Konco-konco ku

Monday, June 25, 2012

SUARA KEADILAN KOMIK PALING KELAKAR DI MALAYSIA!!


Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.

Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.

Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.

Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.

Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.

Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP


Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.


Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina. 

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.

Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

POLITIK PKR SELANGOR SEMAKIN TERUK!! KENAPA KHALID SAYANG SANGAT PADA SETPOL NYA??


Krisis di Selangor berpunca dari mulut longkang setpol MB Selangor yang mempertikaikan perlantikan Azmin sebagai pengarah pilihanraya PKR.

Azmin membalasnya dengan meminta Faekah dipecat kerana terlalu melampau. Semboyan yang ditiupkan Azmin disahut oleh panglima-panglima perangnya yang melancarkan kempen pecat Faekah.

Dalam PKR Azmin Ali adalah Timbalan Presiden. Orang nombor dua dalam parti. Kedudukan Azmin sama seperti kedudukan Tan Sri Muhyiddin dalam Umno dan Mat Sabu dalam Pas. Cuma yang membezakan mereka jumlah keanggotaan ahli parti yang mereka wakili. Tan Sri Muhyiddin lebih kuat kerana jumlah ahli Umno yang ramai. Mat Sabu walaupun mempunyai imej yang tercalar tetapi tetap dihormati oleh ahli-ahli Pas di khalayak umum. Jika ada yang tidak puas hati dengan Mat Sabu pun mereka tidak bercakap secara terbuka sepertimana yang dilakukan Faekah.

Dalam PKR pula Faekah tidak mempunyai apa-apa jawatan. Dia hanya kucing kurap. Kekuatan Faekah bergantung kepada Wan Azizah dan Khalid Ibrahim. Dari segi jawatan beza Azmin dengan Faekah terlalu jauh. 

Adalah sesuatu yang pelik dan luar biasa atau luar tabie apabila seorang setpol yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti boleh mengeluarkan kenyataan yang menghentam Timbalan Presiden Parti ?

Dalam Malaysia belum pernah wujud seorang setpol segila Faekah walaupun setpol dari negeri-negeri yang diperintah Pas dan DAP. 

Contoh,

Kurang ajar atau tidak jika hari ini tiba-tiba setpol MB Negeri XX yang diperintah BN, membuat kenyataan terbuka mempertikaikan perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengarah Pilihanraya BN ?

Sudah tentu orang-orang Umno akan melompat dan marah kepada setpol berkenaan kerana bersikap kurang ajar. Engkau seorang setpol mana boleh campur urusan parti. Kau buat kerja kau yang telah diberi. Lainlah sekiranya engkau memegang dalam parti.

Jika itu terjadi kepada Umno sudah tentulah pembangkang akan pukul canang cerita kononnya Umno sudah parah dan tidak ada lagi sifat hormat-menghormati dalam Umno. 

Begitu juga dalam Pas, kurang ajar atau tidak jika hari ini tiba-tiba setpol MB Kelantan atau setpol MB Kedah mempertikaikan perlantikan Mat Sabu sebagai Pengarah Pilihanraya Pas ?

Sudah tentu kurang ajar dan orang-orang Pas akan mengamuk serta menuduh setpol berkenaan sebagai ejen Umno.

Tapi apa nak dikata, dalam PKR semua boleh. Semuanya gila kuasa dan nak tunjuk diri hebat. Lihatlah sahaja cara pemilihan parti mereka. Kempen seolah-olah pilihanraya. Ketua umum parti suami, presiden parti isteri dan naib presiden parti anak. Pendek kata semua boleh dalam PKR. Depan belakang, sama rata, sama rasa semuanya boleh. Hancur Malaysia kalau mereka memerintah.

Tak pernah dijangka dan tak terfikir dek akal seorang setpol yang tiada apa-apa jawatan dalam parti boleh pertikaikan seorang Timbalan Presiden secara terbuka.

Itu bukannya lagi kurang ajar, malah lebih teruk dari kurang ajar. Apa bahasa yang nak digunakan pun tak tahu. 

SMS RAFIZI KEPADA ANWAR DIDEDAH ORANG PEJABAT ANWAR SENDIRI!!!

"Apa ni Dato Seri? Benda macam ni pun tak boleh selesai. Macam mana nak jadi PM. Jangan sampai saya keluar parti."

SMS seperti di atas merupakan punca pergolakan kenapa Rafizi Lembu letak jawatan CEO pejabat penasihat ekonomi Selangor baru-baru ni. Jangan disalahkan UMNO punya kerja jika perkara ni terdedah. Yang beritahu pun orang dalam pejabat sendiri. Jadi nak salahkan UMNO lagi??

Sedarlah yang riwayat PKR sudah tak lama...Fikirkan.

RAFIZI NAK TUMPU PADA 'WINNABLE CANDIDATE'!! KEPALA ABAH DIA!!!

Rafizi letak jawatan CEO semata-mata nak tumpu pada PRU-13?? Nak sorok taik janganlah sampai terbau-bau. Semua orang dah tau. Semua orang dah bising. Semua orang dah cerita pasal rasa tak puas hati kau pada Anwar Juburi yang terlalu manjakan Azmin lebih dari kau. Jangan nak kelentong lebih sangat la...

Kalau dah lembu, lembu jugak la. Asal kena cucuk hidung ikut je bontot Anwar Juburi kemana saja. Dah kena lepas mula lah nak memberontak, mula lah cari padang ragut rumput yang lain. PKR dah berantakan lah bro. Tak payah nak tutup lagi lubang kubur yang korang korek sendiri.

Kau tu just jadi penyedap Anwar Juburi je. Lubang bontot dah lobos, Anwar cari lah Azmin balik. Kau apa ada?? Nak tumpu jadi calon konon!! Nak buat 'bom jangka' lah, akan meletup semua UMNO/BN lah. RETORIK!!

MISLINA SI KAKAK TUA BOTAK YANG MAHU HAPUSKAN PTPTN!!

Ingat lagi tak dengan seorang wanita yang agak berumur jika berambut turut berkhemah di Dataran Merdeka bersama mahasiswa lain bagi menuntut pemansuhan PTPTN kepada pelajar Malaysia. Kakak Tua Botak ini juga lah yang lebih banyak melaungkan kata-kata provokasi supaya kumpulan yang digelar Dataran Occupy ini boleh berkhemah lama di dataran.

Woooo....Manyak seksi punya ini nenek orang. JB agak perempuan ni memang nak cari populariti lah. Mentang-mentang dah tak laku dalam industri seni, maka terpaksalah ikut politik untuk cari makan. 

Ini lah salah seorang dari banyak-banyak artis yang ikut parti pembangkang yang agak nampak bodoh! Ini juga lah pengikut ambiga dalam LGBT!

PANAS!! ANWAR AKAN FAILKAN SAMAN FITNAH KEPADA @badutrakyat DAN @papagomo!! NANTIKAN!!!


Sepanjang 4 tahun JB terjerumus ke dalam lembah alam maya ini bermacam-macam peristiwa dan tragedi yang berlaku semenjak Barisan Nasional tidak mendapat 2/3 kerusi di Parlimen yang membimbangkan semua pihak terutama Atuk @ Mbah JB yang sejak wujud Tanah Melayu tetap menyokong kepimpinan UMNO walau siapa Perdana Menterinya.

Namun, sejak dalam 4 tahun pemerintahan pakatan terhadap negeri kelahiran JB, Selangor ini bermacam-macam juga fitnah dari pihak pembangkang yang dilemparkan terhadap Najib selaku ketua pentadbir negara Malaysia. Semakin hari, semakin banyak fitnah yang direka untuk menjatuhkan Barisan Nasional semata-mata mahu menawan Putrajaya dan seterusnya Malaysia.

Datuk Nalla baru-baru ini telah menyaman Anwar berhubung dana RM30Billion dan Anwar Juburi telah menang kes tersebut dan dikatakan tidak bersalah. Ramai lah pihak yang menuduh Hakim bias dan telah dibeli. Bagi JB sendiri keadilan dalam Malaysia tetap masih wujud walau bermacam fitnah yang ditujukan kepada Badan Kehakiman negara ini.

Cuma satu yang JB minta sangat-sangat pada Anwar iaitu menyaman blogger Papa Gomo dan Badut Rakyat yang kerap 'memfitnah' Anwar dalam video seks, penyelewengan dan bermacam-macam lagi yang hanya kononnya di'reka' oleh blogger UMNO ini. Mohon Ketua Pembangkang Malaysia SAMAN mereka berdua ni supaya fitnah tidak terus menjulur kepada Anwar dan keluarga.

JB mula rasa simpati dan jika benar Anwar tidak pernah berskandal dengan ChinaDoll, tidak pernah berskandal dengan Shamsidar, maka buktikanlah dengan SAMAN mereka ini. Walau PRU sudah hampir tiba namun hingga saat ini Anwar tidak pernah SAMAN blogger UMNO ni. Tinggi betul sifat sabar Anwar. 


Dan akhir sekali JB percaya yang mereka-mereka ini masih menyimpan rakaman video full tentang perilaku Anwar malah Azmin dalam setiap perbuatan kejinya. Supaya perkara ini tidak berlarutan, maka JB berharap sangat Anwar bawa kes SAMAN ini ke mahkamah demi mendapatkan keadilan.

PANAS!! MUSLIMAT PAS BERCUMBU DALAM KOLAM!!


Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial terus mempergiatkan langkah menangani masalah sosial yang berlaku di negeri ini dengan pelbagai program dan aktiviti secara tersusun dan berterusan dari masa ke semasa. Antara program yang dijalankan adalah Program Kempen Anti Zina yang terbukti mendatangkan banyak manfaat positif kepada masyarakat di negeri Selangor.

Tapi itu hanya cakap saja seperti biasa yang kita dengar di pentas-pentas ceramah PAS yang dipenuhi dengan maki hamun dan fitnah dari penceramah-penceramah yang kononnya menyebarkan syiar Islam.

Hari ini apa yang ada di depan mata kita hasil dari pemerintahan Pakatan Rakyat yang mana rumah-rumah maksiat, perjudian dan tempat-tempat berhibur dan bersosial yang bertaburan bak cendawan tumbuh lepas hujan.

Premis-premis ini yang diperakui kewujudannya oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Pakatan Rakyat tidak langsung diambil tindakan walaupun kewujudannya diragui statusnya.

Saturday, June 23, 2012

PAKATAN TENTANG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT!! HIDUP PAS!!!


Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.

Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.

Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.

Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat. 

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.

Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.

Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.

PANAS!! MUBALIGH KRISTIAN MULA SEBAR DAKYAH DI RUMAH ORANG ISLAM!! @KhalidSamad



Hari ini, sekitar jam 10.00 pagi sehingga 11.20 pagi, penduduk-penduduk Seksyen 23, Shah Alam digemparkan dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian menyebarkan dakyah dari rumah ke rumah. Jumlah mubaligh-mubaligh berkenaan sekitar 14 orang. Mubaligh-mubaligh Kristian berkenaan terdiri daripada warga Barat, Filipina dan Jepun. Terdapat seorang mubaligh yang kelihatan membawa seorang bayi kecil untuk meraih simpati agar penduduk di taman berkenaan membuka pintu. 

Kedatangan mubaligh-mubaligh berkenaan didalangi oleh kaum India dan Cina yang bukan dari penduduk-penduduk Seksyen 23. Penyokong-penyokong PAS yang lantang kononnya mempertahankan Islam kelihatan berdiam diri. Mubaligh-mubaligh berkenaan hanya bergerak keluar dari taman berkenaan selepas penduduk-penduduk tempatan melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara terbuka. 

Tidak pernah terjadi mubaligh-mubaligh Kristian dari luar negara secara terbuka menyebarkan dakyah mereka di Parlimen Shah Alam, kawasan YB Khalid Samad. Adakah mubaligh-mubaligh berkenaan mendapat lampu hijau dari pemerintahan Pakatan Haram yang sedia ada? Apakah kenyataan-kenyataan Datuk Dr Hassan Ali bahawa terdapat agenda memurtadkan Masyarakat Islam di Selangor bukanya satu cerita dongeng? - Cucu Tok Selampit

Jawa Bernam: Nampaknya gerakan mubaligh kristian telah melancarkan tindakan drastik untuk menarik orang Islam menganut agama Kristian. Sedih apabila Khalid Samad hanya memandang sepi gerakan ini umpama mengahalalkan perkara yang boleh meruntuhkan akidah Islam. Fikirkan mana hala tuju sebenar PAS dalam menegakkan agama Islam.

PANAS!! PENDEDAHAN 3 DIPLOMAT SINGAPURA DALAM BERSIH 3.0!!


KUALA LUMPUR 22 Jun - Kerajaan akan menyiasat penglibatan tiga diplomat Singapura dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sama ada sebagai pemerhati atau peserta sebelum tindakan lanjut diambil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara tersebut kini dalam pertimbangan Kementerian Luar dan sebaik sahaja fakta sebenar mengenai penglibatan mereka diperoleh tindakan susulan akan diputuskan.

"Kita mahu pastikan kesahihan laporan sama ada mereka hadir sebagai pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi terlebih dahulu, kemudian baru kita putuskan tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian kerajaan dan bila bantahan rasmi berhubung penglibatan tiga diplomat Singapura yang dilihat mencabul kedaulatan negara akan dibuat.

Hari ini Kedutaan Singapura dalam kenyataannya mendakwa kehadiran ketiga-tiga diplomat tersebut dalam demonstrasi Bersih 3.0 adalah berdasarkan kapasiti peribadi dan bukan arahan kerajaan Singapura.


Omong Jawa Bernam:

Tak dapat nak disangkal lagi tentang penglibatan 3 diplomat dari Singapura [Tiga diplomat tersebut ialah  Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), Setiausaha Pertama (Politik), Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), Setiausaha Pertama (Politik) dan Ariel Eunice Tan Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Penolong Pesuruhjaya Tinggi dan Kaunselor.] yang dikatakan hadir pada himpunan Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu sebagai pemerhati atau peserta. 

Singapura adalah penyokong kuat kepada pembangkang Malaysia yang mana di dalam pakatan pembangkang Malaysia masih ada sisa cabang PAP iaitu DAP. Tanpa sokongan dari Singapura dan penyaluran dana secara besar-besaran maka Bersih 3.0 tidak dapat dijalankan.

The game is simple. Kerajaan Singapura yang berpaksikan kepada kuasa besar Yahudi yang menguasai dunia kini adalah penyumbang terbesar kepada kekecohan yang tercetus sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Semasa di dalam penjara Anwar Ibrahim sering dikunjungi oleh wakil Yahudi dari Singapura untuk melakar pelan pengambilalihan Malaysia jika kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan.

Perkara ini juga mendapat sokongan yang hebat dari pecahan parti rasis Singapura yang masih bertapak di Malaysia iaitu DAP. DAP telah lama berdendam dengan Melayu sejak dari Singapura terpisah dari Persekutuan Tanah Melayu lagi. 

Oleh itu, 3 diplomat yang didakwa menyokong himpunan bersih dan terlibat secara langsung pada 28 April lalu adalah begitu kuat dengan mengkaji semula sejarah asal Singapura dan DAP yang terlalu berkait rapat untuk merampas Tanah Melayu dari pemerintahan Melayu.

Jadi apa tunggu lagi? Tak perlu siasat pun semua orang dah fasih tentang perkara ini. Fikirkan.

Friday, June 22, 2012

ANALISA POLITIK SELANGOR: DUN SELANGOR BUBAR TERLEBIH DAHULU SEBELUM BUBAR PARLIMEN!!

Analisa politik semasa yang dicanang sejak kebelakangan ini begitu meruncing terutama di Selangor yang mana dapat dilihat perbalahan dalaman parti sendiri iaitu PKR tentang perebutan kuasa dan harta Selangor. Tidak perlu lagi berteka-teki tentang siapa yang bermusuh dengan siapa di dalam pentadbiran pakatan Selangor. Semuanya telah jelas kelihatan.

Jika adegan perbalahan antara dua kem ini iaitu Khalid dan Azmin tidak dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini, maka tidak salah jika andaian dari para penganalisa politik semasa bahawa Selangor akan dibubarkan DUN dahulu sebelum Parlimen. Memandangkan Perdana Menteri masih berteka-teka dengan tarikh pilihanraya, tidak keterlaluan jika kita boleh mengandaikan yang Selangor patut mengadakan pilihanraya dahulu bagi menstabilkan politik negeri yang semakin lama semakin kencang bergolak.

Dengan desakan dari kem Azmin yang mendesak orang kanan Ketua Umum PKR dan orang kanan Menteri Besar Selangor dipecat dan dibuang dari pentadbiran negeri Selangor. Cukup lah berlakon untuk 4 tahun pemerintahan ini. Tahi yang ditutup akan terkeluar juga baunya jika lama disimpan.

Baru-baru ini kita lihat Rafizi Ramli yang telah diumumkan sebagai calon Pandan meletakkan jawatan CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor rentetan desakan dari orang dalam parti sendiri. Selepas Rafizi, Faekah pula menjadi mangsa ketaksuban kuasa Azmin dengan desakan demi desakan supaya beliau turut mengikut jejak Rafizi meninggalkan Bangunan SUK Negeri Selangor di Shah Alam. Bukan sekadar desakan yang diterima, Azmin juga telah mewujudkan hetchtag #PecatFaekah dan #KamiSygPKR untuk memberikan peringatan kepada Faekah sebagai Setiausaha Politik Kanan Khalid Ibrahim supaya segera berundur sebelum tindakan drastik yang lebih dahsyat bakal diterima.

PKR Selangor sekarang sudah bertelagah sesama sendiri. Dan untuk menjadikan pentadbiran Selangor ini lebih bersifat komprehensif dengan bisik-bisik dari rakyat akar umbi dan ahli PKR Selangor sendiri, Kerajaan Selangor harus membuat satu mesyuarat tergempar bagi undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan seterusnya pilihanraya DUN Selangor wajar dilakukan sebelum PRU-13 yang akan datang. 

Lagipun keyakinan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim yang nampak lemah dan lesu semakin menurun semenjak Pengerusi PKR Selangor telah diserahkan kepada Azmin sebagai syarat ganti tidak menyingkirkan Faekah Hussin. Apa guna menjadi Menteri Besar Selangor jika jawatan politik dalam parti sendiri tidak disandang. Segala keputusan parti yang berkenaan dengan Selangor perlu mendapat kata putus dari Azmin dan Anwar. Bagi memperlihatkan lagi kelemahan pentadbiran Selangor, isu berbangkit yang tidak pernah selesai seperti air, sampah, pasir, dan agama tidak dapat diselesaikan dan tidak ada keputusan hakiki dari Menteri Besar Selangor.

Jadi memang benarlah yang pentadbiran Selangor di bawah Khalid Ibrahim sekarang dalam masalah yang maha dahsyat. Bukan sahaja masalah luar yang melibatkan rakyat Selangor, tapi juga masalah dalam parti sendiri yang semakin dilihat meminggirkan Menteri Besar Selangor ini dari inner circle Anwar Ibrahim. Dan boleh disahkan juga yang sebenarnya Khalid Ibrahim hanyalah sebagai badut atau kuda tunggangan pemimpin pakatan yang hanya memikirkan tentang kuasa dan harta.

Sumber: Kamarul Nizam 
(Ahli Pemikir Majlis Anti-Pakatan Selangor)

PANAS!! PAKATAN MASAK BABI DAN AYAM DALAM KUALI YANG SAMA!!

RM500/table (non halal) = Daging Babi
RM300/table (halal) = Daging Ayam

Di dalam dapur yang sama dan kemungkinan besar menggunakan periuk yang sama. Tetapi menu hidangan yang berbeza. Malah lebih sadis adalah Jamuan Makan Malam ini dibuat di 88 Restaurant Guo Tai yang JB yakin Majlis Agam Islam tidak memberikan sijil halal kepada premis ini.

Betapa jijiknya politik kotor pakatan sehingga bab makanan halal dan haram pun boleh dicampur adukkan demi mendapatkan satu undi dan lebih penting demi mencapai cita-cita menawan Putrajaya pada PRU-13 akan datang.

Adakah PAS tidak peka dengan perkara ini? Pelik juga apabila wakil dari PAS iaitu Suhaizan Kalat, Ketua Pemuda PAS Johor turut hadir bagi memberi ceramah. Tidakkah ditegurnya urusetia acara ini yang terang-terangan membeza-bezakan makanan halal dan tidak halal.

Sebelah meja makan babi dan minum bir, sebelah meja lagi makan ayam dan minum air tembikai. Mana rasionalnya pemikiran PAS yang menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal. Mereka seperti sudah lali dengan apa yang mereka makan sekarang. Hati yang hitam datangnya dari makanan yang haram.

Fikirkan wahai Ahli PAS! Mana suara tegas kalian untuk menegakkan apa yang halal dan apa yang haram. Janganlah dicampur adukkan agama dan politik kerana kelak akan merosakkan agama itu sendiri.

MASJID ADALAH TEMPAT BERPOLITIK BAGI PAS!! PUNAH MASJID KERANA PAS!!

Isu tentang pemilihan AJK Masjid di Selangor yang menampakkan campur tangan kerajaan negeri di dalam MAIS telah lama berlaku. Bukan baru sekarang perkara ini terjadi. Boleh dikatakan semua masjid yang berdaftar di bawah MAIS adalah tertakluk kepada bidang kuasa exco agama negeri iaitu Khalid Gagap semenjak menerima watikah itu dari Hasan Ali yang telah dihalau dari SUK.

Bukan hendak menidakkan bidang kuasa pegawai MAIS yang JB percaya ada lagi sebilangan pegawai di dalamnya masih bersama kepimpinan UMNO malah masih ada lagi yang memberi maklumat secara senyap kepada Hasan Ali. Kuasa MAIS sekarang adalah di bawah Khalid Gagap yang menjadi Exco Agama Islam Negeri Selangor. Dan supaya negeri Selangor ini tidak terlepas totally dari genggaman selepas PRU-13, maka diletakkannya kroni masing-masing di dalam pengurusan masjid supaya jika mereka kalah sekalipun, pemimpin PAS dan pakatan masih ada lagi tempat untuk mereka berceramah dan menyebarkan dakyah kurafat mereka.

Ini adalah strategi mereka. Mengambil contoh di kawasan JB, Sabak Bernam, pemimpin malah ahli UMNO waima orang yang tidak berkepentingan dalam politik bangsat pakatan tidak berani masuk ke dalam masjid dan berimamkan penyokong tegar PAS yang kebanyakannya menjadi imam di masjid. Bukan kerana tidak selesa mereka menjadi imam tetapi dek kerana setiap kali selepas solat fardhu mereka akan susulkan sekali tazkirah atau ceramah politik yang terang-terangan mencaci dan memaki UMNO dan Barisan Nasional sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya di keluarkan dari mulut penceramah di dalam masjid. Sampai bila kita boleh bersabar?

Control damage yang dilakukan oleh kerajaan negeri pakatan ini sungguh mengaibkan orang Islam dan yang lebih teruk mengotorkan kesucian masjid dengan kemasukan penceramah jemputan yang selalunya bukan terdiri dari orang Islam. Dimana jiwa Islam yang selalu dicanang PAS? Harap PRU-13 rakyat sedar.

Thursday, June 21, 2012

NIK AZIZ YANG BONGKAK BUKAN CIRI SEORANG ULAMA' ISLAM


Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.

Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.

Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.

Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.

Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?

Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.

Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?

Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?

GEMPAR!! RAFIZI LETAK JAWATAN!!


Panas petang ni!! Dikhabarkan baru mendapt maklumat Rafizi lembu meletak jawatan dari pejabat perancang ekonomi selangor baru sebentar tadi akibat desakan dari naib presiden PKR, Azmin Ali.

Perkara ini telah lama menjadi perbualan dan perbalahan mereka berdua juga telah tersebar sejak sekian lama. Namun akhirnya hari ini Rafizi tidak tahan dengan desakan yang dilakukan oleh team Azmin dan seterusnya meletak jawatannya atas keterpaksaan tersebut.

Berita selanjutnya akan menyusul...

posted from Bloggeroid

PANAS!! WUJUD GERAKAN MENJATUHKAN KHALID GAGAP DAN FAEKAH DALAM SELANGOR!!!


Ketidaksefahaman dan gerakan untuk saling jatuh menjatuhkan antara Timbalan Presiden PKR,  Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kini bukan sudah menjadi satu’ rahsia umum’ yang tersebar luas di Selangor malah makin membusuk, khususnya di kalangan ahli-ahli PKR sendiri.

Perkara ini diakui oleh bekas  Ketua Penerangan PKR,  Haji Ruslan Kassim yang berkata bahawa konflik atau perang besar antara Azmin Ali dan  Khalid Ibrahim ini sudah lama bermula dan ianya diketahui umum  oleh rakyat, khususnya di kalangan ahli-ahli PKR.

“Perkara ini sudah diketahui umum, terutama mereka yang bersama PKR. Ini saya ibaratkan seumpama peperangan gajah sama gajah. Dan hari ini, banyak pelanduk yang sudah mati akibat peperangan gajah-gajah itu, “ ujarnya mengulas isu konflik di antara dua pemimpin tertinggi PKR itu di sini hari ini.

Jelas beliau, konflik antara Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim bermula apabila Timbalan Presiden PKR itu meletakkan jawatannya sebagai lembaga pengarah di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di mana Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi pengerusinya.

Tindakan Azmin meletakkan jawatan tersebut menurut Ruslan  adalah sebagai tanda protes kerana tidak bersetuju dengan cara dan corak pentadbiran Khalid sebagai pengerusi PKNS dan Menteri Besar.

“Kemudian, Azmin mengarahkan anak-anak buahnya agar mengusulkan undi tidak percaya kepada Khalid di Cabang Kuala Selangor, di mana Khalid menjadi ketuanya. Begitu juga di Ranting  Ijok, yang diketuai oleh Khalid, turut diserang oleh anak-anak buah Azmin dengan mengusulkan undi tidak percaya kepada beliau,” ujar beliau.

Seterusnya kata beliau, apabila melihatkan Azmin mula memberikan ancaman terhadap kedudukan beliau bukan sahaja di Cabang, malah di cawangan Ranting sekaligus, Khalid kemudiannya bertindak memecat anak-anak buah Azmin yang memegang jawatan di Cabang Kuala Selangor dan Ranting Ijok.

“Bukan itu saja,  Azmin Ali juga dalam satu kenyataannya secara terbuka mengkritik dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh exco-exco negeri Selangor yang dilantik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah ada pelbagai lagi gerakan yang dijalankan oleh Azmin dalam usahanya menjatuhkan Khalid. Kalau nak bercerita, panjang berjela nanti,” jelas beliau.

Justeru itu kata beliau lagi, apabila timbul isu skandal seks dan rasuah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau hanya mengatakan ‘no komen’ dengan nada yang sinis ketika diminta oleh para wartawan mengulas isu tersebut, tanpa langsung membela anak didik kesayangan Anwar itu.

“Sebab itu jika kita perhatikan, sejak timbulnya dua isu yang membabitkan beliau, tidak ada seorang pun pemimpin dari Pakatan Pembangkang, terutamanya dari PKR yang tampil membela Azmin, kecuali Anwar Ibrahim. Ini ekoran sikap Azmin dan juga tindak tanduknya yang tidak begitu digemari oleh ramai ahli Pakatan Pembangkang, khususnya pemimpin dan ahli PKR sendiri,” jelas beliau.

CIKGU MALA AKAN TINGGALKAN PAKATAN SEBELUM PRU-13!!


Panas seminggu ini berkenaan khabar angin yang setiap hari berlegar tentang Cikgu Mala yang seperti sudah tawar hati dengan pakatan sejak kalah dalam PRK yang lepas.

Tetapi bagi pendapat JB, kita tak patut percaya pun tentang berita berkenaan kerana pakatan ni banyak muslihat yang tersembunyi yang kita semua tak tahu. Bukan nak tuduh Mala saja nak test market dan mungkin Mala ni betul-betul dah muak dengan pakatan. Itu kita tak tahu.

Yang penting kita tunggu dan lihat sahaja apa tindakan pakatan seterusnya.

posted from Bloggeroid

EDISI BONGKAR!! SKANDAL LYNAS ADALAH PERANCANGAN YAHUDI DI MALAYSIA!!


Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.  

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan.  Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu.  Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat.  Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya.  Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.  

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.  

Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat.  Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong.  Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.  

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas.   Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.  

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara.  Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.  

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.  

Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.” 

Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.   

Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.  

Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”.   Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara.  Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.  

Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.  

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya.  Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.  

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur.  Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.  

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.   

ADAM ADLI TERUS DIKECAM!! MALAUN NI TAK WAKILI SUARA PELAJAR UPSI!!


KUALA LUMPUR - Insiden yang melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, yang digantung tiga semester, tidak seharusnya dijadikan kayu ukur dalam menilai imej pusat pengajian tinggi itu kerana ia tidak menggambarkan pendiriana dan majoriti pelajarnya.

Bagaimanapun Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa tidak dinafikan imej Upsi sejak kebelakangan ini sedikit tercalar berikutan kontroversi membabitkan Adam Adli.

Sehubungan itu tegas beliau, kes tersebut tidak mewakili Upsi dan para pelajarnya.

"Majoriti pelajar Upsi sangat cintakan keamanan dan pembelajaran. Janganlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

"Upsi kini sudah berusia 90 tahun dan telah melahirkan ramai pakar dalam pendidikan dan juga tokoh negara yang telah banyak menabur jasa kepada nusa dan bangsa tercinta," kata beliau pada Majlis Makan Malam Upsi Bersama Media, di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Omar Abdul Kareem.

Awal Januari lalu, Adam Adli digantung tiga semester oleh Upsi selepas didapati bersalah menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno.

Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.

Adam Adli berhadapan dengan tekanan ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera wajah Najib di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, 17 Oktober lalu. Beliau juga dikaitkan dengan tindakannya terlibat alam demonstrasi di hadapan Upsi awal pagi 1 Januari lalu.-SH