Thursday, October 19, 2023

PAS SUDAH TENTUKAN TANDA-TANDA KIAMAT SEBAB TAK JADI KERAJAAN

 

SELEPAS menentukan siapa boleh masuk syurga, siapa yang akan masuk neraka, kini PAS terus menjadi tuhan dengan mentukan tanda-tanda kiamat kerana PAS menang banyak kerusi tapi jadi pembangkang.

Tak habis lagi fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh PAS. Ternyata PAS ini dah macam gila isim pun ada.

Syurga, neraka, kiamat semua dah boleh ditentukan oleh PAS.

Inilah yang kerajaan sekarang cuba hindarkan, iaitu politik yang menggunakan agama. Mujur ahli-ahli PAS yang gila sahaja ikut fatwa ni.

Kalau PAS jadi kerajaan sudah tentu semua rakyat Malaysia akan masuk syurga. Siapa yang menetang akan digelar Israel dan masuk neraka.

Itulah PAS!

Thursday, October 12, 2023

INDONESIA BUKTIKAN BANTUAN SOSIAL BOLEH DITINGKATKAN MELALUI PENARIKAN SUBSIDI MINYAK

 

MENJELANG pembentangan Belanjawan 2024 esok hari, ramai yang berteka-teki tentang belanjawan yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang kian mencabar, sudah tentu ada beberapa perkara yang mungkin tidak disenangi oleh segelintir rakyat Malaysia.

Antara ura-ura yang kuat adalah berkenaan dengan penarikan subsidi minyak.

Negara jiran kita, Indonesia telah pun membuktikan bahawa dengan penarikan subsidi minyak, lebihan duit subsidi itu dapat membantu rakyat dengan memberi bantuan sosial seperti Bantuan Tunai Rahmah kepada golongan bersasar seperti B40.

Dengan cara ini, wang rakyat akan mengalir terus kepada golongan rakyat yang betul-betul memerlukan.

Bukan lagi diberikan sewenang-wenangnya kepada yang sudah senang dan berharta.

Kita patut terus membantu dan menyokong inisiatif kerajaan ini demi untuk masa depan negara yang lebih baik.

Kekangan ekonomi yang mencabar membuatkan Perdana Menteri bersama barisan kabinetnya mengambil langkah drastik supaya ekonomi negara dapat dipulihkan dengan segera.

Wednesday, October 11, 2023

KERAJAAN TANGGUNG RM60.6 BILION SUBSIDI TENAGA

 

Kerajaan membelanjakan kira-kira RM60.6 bilion untuk memberikan subsidi tenaga sahaja (bahan api dan elektrik) dari RM81 bilion subsidi yang terpaksa dibayar oleh negara pada tahun 2022.

Menurut Bank Negara, jumlah ini adalah enam kali ganda berbanding subsidi yang diberikan kepada sektor pendidikan yang menerima RM10 bilion untuk tahun lepas.

Jumlah ini juga jauh lebih besar dari subsidi untuk perkhidmatan sosial dan masyarakat (RM5 bilion), kesihatan (RM4.4 bilion), pertanian dan pembangunan luar bandar (RM2.5 biliion) dan perumahan (RM1.7 bilion).

Jumlah subsidi ini sangat tinggi berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Tanggungan ini terpaksa dibuat berikutan dasar pemberian subsidi yang sudah berjalan sejak sekian lama sehingga mengorbankan perbelanjaan untuk rakyat yang lain walaupun ia tidak sepenuhnya sampai kepada golongan yang memerlukan bantuan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, beliau akan memperkenalkan pendekatan baharu dalam hal subsidi ini dan memberi jaminan ia tidak akan membebankan rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan dasar terbaharu itu dilihat amat mendesak susulan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ketika ini mencecah RM81 bilion.

“Dalam perkiraan dan pertimbangan kerajaan termasuk jemaah menteri, subsidi bersasar itu dianggap sangat mendesak kerana jumlah subsidi (ditanggung) kini sudah RM81 billion, tetapi dasar (baharu) tidak akan menekan (rakyat).

“Contoh terbaik ialah Tabung Haji dan kadar elektrik yang tidak akan dikenakan. Walaupun ada kekeliruan yang dibangkitkan seolah-olah kadar elektrik itu dikenakan kepada rakyat biasa, tidak benar sama sekali. Kalau ada mungkin ada sedikit pelanggaran (kepada) peraturan yang ditetapkan.

“Keputusan dari jemaah menteri itu jelas, hanya (dikenakan) kepada golongan berpendapatan tinggi,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sumber: https://harapandaily.com/kerajaan-tanggung-rm60-6-bilion-pada-tahun-2022-untuk-tenaga-sahaja/