Konco-konco ku

Thursday, October 18, 2012

SALAHUDIN AYOB SALAHKAN MEDIA PROMOSI DIRINYA MB JOHOR


Semalam bertempat di pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia Anwar Ibrahim telah mengadakan satu sidang akhbar khas yang antara lainya bertujuan untuk memaklumkan kononnya berlaku pelbagai salah tadbir atas kewangan negara. Namun isu yang ingin dibincangkan bukanlah mengenai inti pati sidang akhbar tersebut.

Ini kerana sudah menjadi kebiasaan buat pakatan pembangkang untuk mengatakan semua adalah merupakan salah dan kesilapan kerajaan. Tapi yang hairanya Anwar tidak pernah memberikan cadangan secara khusus atau komprehensif untuk mengatasinya. Ini mungkin kerana Anwar merasakan sebagai Ketua Pembangkang adalah menjadi tugas ‘rasmi’ untuknya membangkang apa sahaja pendekatan yang di ambil kerajaan. Namun penulis merasakan inilah mentaliti ‘kelas kedua’ yang cuba di doktrinkan Anwar.

Sebagai contoh Ross Perot pernah mengatakan ‘Seorang aktivis yang baik bukanlah hanya mengatakan sungai itu kotor tetapi membantu untuk membersihkan sungai tersebut’. Secara ringkasnya Ross Perot adalah merupakan seorang ahli perniagaan yang pernah menawarkan diri calon presiden Amerika Syarikat pada tahun 1992 dan 1996.

Inilah prinsip yang gagal di fahami oleh Anwar Ibrahim yang sering merasakan dirinya adalah merupakan calon yang paling layak untuk mentadbir Putrajaya. Sedangkan di masa yang sama dia tidak mempunyai sebarang kredibiliti yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia. Ini kerana secara warasnya mana mungkin seorang yang mempunyai pelbagai salah laku moral sepertinya layak di angkat sebagai Perdana Menteri. Sambung baca sila klik di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....