Konco-konco ku

Friday, June 29, 2012

PAKATAN MULA GERAKAN MENUKAR JATA NEGERI SELANGOR!! KITA SEMAKIN TERJAJAH!!

Kita semakin dijajah oleh regim DAP yang menguasai Selangor. Agak sedih juga bila melihat Melayu PAS dan PKR telah sewenang-wenangnya mengusulkan dalam Dewan Undangan Negeri untuk menukar jata negeri Selangor yang sedia ada kepada yang baru. Lihat dulu surat di bawah:




Kita bernasib baik kerana bendera tidak mendapat perkenan Sultan. Kalau tidak habis semua nya hendak ditukar kepada yang baru. Perkara inilah yang amat menakutkan JB. Bukan tidak boleh menerima pembaharuan tetapi ini adalah gerakan secara halus bagi menghapuskan penguasaan bangsa Melayu dalam Tanah Melayu. JB ambil contoh seperti gambar dibawah:


Bukti sudah jelas, nyata dan terang. Puak pakatan ini telah dengan sengajanya mengenepikan kalimah Allah dalam salah satu papan iklan di Selangor. Perkara ini pun tetap PAS sebagai parti Islam masih menidakkan perbuatan keji pakatan haram ini. Ini secara terang menidakkan agama Islam sebagai agama rasmi bagi kerajaan Selangor yang masih ada Sultannya.

Mohon beri perhatian kepada isu ini dan tolong sebarluaskan kepada semua. Bersama-sama kita menentang pakatan sebelum semua harta Tanah Melayu dan Selangor khususnya tidak tergadai kelak.

2 comments:

  1. Selepas 2,983 hari ataupun 8 tahun 2 bulan di masa hadapan, ternyata penulis blog ini tidak tahu membaca surat dan gelabah tak tentu pasal kerana tak tahu perbezaan antara 'LOGO DEWAN NEGERI SELANGOR' dan 'JATA NEGERI SELANGOR'. Adakalanya, sikap penyokong seperti ini yang tidak berfikir secara kritikal, berat sebelah dan taksub terhadap parti (tetapi mengabaikan pentafsiran perjuangan parti) sehingga apa yang dilihat di kelilingnya adalah bayang-bayang sendiri yang dimomokkan. Penulisan blog juga bukanlah jaminan untuk kebolehan berfikir. Dan selepas 8 tahun 2 bulan, golongan Melayu UMNO langsung tidak berubah.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana menjelaskan

    ReplyDelete

comment please.....