Konco-konco ku

Monday, February 27, 2012

TIMB. PENGARAH JAIP DAKWA MEMANG ADA PERANCANGAN TANGKAP BADROL

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menafikan dakwaan penangkapan Dr Badrolamin Bahron sengaja dirancang penguatkuasanya.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai.

“Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.

Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

"Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya. - Sinar

2 comments:

  1. “Perkara itu berlaku di Pahang, ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor untuk campur tangan secara dekat.

    “Kalau berlaku di Selangor, paling tidak kita boleh bertanya kepada beliau apakah SOP yang dilakukan pada kejadian tersebut. Tetapi (ia berlaku) di Pahang walaupun ia melibatkan kakitangan awam Kerajaan Negeri,” katanya.

    APA LAH PUNYA BODO JAWAPAN SI GAGAP NI...APA KAU INGAT KALAU BELAKU KAT SELANGOR DALAM NEGERI KAU PERINTAH KES NI BOLEH SENYAP BEGITU SAJA KER.ATAU SIMPAN BERBULAN SAMPAI SEJUK MACAM KES MURTAD DUMC GEREJA TU?..ATAU SI GAGAP NI BOLEH SURUH JAIS PADAM FAIL KES SETELAH KO JADI EXCO AGAMA???.. LAIN KALI KO FAHAM LAA SIKIT NI UNDANG2 SYARIAH TAK KIRA MANA TEMPAT PUN KALAU DAH BUAT KENA TANGGUNG LAA...

    ReplyDelete

comment please.....