Friday, December 9, 2022

ANNUAR MUSA DIPECAT DARI UMNO??

 

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Sumber memaklumkan, dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Fatimah pula adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.

Thursday, December 8, 2022

ORANG MELAYU SEMAKIN MENINGGALKAN UMNO

 


Orang Melayu semakin meninggalkan UMNO. Generasi baru Melayu memilih parti yang dilihat bersih dan berprinsip. Kes mahkamah menyebabkan UMNO hilang separuh sokongan pengundi Melayu. 

Ini ditambah lagi dengan gaya hidup mewah dan bermegah para pemimpin UMNO dan sokongan ini akan terus merosot apabila UMNO sanggup bersama DAP dan PKR dalam kerajaan baru.

Orang tidak pertikaikan titah YDPA tapi mereka tidak setuju tindakan UMNO. Cakap tidak serupa bikin.

Mereka berasa tertipu apabila mempercayai janji dan jaminan UMNO sepanjang berkempen, "No Anwar, No DAP!".

Ingat! UMNO hanya hidup dengan sokongan orang Melayu. BN juga hidup atas undi orang Melayu. Malah calon bukan Melayu dalam BN juga bergantung kepada undi orang Melayu.

Kini orang Melayu sudah terhakis keyakinan terhadap UMNO. Mereka sudah ada pilihan lain. Bagi mereka biar jadi pembangkang asal tidak menggadaikan maruah dan prinsip.

Manusia dipegang pada kata-kata dan janji. Kalau ini tidak ditepati, apa lagi yang boleh mereka harapkan.

UMNO perlu buktikan yang parti UMNO ini berfungsi dan lebih cekap dalam membela hak bangsa dan agama. Jangan sesekali membuat kenyataan yang menyakitkan hati, konon DAP baik sedangkan perbuatan mereka sering mengguris hati orang Melayu.

Isu-isu yang dibangkitkan selalunya tidak baik untuk orang Melayu dan UMNO perlu berani menghalang desakan, tuntutan dan ancaman yang boleh menghakis hak Melayu dan agama Islam.

UMNO perlu mengambil iktibar dari kesilapan PAS bergabung dengan DAP. Sokongan terhakis apabila PAS bersama DAP.

Sebaliknya apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat, parti itu mendapat sokongan luar biasa rakyat dan kini parti itu seolah-olah sudah mengambil alih peranaan UMNO sebagai parti orang Melayu dan Islam.

Malah semakin ramai juga bukan muslim yang semakin yakin dengan PAS. Sebaliknya orang Melayu semakin meninggalkan UMNO.

Sejak 2008 apabila BN gagal mendapat majoriti besar, sokongan semakin merosot dan kini UMNO tinggal nyawa ikan.

Menanti menunggu rebah!