Konco-konco ku

Friday, February 3, 2012

NIK AJEZ PENING! MAKIN RAMAI AKAN TINGGALKAN PAS!

Pening Nik Aziz weh... JawaBernam baru sahaja lepas habis berborak dengan seorang rakan yang agak kuat dengan PAS nya. Al-maklumlah JawaBernam dulu sekolah agama, memang ramai kawan-kawan dari sekolah yang begitu taksub dengan perjuangan PAS yang konon menegakkan Islam.

OK straight to the point. Sebenarnya rakan PAS ini sudah kecewa dengan pimpinan PAS. Walaupun masih ada dewan ulama' namun dewan ini agak sunyi bagi menjawab isu-isu yang berkaitan dengan akidah umat Islam. 1st kecewa sebab pemecatan Hasan Ali dari PAS. Ahli PAS sebenarnya begitu berbangga dulu dengan PAS kerana keberanian Hasan Ali yang menghalang kemungkaran lebih hebat dari UMNO. Tetapi semenjak PAS memecat Hasan Ali, ramai jugalah ahlinya yang kecewa lalu meninggalkan parti dan diikuti oleh beberapa pemimpin PAS kerana pakatan dilihat telah masuk campur dalam urusan parti Islam itu dan ini akan meninggalkan kesan akan campur tangan pihak luar dalam urus tadbir PAS.

2nd, kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang yang tidak mahu bertanding dalam PRU-13. Rakan PAS JawaBernam ini beranggapan yang Hadi Awang telah sedar dan menyesal memecat Hasan Ali, pejuang Islam sebenar dalam PAS kerana yang tinggal sekarang ini adalah orang yang selalu menekan Hadi Awang dan mengacau keputusan yang dibuat selaku presiden PAS. MUNGKIN Hadi Awang, Ustaz Nasha, Harun Din dan beberapa tokoh dari kumpulan ulama' akan mengikut jejak Hasan Ali dan meninggalkan PAS. Maka tinggallah PAS yang berwajah baru iaitu PAS profesional. Tiada lagi PAS ulama'. Inilah tekanan yang dikenakan oleh kumpulan penyokong Anwar yang telah berjaya menyelinap masuk dalam kem PAS.

3rd, wawancara Anwar baru-baru ini yang telah dengan jelas menyokong Israel dalam 'two-state solution' amat mengecewakan pakatan lebih-lebih lagi PAS kerana merekalah golongan yang begitu mempertahankan Palestin dari kekejaman Israel. Tiba-tiba ketua pembangkang mereka, Anwar, mengeluarkan kenyataan yang begitu jelas menyinggung hati dan perasaan pemimpin PAS dan sekaligus menghancurkan kepercayaan team PAS ke atas Anwar. Kemana hala tuju PAS sebenarnya sekarang ini? Tiada satu pun press-release dari PAS yang menyanggah kenyataan tersebut sekaligus mengiyakan apa sahaja yang keluar dari mulut peliwat ini. Melayu-Islam kini semakin sedar akan permainan yang dicatur oleh Anwar dan DAP. Fikirkan.

7 comments:

  1. ke mana pas yang sebenar? idola sejak kecil yang inginkan negara islam?? ke mana????

    ReplyDelete
  2. Akhirnya Pas hancur kerana bekerjasama dengan Anwar.Nik Aziz pada mulanya merasa bangga tetapi sekarang ini dia akan kesaorangan.

    ReplyDelete
  3. ini cerita benar cakap mesjid, ada kawan saya yg saya kenal memang brutal tegar pasal pas....bila saya beritahu dgn apa yg berlaku pada parti pas ketika ini dia memang terkejut...dan langsung tak menduga....saya kata bersabarlah....apa yg berlaku adalah kehendak tuhan untuk menunjukkan kebenaran....dia kata dia mungkin akan keluar dari Pas..kalau Pas tak membuat perubahan dalaman partt.....saya kata itu terpulang lah pada hang ini negara demokrasi....kalau nak masuk umno pun no hal punya....nak join JATI pun boleh....

    ReplyDelete
  4. Hj. Hadi insaf????.....biar betolll.....kan ke dia dah POOOOOSINGH semula kata nak bertanding PRU13....sbb ada desakan dr PAS katanya......alaaaa.....serupa N.Aziz yg kena sergah le sbb nak lepas jawatan KONON.....last2 nak pegang jawatan sampai mati....ish3

    ReplyDelete
  5. Nik Aziz akan hidup bersama-sama parasit.

    ReplyDelete

comment please.....