Konco-konco ku

Wednesday, December 5, 2012

GOMBAK BERLUMURAN DARAH MALAM TADI!! FRU DATANG TENANGKAN KEADAAN!!

MALAM tadi bertempat di Batu 9, Gombak Utara, Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpinnya telah datang untuk berceramah menabur fitnah di sana. Maka berduyunlah manusia yang lupa diri dan buta hati telah hadir untuk bersama-sama mendengar fitnah dan caci maki yang dikeluarkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.

Antara pemimpin lain yang hadir adalah Azmin Ali, Tamrin Ghaffar dan Amiruddin Shaari. Tapi bukan isi ceramah yang JB nak katakan di sini. Nak bercerita tentang perangai buruk puak pakatan yang bertindak diluar batasan kemanusiaan.

Mungkin malam tadi sudah keluar di facebook puak pakatan yang mengatakan Pemuda UMNO yang datang menyerang ceramah mereka. Mungkin ada juga yang berkata puak mereka yang berdarah dibaling batu oleh orang UMNO.

Ini cerita sebenarnya. Memang Pemuda UMNO telah hadir untuk menghalau petualang bangsa dari mencemarkan kawasan Gombak Utara dari terus menabur fitnah. JB tak nafikan sehingga ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 2kilometer dari Pejabat UMNO Gombak Utara. Malah, Tamrin Ghaffar juga terpaksa menaiki motosikal kerana kebanjiran Pemuda UMNO yang berjaga disepanjang jalan.

Pada sejam pertama, tiada apa-apa yang berlaku. Pemuda UMNO hanyalah berkumpul diseberang jalan untuk menunggu kehadiran Anwar Ibrahim berceramah. Tiada acara baling batu, kelapa, kerusi dan pelbagai objek lagi. Semuanya masih dalam kawalan.

Sehinggalah ada tangan jahat dari kumpulan puak pakatan yang mulakan serangan baling batu ke atas Pemuda UMNO. Maka bermulalah episod siri serangan balas-membalas balingan batu sehingga ada yang cedera di pihak UMNO. Siapa yang salah? Bagi JB dua-dua salah. Satu kumpulan provoke, satu kumpulan tak tahan provoke.

Akhirnya polis telah dipanggil untuk mententeramkan keadaan namun tidak berkesan. Akibatnya, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk menghalang dua kumpulan ini dari terus bergaduh. Ucapan Anwar juga terganggu dan kadang-kadang tersangkut akibat dari tindakan Pemuda UMNO tersebut.

Tapi aku tetap suka cara UMNO Gombak. Berani dan tak gentar hadapi puak pakatan yang berjumlah hampir 1000 orang. Mereka hanya membawa sekitar 100 orang. 


21 comments:

  1. anuar setan kepala jembalang liwat sudah muncul - tq tun dol u set him free , adakah cara tun m betul atau ANDA YG BETUL ??????????

    ReplyDelete
  2. lantak dia la nak buat ceramah..kitakan dah kuat pas persidangan UMNO..wat pe ganggu majlis orang..yang duk nak bergaduh tu pasal ape

    ReplyDelete
  3. Cara puak-puak PR suka merusuh..heeee
    mohon pautkan blog. Blog tuan yang hebat ini sudah dipautkan.
    apple-biru.blogspot.com.tkiu..

    ReplyDelete
  4. saya antara yang bersama pemuda gombak mlm td..besar kami digombak...kami tau ape belaku tp kami benci org luar tabur fitnah..yg dtg penghina bangsa sampai digombak..berceramah ttg akidah..ekonomi..mcm dia xbuat slh sdgkan apa yg dia buat lgsg tiada pnjelasan yg tpt..maka KAMI bangkit utk menolak KEDATANGAN ANWAR..dtg menghina org gmbak..kata org gombak penakut...klu jntan kaki bontot...ats pentas bole la..ckp putarbelit..hidup GOMBAK..LAWAN ANWAR..

    ReplyDelete
  5. PR gombak bacul bila bdpn rakyat..berani dlm kwsn...mlm td mna pemuda KEADILAN..semua bacul mengadap anak jati gombak..sebagai ank jati gombak kami x takut brhdapn dgn pembangkang yg mnjdi penipu ...janji pilhnraya pn xbagi2..klu BRIM pnyokong pembangkang la yg paling awal mohon...PR penipu..saya bangga jd penduduk gombak utara kerana pemuda kg dtg menolak PENGKIANAT BANGSA dtg...

    ReplyDelete
  6. Aku dok atas pagar. Bg aku yg penting sapa bela Islam dan Melayu, aku undi. PR ni kabeh goblok. BN pn ada gak yg goblok. Tp plih la yg sikit gobloknya. Skrg ni aku mmg nekad undi BN. Undi BN.

    ReplyDelete
  7. dulu undi umno. sekarang atas pagar. dengar hujah dua2 pihak. sebelah PR banyak buat aku fikir. sayang BN. tp mgkin kalini aku undi PR. selagi yang berkuasa di BN belum berubah. Haraap ini dpt bantu BN berubah. sorry

    ReplyDelete
  8. Aku dulu undi pakatan rakyat PR. Itu dulu. Sekarang bru aku sdr bnyk sgt penipuan, bohong, rasuah lbh hbat dari BN. Masaalah akhlak pemimpin pakatan terang2 tp masih ada yg buta hati. Sokong membuta tuli. Agama di gadai maruah bangsa di injak.

    ReplyDelete
  9. umNO parti rasis & assobiyah..
    dalam kubur tak tanya "bangsa apa yang kau anuti" yang ditanya "Agama apa yang kau anuti".. BN = Barang Naik. Bee End.. Kakak ku bakal adun, Makcik aku totok umNO.. maaf, aku rakyat yg bermaruah, dan aku mahu generasi selepas aku terbela dalam agama. Bukan mendidik rakyat menjadi samseng upahan..
    Sabda Rasulullah s.a.w:
    Maksudnya:

    "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (disyurga)dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka,maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(disyurga)."

    (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bazzar dan al-Tabarani didalam al-Kabir dan al-Ausod.Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]

    ReplyDelete
  10. baru nak sokong UMNO, selepas tgk kenyataan dari artikel ni membuatkaan sy X jadi nak sokong...
    ape rasional ahli UMNO nak halau diorg buat ceramah ni?
    mane demokrasi? mane adab? mane agama?

    TAHNIAH UMNO ANDA MEMBUATKAN SY KEBAI KE ATAS PAGAR...

    ReplyDelete
  11. Aku takkan berkrompomi dengan peliwat walaupun semua janji yang dibuatnya manis-manis belaka. Perangai serupa macam DAJJAL, berjanji segala macam untuk pengikutnya semata-mata memilih syurga didunia tetapi sebenarnya menempah neraka di akhirat. Minta Allah melindungi seluruh keluarga aku dari fitnah DAJJAL Al-Juburi ni....

    ReplyDelete
  12. Mereka dtg ke kawasan org. Penduduk jati asal tidak suka. Mereka tidak menghalau, tetapi mereka menunjukkan yg mereka tidak suka dgn kehadiran org luar dgn berkumpul beramai-ramai. Kalau ada org yg dtg ke rumah kita, dan kita tidak suka, patutnya org yg dtg tu faham dan cepat-cepat beredar. Begitu juga pemimpin PR. jika mereka dtg ke kawasan org, dan dilihat ramai yg tidak suka, mereka sepatutnya dgn rasa tanggungjawab cepat-cepat beredar. Sbg pemimpin, sepatutnya mereka boleh mengagak keadaan buruk yg bakal terjadi. Kalau tidak mahu beredar, sekurang-kurangnya mengarahkan penyokongnya supaya bertenang kerana adab berada ditempat org perlu mengalah. Jgn menyalahkan penduduk disitu tidak beradab dan tidak mengikut agama. Org yg dtg itulah yg sepatutnya lebih beradab.

    ReplyDelete
  13. Keamanan adalah keutamaan rakyat. Kalau pun kunun nak raih sokongan rakyat tapi diwaktu yang sama di bako nya emosi rakyat. Huru hara jadinya. Tempat dah elok, tenang, kalau dibuat berkubang, memanglah keroh jadinya. TAHNIAH UMNO GOMBAK.

    ReplyDelete
  14. umNO parti rasis & assobiyah..
    dalam kubur tak tanya "bangsa apa yang kau anuti" yang ditanya...
    ................................................................................................

    Fahamlah bhw penganut agama islam di Malaysia ini majoritinya ialah org melayu. Kalau org melayu tidak kuat dan tidak bersatu, adakah tuan mengharapkan org cina dan india yg akan memperjuangkan islam? Mereka memperjuangkan budaya mereka, warisan mereka dan agama nenek moyang mereka. Dan siapa yg akan memperjuangkan budaya kita, warisan kita, agama nenek moyang kita? Jawapannya ialah org melayu. Islam itu subur dlm jiwa melayu. Memperkuatkan kesatuan melayu bererti memperkuatkan kesatuan islam.

    ReplyDelete
  15. Bangang. Kacau ceramah org wat pa? PR ada pernah kacau BN punya ceramah ke? Demokrasi lah sangat.

    ReplyDelete
  16. dlu aku pkir 2x nk undi pr ke bn,. sejak kebelakangan ni, mkin tk rasional. orng wt ceramah, pe maalah, tk suke jgn kacau, nk wt ceramah buat la port sndri. aku mkni jatuh hati kt pr. tk penah gnggu majlis orng, jauh sekali pukul orng. ceramah ade isi. makin tertarik, thn ni firts time ngundi, insya allah aku undi pr. aku masih sht akal, . reti beza baik buruk.

    ReplyDelete
  17. Baru-baru ini ceramah YB Zulkifli Nordin diganggu oleh penduduk setempat yg menyokong PR. Apa yg dilakukan oleh penganjur ialah, mereka menutup slot pertanyaan dan ceramah itu dihentikan. Jadi kekecohan yg lebih besar tidak berlaku. Inilah contoh penganjur yg bertanggungjawab. Mereka bertindak menghentikan ceramah supaya perkara yg lebih buruk dapat dihalang. Sepatutnya penganjur ceramah PR di Gombak juga perlu melakukan perkara yg sama memandangkan kehadiran mereka di kawasan itu tidak disukai oleh penduduk setempat.

    ReplyDelete
  18. sabun warisan...ko ni mmg xphm pejuangan org kampung...ko jgn pndai ckp ttg perjuangan...APE DH JADI DGN BERSIH 1 2 3 YG PR BUAT..ADA KEBAIKKAN..tnye mk bpk ko ssh atau sng klu melayu hilang kuasa..ko mmg anak melayu yg mudah utk dijual beli...mcm anwar gilakan kuasa...tnye pd diri apa jasa pd bangsa..klu xde pertahankan bngse sendiri pn dh bgs..ekonomi bkn kita pegang..dgr lagu WARISAN..muhasabah lah diri..aku pemuda gombak utara..tau ape berlaku...kami xpernah kira parti ape..jd provokasi anwar kami xnk menular dikg kami...ko dtg dn tanya org kg ats pagar ape yg PR buat digombak...KAMI LAWAN TTP LAWAN...

    ReplyDelete
  19. pada yg bru mngundi ko fikirlah...ko pernah tau anwar klua penjara sapa yg bantu..? sapa yg keluarkan..?nape dikeluarkan..ko selidik dulu..dihrp ada perpaduan...tp wujud kekacauan..ko tau sape yg mengaku m'sia ini bukan hak melayu..?itu semua anwar sial yg ckp..ko bole terima india cina menguasai hak melayu..pikir la..

    ReplyDelete
  20. ~Sejarah Umo menolak Rang Undang undang halang murtad:
    1. Sebelum itu, pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad telah ditolak juga tanpa dibahas.
    2. 2 November 1999, Tuan Guru tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
    3. Rang Undang-Undang Murtad pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006 tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh UMNO tanpa dibahaskan.
    4. Usul meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen tetapi juga telah ditolak mentah-mentah tanpa dibahaskan oleh UMNO.
    5. Umno berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah.

    ReplyDelete
  21. MCA IS ANTI BUDDHIST PART 2

    敬爱的佛教伩徒,
    有关马來西亜,吉隆坡,甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺 Samnak Sambodhi Buddhist Association No.19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. 所发生的纠纷, 经过阅读了,Venerable Phra Piya Thammo 和尚及叶金福律师 (Yip Kum Fook) 的双方书信之后, 再经实地旁听了觧,做为中间人,我要客观实事的说:

    1.当一个和尚、初出道 (小学生),在修行, 若有缺点, 那是难免.他马华公会鹅唛區会主地席叶金福律师(Yip Kum Fook),却心眼看不顺,就电招警万到耒佛教之圣地要扣畄和尚耒耻唇出家人, 这是绝对不许可, 除非是殺人放火之大罪悪.

    2.他身为马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook),却反其道而行, 在佛寺不依佛法而軽视佛教的精神, 以傲慢的手段,帶领一般黑社会的人耒挑衅和尚打架, 这也是不该有、更不是佛教修行者的行为.

    3.佛教的圣地, 其主要的目地, 是让眾生修佛道, 不是政治争執的地方. 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 却利用佛教之圣地当政治活动的场所。如此果敢冒犯佛陀的教誨,更是大大的罪悪。

    囯有囯章,彿有佛法,家有家规. 如果出家人有何不对之处, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook), 为何不向主持和尚投?让出家人自依和尚的條规处理、却强权一味要显示他是马华公会鹅唛区会及三宝寺理事会主席, 无法无天的应用霸道手段践踏佛教之圣地.为什么。。。。。为什么.

    至今, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook),不当不歉愧,还要狡辩, 这又证明了他说一套, 做的又是另一套, 囗是心非, 所谓的两舌, 相当阴险. 身为律师, 受高深教育, 却应用如此悪毒, 横蛮无礼的作风污辱和尚, 相等于是耻辱佛教伩仰者。他叶金福律师(Yip Kum Fook)不向主持和尚投诉, 却自承英雄,电招外耒者.请问,身为將近20年的三宝寺主持和尚兼顾问,也是第一位 自筹建寺的大功臣,在大马南傳泒中,是闻名遐邇的高僧.其脸要放在那裡?同样的,要是台湾星雲大师的佛寺沙彌犯錯, 理事会没有礼貌自作主张,电招警方要扣畄其沙彌.我敢请问!星雲大师的自尊是怎样的感受?他叶金福律师(Yip Kum Fook)是后耒者,担任理会主席也不久, 竟敢应用如此,目无尊長的方式对待住持,间接的就是告大家,强迫住持和尚必远離,雀巢鸠要佔。这种用心不良, 有老千之谋, 的确令人不敢恭维。

    縱观以上几项重点,我不是盲目的護持三宝, 而是要坦白的说;他叶金福律师 (Yip Kum Fook) 身受高深教育, 为律师者,本应通情达理才是,但遗憾的是, 却令人惊觉, 他厡耒就是彿书裡所讲的狡猾且残忍的此颣人。他叶金福律师 (Yip Kum Fook),利用他的专业知識, 懂得包裝自己的道德守則,以宗教为幌子手,到处募款,商业经营, 政治活动为重, 并没依循佛教宗教守则行事, 也没对人道作出任何貢献, 只不过借宗教之名捞取权和私利而己。

    在此, 我奉劝, 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 好自为之, 免因果報应.

    shared by boon kiat

    ReplyDelete

comment please.....