Konco-konco ku

Monday, October 22, 2012

ANWAR MENGAKU JET YANG DINAIKI ADALAH MILIKNYA


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong baru-baru ini, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

“Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

“Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam,” katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.

Pendedahan seterusnya di SINI.

2 comments:

  1. kepala bapak la ko Nuar. cmner pun aku suka dengan sikap takbur ko

    ReplyDelete
  2. Manusia putar alam....jap lg dia akan tersungkur!

    ReplyDelete

comment please.....