Monday, June 15, 2020

GEGAR SABAH: DUA ADUN DARI UPKO KELUAR PARTI SOKONG PN

Dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) mengumumkan keluar parti.

Limus Jury (Kuala Penyu) dan James Ratib (Sugut) mengumumkan menjadi wakil rakyat bebas mesra Perikatan Nasional (PN), lapor perhidmatan berita pantas Bernama.

Gabungan parti kerajaan pimpinan Warisan bagaimanapun masih memegang dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

PRESIDEN NADI RAKYAT BUAT LAPORAN POLIS PENDEDAHAN BEKAS PEGUAM NEGARA


Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia Tuan Rafi Awang Kechik telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi pada 11pagi tadi terhadap tulisan dan pendedahan bekas Peguam Negara TS Apandi Ali terhadap peguam Gopal Sri Ram yang bertemunya untuk mengenakan Dato' Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri.

Sebelum ini bekas Peguam Negara tersebut mendedahkan bahawa Gopal Sri Ram ada bertemu dengannya atas arahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed supaya menjatuhkan hukuman terus kepada Najib Razak walau dengan apa cara sekalipun.

Bahkan Gopal Sri Ram menawarkan tawaran yang menarik kepada Apandi Ali jika beliau berjaya mendakwa Najib Razak di mahkamah atas tuduhan rasuah 1MDB.

Artikel pendedahan di SINI.

Saturday, June 13, 2020

ANWAR PUNCA PARTI KUCAR-KACIR SEBAB UTAMA ADUN PKR SEMENTA KELUAR PARTI!

Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi, mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa hari ini.

Dr Daroyah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, itu turut meletakkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam sayap wanita parti itu.

"Keputusan ini dibuat kerana saya hilang keyakinan terhadap presiden dan parti yang alpa dengan perjuangan dan hala tuju," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, petang ini.

Dr Daroyah yang juga Ketua Wanita PKR Selangor, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepemimpinan parti itu juga gagal menyelesaikan kemelut dalaman dengan membiarkan perpecahan berterusan.

Katanya, bersama dengan beliau pada sidang media petang ini adalah 13 pemimpin akar umbi wanita PKR Selangor yang akan mengambil pendirian sama dengannya

JAWATAN PM BUKAN HAK MUTLAK ANWAR - DR. MASZLEE, MP BERSATU


SELEPAS beberapa hari yang lalu Pakatan Harapan Plus mengadakan mesyuarat dan memutuskan meneruskan rampasan kuasa di Putrajaya, ada ura-ura bahawa Anwar bakal diangkat menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Namun ada suara daripada Ahli Parlimen dari Bersatu yang tidak berpuashati dan mahukan Mahathir supaya meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri akan datang selepas Muhyiddin.

Maszlee, Ahli Parlimen Simpang Renggam mengeluarkan kenyataan tersebut setelah mendapat perkhabaran bahawa Anwar mendapat sokongan daripada DAP, PAN, PKR dan WARISAN untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Mungkin Maszlee beranggapan bahawa Anwar tidak sesuai menjadi PM kerana beliau mempunyai masalah moral yang teruk dan tidak layak menjadi orang nombor satu kepimpinan negara.

Namun, perkara tersebut mendapat bantahan daripada Nik Nazmi, MP PKR. Beliau turut membalas bahawa jawatan PM juga bukanlah hak mutlak Mahathir.

BERGADUH!

Thursday, June 11, 2020

𝐊𝐇𝐈𝐀𝐍𝐀𝐓! : 𝐓𝐒 𝐀𝐏𝐀𝐍𝐃𝐈 𝐀𝐋𝐈 𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐎𝐏𝐀𝐋 𝐒𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐔𝐉𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐃𝐒𝐍


Mukadimah satu babak di dalam memori saya. 

Pada suatu pagi di bulan Januari 2018, Dato Sri Gopal Sri Ram telah datang ke rumah saya selepas membuat beberapa panggilan meminta untuk berjumpa dan bercakap dengan saya secara sulit dan peribadi. 

Memandangkan beliau adalah merupakan rakan hakim lama saya, saya menurut. 

Beliau telah memberi indikasi bahawa beliau mahu memujuk saya untuk menyahbekukan satu akaun firma guaman kerana peguam yang telah melantik Gopal perlu dibayar dan akaun yang dibekukan itulah sumber wang pembiayaan mereka. 

Gopal telah sebelumnya menghantar representasi ke Pejabat Peguam Negara di mana sayalah Peguam Negara pada waktu itu. Namun setelah berbincang dengan pegawai-pegawai di divisyen jenayah, saya telah menulis kepada Gopal dengan response yang negatif. 

Gopal tiba di rumah saya dengan ditemani oleh seorang peguam muda berbangsa Cina dan setelah duduk, Gopal terus melancarkan hujahnya tentang mengapa saya tidak sepatutnya memberi response negatif kepada representasinya. Namun saya telah menjawab hujah Gopal dan saya terangkan bahawa kesemua yang telah saya tulis di dalam surat telah difikirkan dengan teliti dan telah dibincangkan oleh kami di pejabat Peguam Negara. 

Selepas itu, tiba-tiba  Gopal kata bahawa soal akaun firma guaman itu sebenarnya hanya merupakan alasan untuk bertemu saya. Gopal kata dia ada agenda yang lebih besar untuk bertemu saya. 

“Tun M hantar saya untuk bertemu kamu.” 

“Tun M mahu kamu menangkao Najib di pejabat Perdana Menteri, kamu pergi esok jam 2 petang, kami sudah uruskan pihak Polis Putrajaya untuk lakukan apa yang perlu mengikut arahan kamu. Kami juga telah uruskan seorang majistret untuk mengeluarkan perintah reman ke atas Najib apabila dia dibawa ke hadapan Majistret itu nanti.” 

“Bro, kamu akan jadi hero di mata rakyat dan akan mencatat sejarah sebagai Peguam Negara pertama untuk menangkap seorang Perdana Menteri yang masih berkuasa.”

“Jangan risau, kami dah letakkan pelan-pelan asas, apa yang aku perlu sekarang adalah untuk engkau setuju.” 

Saya pun bertanya Gopal, “Atas asas apa saya perlu menangkap PM?”

Gopal berkata: “Bro, ramai di luar sana yang sangat frust dan tak happy dengan Najib. Bila engkau tangkap Najib saja, atas apa sebab saja pun, akan menyebabkan orang ramai gembira.” 

Gopal Sri Ram memujuk bersungguh-sungguh dan beritahu saya yang dia perlukan jawapan segera dari saya. 
Saya beritahu biar saya fikirkannya semalaman. 

Gopal kemudian telah pulang bersama peguam muda berbangsa Cina yang dibawanya bersama. 

Pada ketika itu, saya dan keluarga saya teruk diserang di media sosial oleh pihak pembangkang dan juga cybertrooper pihak kerajaan. 

Tidak ada sebab untuk saya menyelamatkan sesiapa memandangkan saya pada ketika itu adalah “musuh semua pihak.” 

Gopal Sri Ram boleh cuba menafikan ini tetapi saya beri peringatan kepada beliau bahawa pada masa material peristiwa itu, saya adalah Peguam Negara dan rumah saya dilengkapi dengan CCTV, (ada satu kamera spesifik di ruang tamu utama). Juga para bodyguards saya dan pegawai-pegawai polis di pondok keselamatan rumah saya juga ada. 
CCTV tidak akan berbohong dan saya juga ada barisan saksi saya.