Konco-konco ku

Saturday, September 22, 2012

AKHIRNYA MELAYU BERSATU KERANA ISLAM

Manisnya perpaduan jika berjaya dicapai. Manisnya Islam jika ada perpaduan. Manisnya perpaduan jika dapat direalisasikan.

Alangkah indahnya jika perpaduan sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang hingga bila-bila. Umat Islam itu bersaudara. Umat Islam itu berpegang pada Quran dan Sunnah yang sama. Umat Islam itu menjunjung Nabi dan Tuhan yang sama. Kenapa perlu ada perbalahan.

Lupakanlah persengketaan. Hilangkanlah ketidaksefahaman. Kaburkanlah jurang ideologis sekatan.

Islam dan Melayu akan terus makmur. Lupakan barat dan teruskan ke timur. Biarlah ladang dipenuhi sumur. Biarlah kalimah Allah dan Muhammad terus subur.

Tidak rugi rasanya andai umat Islam bersatu. Tidak hilang ego rasanya jika bersekutu. 

Perpaduan telah lama disuruh di dalam Al-Quran. Umat Islam bersatu sudah lama disaran.

Jika beginilah fenomena terbaru. Tak kan Melayu dan Islam terus diburu.

Bersatulah.

1 comment:

  1. Alif ba tha....hayatilh ape yg kita lalui dn kita kecapi....

    ReplyDelete

comment please.....