan dan penerangan secara berperingkat di kalangan penduduk setempat.  Selain itu, rakyat juga perlu diberi akses mudah untuk mencari maklumat tepat mengenai Lynas agar mereka tidak merasa tertipu.  

Hanya dengan cara ini maka kontroversi Lynas dapat dihentikan sama sekali.  Kita tidak mahu apabila beroperasi nanti, Lynas masih mengalami gangguan dan masih dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang gila publisiti dan mempunyai agenda-agenda tertentu.  

Dengan ini, kita percaya, menangguhkan operasi Lynas adalah tindakan yang sebaik-baiknya untuk kerajaan, negara dan juga rakyat. 

PR DAN IKHWANUL MUSLIMIN BAGAI LANGIT DAN BUMI



Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi.  Menurut Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.  

Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.   

Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya.  Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.  

Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api.  Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi.  Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya ‘paling Islamik’ dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.  

Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf.  Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.  

Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS.  Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya.  Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka.   Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.  

Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.   

Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap ‘mesra’ dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.  

Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa.  Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.  

Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.  

Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi.  Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.  Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan.  Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.  

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.  Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 – 24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan.  

Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini.  Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini.  Justeru, untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.  

Pun begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak.  Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh.  

4 langkah tersebut ialah:  

1.      Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat
2.      Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar. 
3.      Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri. 
4.      Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas. 

Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan  tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan.  

Justeru, rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir.  

KERAJAAN SELANGOR LEBIH SAYANGKAN KAUM CINA DARI KAUM PRIBUMI!!


Kerajaan Selangor pentadbiran pakatan terus menindas orang Melayu secara senyap. Walau riuh kata negeri berkebajikan, namun hakikat yang sebenar adalah jauh panggang dari api. Kaum Melayu ditipu lagi.

Yang jadi tanda-tanya, apa istimewanya mangsa-mangsa banjir di kawasan DAP hingga dapat bantuan RM1,000.00? Walhal, mangsa-mangsa banjir di kawasan PAS (Selat Klang) dan PKR (Pelabuhan Klang) cuma sekadar mendapat RM500.00.ADUN (PAS) Selat Klang merangkap Exco Dr Halimah tolong jawab.

Apakah RM500.00 lagi puan masukkan ke dalam bag tangan?

posted from Bloggeroid

PAKATAN TAK PUAS HATI KSN SOKONG KERAJAAN!!



Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu.    Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’. 

Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.

Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional.   Justeru, tiada isunya di sini.  Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar.  

Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?   

Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti.  Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.   

Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional.   Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan.  Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.   

Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya .  

Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun.   Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang.  

Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.

APABILA ARTIS MALAYSIA SUDAH TAK POPULAR....


Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ni... Aksinya menyeksakan mata memandang? Artis ini pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Apa yang JB tahu, artis ini tidak memberikan sebarang komen tentang gelaran tersebut.

Pembaca lihatlah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.



Siapakah lelaki yang bersama artis ini... Pakwe beliaukah atau pun teman tapi mesra? Inikah trend artis Malaysia yang ingin kita banggakan?? Pada pembaca yang tahu siapakah artis yang dimaksudkan ini tidak perlulah JB beritahu. Apa pun pada mereka yang bergelar artis fikir dahulu sebelum buat. Renung-renungkan....