Friday, July 7, 2023

ZAHID HAMIDI BUKAN CUCUK BOTOX. MUKA BENGKAK, KESAN PEMBEDAHAN SARAF MATA

 

KECOH di media sosial apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan mata kelihatan bengkak dan lebam.

Namun teka-teki itu terungkai apabila anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil menjelaskan bapanya mengalami kerosakan saraf optik dan memerlukan pembedahan.

“Saraf mata dia tak function (berfungsi). Sebab tu mata dia jadi ‘jatuh’. Buat muka buat apa, bukan super star pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena la buat sesuatu.

“Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” tulisnya membalas komen netizen di Instagram.

Bukan itu sahaja, Nurulhidayah juga menjelaskan bahawa sebagai ahli politik, Zahid perlu kuatkan semangat walaupun sakit kerana memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan.

Nurulhidayah berkata bapanya masih dalam proses pemulihan dan tidak berehat lama selepas pembedahan mata.

Pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan Zahid bercuti selama dua minggu.

Namun Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sekali lagi mencuri tumpuan apabila dilihat tampil memakai cermin mata hitam di Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke 23 di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Sumber: https://beritaperak.com/kecoh-dakwaan-zahid-hamidi-buat-pembedahan-kosmetik-ini-penjelasan-nurulhidayah/

THE GRAND PLAN: MAHIADIN AKAN DISINGKIRKAN OLEH MAHATHIR DAN HADI

 


DARI sumber dalam, '9 Dragon' yang menguasai ekonomi Malaysia; 6 orang sudah masuk dalam House of Anwar dan 3 lagi masih setia dengan Mahathir.

Oleh kerana itu, tidak lama lagi Mahiadin akan kantoi kes beliau kerana saksi utama adalah taikun Syed Mokhtar yang kini sudah menyebelahi PMX.

Mahathir akan seperti cacing kepanasan kerana akan dilanyak oleh orang kanannya sendiri.

Saksi utama yang tahu di mana lokasi Jho Low telah hilang di Taiwan. Hal ini kerana bila Jho Low dibawa balik ke Malaysia, 3 dragon yang masih setia kepada House of Daim akan terpalit sama.

Tindakan Hadi yang u-turn dan mempertahankan Mahathir bukan diktator, tetapi dikatanya secara terang-terangan kepada itu adalah tegas. Perkara ini telah mengkucar-kacirkan jemaah PAS di seluruh negara. Presiden PAS tiada pilihan kerana akaun PPBM sudah kena beku kerana terpalit dengan skandal rasuah Jana Wibawa.

Jadi untuk tampung dana dan jentera, separuh MP PAS telah join tema Shahidan Kassim, taikun BERNAS.

Semuanya tentang masa. Bila sudah rasmi MAHADI (Mahathir + Hadi) bergabung kekuatan dalam PRN, hampir separuh dari penyokong PAS akan buat undi protes, dan PN dijangka hilang sekitar 20% pengundi atas pagar mereka.

Separuh tema B dari PAS juga telah jalankan tugas untuk pujuk dan nasihat Hadi yang uzur supaya berehat dari politik.

Hamzah, playmaker Grand Master pula tunggu masa untuk dilondehkan di mahkamah.

Ini bukan pesimis tetapi fakta.

Thursday, July 6, 2023

PRN KEDAH: MUKHRIZ MAHATHIR CALON MENTERI BESAR KEDAH - PERIKATAN NASIONAL

 


KECOH dua tiga hari minggu ini bahawa Sanusi bakal mengakhiri jawatan Menteri Besar Kedah dan akan diserahkan kepada Mukhriz anak Mahathir jika menang PRN pada Ogos ini.

Bisik-bisik orang PAS Kedah mengesahkan bahawa kepimpinan PAS Pusat sudah merestui dan menyokong supaya Menteri Besar Kedah diserahkan kepada Mukhriz kerana Parti Pejuang sudah bekerjasama dengan Perikatan Nasional di dalam NGO Proklamasi Orang Melayu yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad.

Sebagai tanda sokongan dan penghargaan Mahathir yang sudi bekerjasama bersama Perikatan Nasional, makan kepimpinan Perikatan Nasional peringkat pusat sudah bermesyuarat tanpa kehadiran Sanusi dan juga telah bersetuju untuk membalas jasa Tun Mahathir dengan memberikan kerusi MB Kedah kepada anaknya.

Jika kita lihat muka Sanusi dua tiga menjak ini pun kita sudah tahu yang beliau tidak bersedia untuk melepaskan kerusi empuk MB Kedah. Namun atas desakan daripada kepimpinan PAS Pusat dan Kepimpinan Tertinggi Perikatan Nasional termasuk Muhyidin Yassin sendiri yang mengarahkan agar Sanusi diam dan perlu mengikut arahan jika tidak, tiada kerusi untuk Sanusi pada PRN kali ini.

Ini satu tamparan yang hebat buat Sanusi yang teamnya di Kedah. Ada yang sudah memulakan boikot terhadap kepimpinan PN. Ada yang sudah keluar dari parti PAS secara senyap-senyap. Malah ada yang sudah menyatakan tidak akan menyokong dan mengundi Perikatan Nasional pada PRN kali ini kerana kecewa dengan kepimpinan PAS yang tunduk macam orang bodoh atas arahan dan permintaan Muhyiddin dan Mahathir.

Namun apa-apa pun, sama-sama kita saksikan kesudahan drama di Kedah bulan ini.

NOH OMAR CALON MENTERI BESAR SELANGOR

 


Sebelum memulakan pembongkaran dari bilik sebelah, cuma nak ucapkan TAHNIAH kepada Tan Sri Noh Omar yang akhirnya telah dengan secara berterus terangnya memilih parti BERSATU untuk bernaung dan secara tidak langsung bakal dinobatkan sebagai MENTERI BESAR SELANGOR.

Maklumat dari bilik sebelah, Noh Omar dan anaknya yang juga pemimpin bunga di Tanjong Karang sudah disahkan akan bertanding di Tanjong Karang pada PRN kali ini.

Noh Omar akan bertanding di DUN Sungai Burong dan anaknya Nurul Syazwani akan merebut kerusi di DUN Permatang.

Ini sekali gus mengesahkan desas desus yang kononnya Noh Omar tidak akan bertanding. Namun kepimpinan pusat Perikatan Nasional telah memujuk Noh Omar untuk bertanding dan akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.

Ura-ura juga kedengaran PAS tidak bersetuju Azmin Ali untuk menjadi MB sekali lagi kerana masalah moral yang tidak memungkinkan Azmin akan menang di mana-mana kerusi DUN yang ditempatkan.

Peluang cerah diberikan kepada Noh kerana beliau pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan merupakan seorang yang boleh diangkat menjadi pemimpin utama dalam Perikatan Nasional di peringkat pusat.