Konco-konco ku

Friday, July 20, 2012

DAP ANTI ISLAM!! CADANGAN MURNI PAS TEGAK ISLAM DITENTANG!!


Ronnie Liu yang ternyata anti-Islam telah sekali lagi menyuarakan ketegasannya terhadap PAS yang mahu menegakkan syiar Islam di Kuala Selangor. Semenjak pemerintahan pakatan di Selangor, Kuala Selangor dan kawasan yang lainnya telah bertukar 100% menjadi kawasan hiburan yang melalaikan.

Sebuah bangunan yang menyediakan beberapa hiburan seperti bowling, karaoke, dan pawagam telah dibina oleh kroni Khalid Gagap melalui DAP di Kuala Selangor yang dahulunya sebuah pekan yang sederhana. Majoriti penduduk di Kuala Selangor pula adalah Melayu dan ini memberi peluang kepada parti rasis itu mengambil kesempatan yang ada memandangkan sikap terlalu terbuka Ahli Parlimennya dari PAS, Zulkifli Ahmad.

Baru-baru ini, PAS melalui PBT Kuala Selangor, MDKS, telah mencadangkan dan akan melaksanakan beberapa langkah progresif untuk meneruskan syiar Islam di kawasan itu dengan mengasingkan antara lelaki dan wanita yang ingin menonton wayang di LFS, Plaza One.

Tetapi seperti biasa, wakil dari DAP, Ronnie Liu yang mungkin ada kepentingan dalam Plaza One atau LFS Cinema membantah cadangan pihak PAS kerana dikhuatiri tidak mendapat sambutan dari anak muda. PAS sekali lagi tunduk kepada DAP kerana takut tidak dapat bersama-sama pakatan dalam merampas Putrajaya dan memerintah negara. Ini lah ketakutan yang paling utama atas dasar 'bersekongkol' PAS terhadap DAP.

PAS memang sudah lama menjadi kuda tunggangan DAP. Takut dengan parti itu sehingga sanggup mengiyakan apa sahaja. Tiada tentangan dan bantahan. Dan yang penting cadangan PAS itu hanyalah melepaskan batuk ditangga.

************************************

SHAH ALAM: Pemimpin PAS Selangor mempertahankan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengarahkan operator pawagam meletakkan notis peringatan kepada pasangan bukan muhrim agar tidak duduk berdua-duaan di dalam panggung wayang.

Kata mereka, notis itu penting sebagai peringatan kepada pasangan bukan muhrim agar tidak menjadikan panggung wayang sebagai tempat untuk berasmara dana. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad mengakui ahli-ahli majlis PAS dalam MDKS bertanggungjawab membuat cadangan itu.

“Pawagam adalah merupakan tempat awam untuk seisi keluarga menonton filem. Kami menerima aduan daripada keluarga yang membawa anak-anak ke pawagam dan melihat terdapatnya pasangan Islam yang memadu kasih di dalam pawagam dan mereka tidak suka," ujar Khalid.Oleh itu, kata Khalid, PAS hanya sekadar mahu mengingatkan masyarakat agar tidak berkelakuan sumbang di dalam pawagam.

"Jangan jadikan pawagam sebagai kelab malam,” kata Khalid lagi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Dr Dzukefly Ahmad sementara itu berkata, isu tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat penuh ahli majlis MDKS hujung bulan ini.

Semalam, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu telah mengarahkan MDKS supaya membekukan sementara waktu arahan penampalan notis yang melarang pasangan bukan muhrim daripada duduk berdua-duaan di dalam pawagam sehingga perkara ini dikaji secara menyeluruh.

Menurut Ronnie pelaksanaan arahan itu dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak mahu sesuatu pelaksanaan sebarang peraturan baru di peringkat kerajaan tempatan dilakukan tanpa seragam.

Sebarang peraturan baru di peringkat negeri mestilah dilakukan secara menyeluruh dan bukannya secara berasingan sepertimana yang berlaku di Kuala Selangor, katanya.

No comments:

Post a Comment

comment please.....