Konco-konco ku

Monday, February 6, 2012

HASAN ALI WAJIB LETAK JAWATAN ADUN JIKA TIDAK MAHU KEMBALI KE PAS

SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.
 
Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.
 
“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.
 
“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.
 
Semalam akhbar ini melaporkan keengganan Hasan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas yang disifatkan dilakukan se­ca­ra autokratik dan tidak de­mokratik.
 
Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan penting itu.
 
Mengulas tindakan Hasan yang melemparkan kesalahan ke atas Pas dan mengemukakan sebab-sebab menolak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu langsung tidak munasabah, malah beliau masih gagal mendedahkan individu dimaksudkan.
 
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan Hasan seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai autoriti serta hak melakukan perubahan setelah diberikan peranan memegang dalam jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
 
“Kenapa beliau mahu menyalahkan orang lain? Mengaku saja yang diri sendiri buat salah. Tidak ada urusan campur tangan orang lain ketika beliau pegang jawatan berkenaan," katanya. - SINARHAIRAN

8 comments:

  1. Kalau kena kat puak dia, orang ada hati dan perasaan. Yang puak dia duk kata macam2 kat DS Najib siang malam, DS Najib tak der perasaan ker. Ataupun pemimpin PAS jer yg ada hati dan perasaan. Orang lain tak der.

    ReplyDelete
  2. pemimpin pas bila bercakap saja...terserlah kebodohan mereka.orang pas pandai mereka cuma terletak pada janggut,jubah dan serban sja.

    ReplyDelete
  3. mereka ni hipokrit...

    Tak ada kebebasan bersuara...apa yg Hassan Ali cakap bukannya bohong..ini semua memang benar.

    Kalau org luar cakap, semau org tak percaya. Bila ahli PAS sendiri yg dah kelaur parti, berjawatan tinggi lagi, tentu org akan percaya...

    Sekarang PAS dah mengelabah....

    Rileks lah brader, kalau tak salah, apa nak takut kan!!! Tak payahlah kacau Hassan Ali. Dia nak betulkan apa yg salah. Itu aje. Hari tu kata, Hassan Ali keluar PAS tak ada effect kepada PAS...so rileks lah!!!

    ReplyDelete
  4. di pecat pastu suruh merayu lak....ape kebende punya politik PAS ngok ni.....

    ReplyDelete
  5. PAS PIS PUS...Parti bebal..

    ReplyDelete
  6. LAAN TETAP LAWAN...BERANI KERAN BENAR..KENAPA PAS TERASA PANAS KE PENDEDAHAN HASSAN ALI??? MANA PERGINYA JAGOAN PAS UNTUK MENEPIS KENYATAAN HASSAN ALI??? MANA PERGINYA NIK AZIZ HERO TUA DAN HADI AWANG? LAWAN TETAP LAWAN..ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG BENAR...TERIMALAH KENYATAANNYA...

    ReplyDelete
  7. kalau dah parti kafir (akibat fatwa sendiri) memang itulah sifatnya menyalahkan orang lain bila terkene muka sendiri...lebih takutkan DAP dari menegakkan hukum Allah...islam cara mana aku pun tak tahu..adakah islam ini hanya untuk politik sajakah?...mereka terkeluar dari landasan asal perjuangan bila kuasa politik menjadi nawaitu...campur tangan kafir harbi meneutralkan keislamanan mereka..menghakis ketakwaan bila bersahabat dengan kafir yang ingin menghancurkan islam..padah mengkafirkan sesama islam..keburukan akhirnya dibukakan Allah terhadap mereka yang sombong dengan janggut dan serban....lu fikirlah sendiri wahai puak-puak kafir pas (fatwa sendiri tau..bukannya orang lain yang kafirkan)

    ReplyDelete
  8. Islam mengariskan panduan utk mencegah kemungkaran...sekuat2 iman cegah guna kekuatan, pertengahan iman, cegahlah guna lidahmu dan selemah2 iman cegah guna hatimu.
    Hasan Ali membuktikan yg beliau memang sorang perajurit Islam....jd di manakah salahnya ? Beliau membetulkan yg salah. Bukan seperti pemimpin2 PAS yg terusan menghina beliau walaupun mereka tau Hasan perjuangkan Islam. Jd tk payahlah balaci2@mangkuk ayun PAS nak memanggakan mulut Hasan Ali kerana visi beliau adalah jelas...ISLAM IS NO 1.

    ReplyDelete

comment please.....