Konco-konco ku

Tuesday, September 18, 2012

TERUS BANTU RAKYAT WALAU BUKAN CALON - ZAHID HAMIDI


Memenangi hati rakyat dengan menyelami permasalahan  mereka sehingga ke akar umbi adalah ramuan terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hubungan pemimpin dengan akar umbi perlu berterusan dan tidak hanya bertumpu apabila tiba musim pilihan raya atau pemilihan parti.

“Kita perlu mendekati akar umbi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka jika kita ingin memenangi hati mereka, jangan bila tiba musim pilihan raya dan pemilihan parti baru kita hendak berjumpa mereka.

“Hubungan dan perpaduan antara pemimpin dengan akar umbi perlu berterusan, itulah ramuan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus cemerlang,” karyanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin di Kampus Uniten, Bandar Muadzam Shah, Rompin, di sini, Ahad.

Sementara itu ketika sidang media selepas merasmikan mesyuarat, beliau menyatakan bahawa segala permasalahan dalaman di kalangan UMNO Bahagian sudah berjaya diselesaikan bagi memastikan masalah seperti yang berlaku pada pilihan raya 2008 tidak berulang lagi.

“Sekarang hanya tinggal 10 peratus sahaja kawasan yang masih ada masalah dalaman,  jangan nanti bila calon dah ditentukan oleh pemimpin, ada rasa tidak puas hati dan akan timbiul masalah baru pula,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama pucuk kepimpinan yang diketuai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang untuk menyelesaikan masalah berkenaan supaya apa yang berlaku dahulu tidak berulang ketika pilihan raya nanti. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

comment please.....