Di sebalik isu tanah Ijok di mana exco sukan Amirudin Shari cuba untuk campur tangan, ada satu isu besar yang melibatkan Amirudin.
Acara Strongestmen yang berlangsung tahun lepas, pesertanya mendakwa sehingga kini tidak dibayar.
Dengan menggunakan tanda pagar #duitselangorstrongestmanmana peserta bertanya kepada Amir dimana wang bayaran tersebut?
Seorang netizen bernama Dato Ahmad Zaki Jinlapudin mendakwa : "Event di bawah yb Amirudin Shari. Dah lebih 2 bulan event, tapi sehingga kini duit tak dpt2. Sembang apa lagi yb?"
seorang lagi Mohamad Faizal Najib melontarkan komen berikut :
"Makan duit la.ni.. rakyat pilih mmg utk kau sebat duit ke.. ? Mana duit hadiah kami event malaysia strongestman 2017"
Saya memohon YB Amirudin Shari supaya menjawab isu ini segera. Jika mereka tidak dibayar, jangan aniaya mereka. Sila tunaikan tanggungjawab anda!
Rujukan asal thread di post FB Amirudin :
https://www.facebook.com/amirudinbinshari/photos/a.561758947249382.1073741913.330451017046844/1606428989449034/?type=3&theater
Tuesday, February 20, 2018
AMIRUDIN SHARI TIPU DUIT RAKYAT! #duitselangorstrongestmanmana
Monday, February 19, 2018
BAYARAN BEG PLASTIK SELANGOR HANYA RETORIK AZMIN
MANIFESTO terbaru daripada TS Noh Omar agak mengejutkan. Itulah yang aku rasa apabila Noh boleh terfikir tentang salah satu usaha untuk membantu rakyat Selangor yang diwar-warkan terbeban oleh kos sara hidup yang tinggi di bandar.
Azmin yang mengeluarkan idea ini ternyata tidak mengambil kira dan menyelami denyut nadi rakyat.
Tanpa memikirkan rakyat, Azmin masih lagi meneruskan kempen konon Go Green ini walaupun sepatutnya sebagai MB beliau harus meringankan beban rakyat yang ditanggung.
Aku bersetuju dengan manifesto ini kerana rakyat Selangor ternyata tidak akan membawa beg ke pasaraya. Sebagai usaha membawa barangan, mereka terpaksa juga membeli beg plastik dengan harga 20 sen.
Gagal! Inilah kempen beg plastik yang ternyata gagal dalam sejarah pentadbiran kerajaan Selangor kini.
Saturday, February 17, 2018
Isu Stadium : Kenyataan Setengah Masak Azmin Amat Memalukan
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Muhamad Nazri Mohd Amin menyifatkan kenyataan Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018 sebagai kenyataan amat memalukan.
Menurut beliau sebagai seorang ketua kerajaan negeri kenyataan sedemikian rupa tidak sepatutnya dikeluarkan apatah lagi kerajaan negeri di bawah kepimpinannya sering melaungkan kononnnya “peduli rakyat”
“Kita tidak terfikir langsung seorang menteri besar boleh membuat kenyataan sebegitu rupa. Apa gunanya Stadium Shah Alam yang besar dan boleh menampung kapasiti penyokong yang ramai dan lengkap dengan segala kemudahan tidak boleh digunakan oleh pasukan sendiri.
“Perbandingan yang digunapakai langsung tidak mencerminkan keadaan dan senario yang sebenarnya. Lainlah jika Selangor tidak mempunyai stadium dan sebagainya. Ini adalah berkaitan sukan nombor satu negara. Seriuslah sikit.
“Bukan soal ada padang atau tidak.. ini soal sentimen dan keperluan rakyat dan penyokong Selangor yang ramai memerlukan stadium yang lebih besar khususnya Stadium Shah Alam
“Jelas Azmin mempolitikkan isu ini kerana sanggup mengorbankan aspirasi dan harapan rakyat serta penyokong Selangor sekaligus menyerlahkan ego dan politik beliau yang sebenarnya, ” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.
Dilaporkan Azmin secara sinis membuat perbandingan dengan pasukan bola sepak Iraq berhubung kemelut penggunaan stadium oleh pasukan negeri berkenaan.
“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir” sinis Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018.
Pun begitu ujar Azmin, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shaari sedang meneliti perkara itu.
“YB Amir sedang teliti permohonan tersebut,” katanya.
Pasukan ‘The Red Giants’ dinafikan untuk beraksi di SSA susulan masalah dalaman antara Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dengan kerajaan negeri sejak penghujung 2016.
Sejak itu, pasukan bola sepak itu tidak memiliki gelanggang rasmi dan terpaksa menumpang stadium lain.
Nazri yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang seterusnya berkata Azmin sepatutnya elakkan diri dari dilihat sebagai pemimpin setengah masak dengan segera mencari jalan penyelesaian terutama pasukan bolasepak Selangor yang cukup gah di negara ini dari sudut sejarahnya.
Katanya lagi apa yang penting adalah untuk seluruh rakyat Selangor dan bukannya untuk kepentingan politik mana-mana pihak sekalipun kerana bola sepak dapat menyatukan segala-galanya.
“Inilah masalahnya jika pemimpin yang tidak menjiwai orang muda. Hari ini orang muda dan seluruh rakyat Selangor dapat melihat sejauh mana kebertanggungjawaban seorang menteri besar yang seharusnya melihat soal berkenaan secara serius dan bukannya mengambil sikap acuh tak acuh,” ujarnya. -MediaUMNO
SKANDAL TANAH IJOK: SIAPA TIPU SIAPA?
Kronologi:
- Tahun 1998: Tanah itu diberi oleh kerajaan BN Selangor dahulu secara percuma kepada peneroka
- Tahun 2000L Peneroka beri tanah itu kepada pemaju syarikat swasta yang ada kaitan dengan penyokong tergar Mahathri, Khairuddin Abu Hassan dengan janiji pampasan RM180k cash dan sebuah rumah.
- Tahun 2000 hingga 2008: Projek tidak jalan lancar sehingga 2008.
- Tahun 2008 hingga 2018: Di bawah kuasa kerajaan Pakatan.
- Tahun 2009: Kerajaan Khalid Ibrahim rampas tanah itu pada tahun.
- Tahun 2013 Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi untuk dapat balik tanah tetapi kalah.
- Tahun 2014: Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Rayuan untuk dapat balik tanah tetapi kalah lagi.
- Tahun 2014: Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dan Azmin Ali menjadi Menteri Besar baru.
- Tahun 2015: Walaupun sudah kalah dua kali dan tanah tidak lagi di atas nama mereka, syarikat swasta itu jualkan tanah itu kepada syarkiat awam untuk RM1.18 bilion.
- Tahun 2016: Sebelum perbicaraan bermula di Mahkamah Persekutuan, kerajaan Azmin Ali mengaku kalah dan serahkan tanah-tanah itu kepada syarikat swasta dengan syarat hanya boleh dijual kepada syarikat awam di atas.
- Tahun 2018: Pampasan RM180k cash dan sebuah rumah diberikan kepada peneroka2.
Jumlah pampasan yang diberi kepada peneroka-peneroka ialah RM421 juta tetapi syarikat swasta itu mendapat hasil jualan tanah peneroka sebanyak RM1.18 bilion.
- Tahun 2018: BN Strategic Comms (BNSC) menimbulkan isu ini dan bertanya mengapa Azmin Ali cepat mengaku kalah walaupun sudah pernah menang dua kali.
BNSC juga bertanya di mana baik sebanyak RM756 juta sudah pergi?
*Tanah yang dijual semua dari peneroka2 tetapi syarikat swasta dapat RM1.18 bilion dan peneroka2 dapat RM421 juta. Adil atau tidak?*
- Tahun 2018: Bekas MB Khalid Ibrahim kata pada masa itu ada banyak broker-broker dan ajen-ajen yang mahu beliau menyelesaikan masalah tanah ini untuk kepentingan syarikat swasta yang terbabit tetapi dia tolaknya kerana tidak menjaga hak peneroka2.
Khalid juga membidas Azmin berbuat demikian kerana merugikan kerajaan Selangor dan mahu semua pihak yang terlibat disiasat.
Persoalan juga ialah tanah tersebut dijual dengan harga RM12 satu kaki persegi walaupun kawasan itu kini cepat membangun semenjak lebuhraya LATAR dibuka.
Adakah harga ini terlalu rendah kerana ada juga tanah yang sama kini dijual pada harga RM40 hingga RM65 satu persegi?
Jika tanah itu dijual secara tender terbuka, apa harganya?
LSS.
Thursday, February 15, 2018
GENERASI STRAWBERI
CANDIDATE BRANDING
Biasanya posting saya berkisar tentang dunia usahawan, kepimpinan ataupun industri digital. Kali ini saya pilih angle yang sedikit berbeza tapi masih ada kaitannya. Politik adalah topik yang tidak asing sejak kebelakangan ini. Saya tidak mahu menulis tentang politik ke’partian atau menyokong mana-mana parti tetapi memilih untuk menyentuh soal calon.
Di ambang kurang dari 100 hari menuju PRU14 isu-isu national dan isu-isu tempatan hebat dibahaskan, pihak berkuasa tempatan pula (PBT) sibuk memperkasa operasi kerana tidak mahu menjadi ‘scape goat’ agenda politik kebencian. Diwaktu ‘Ketua-Ketua Bahagian dan YB kawasan sibuk’ mencanang isu nasional dan mempolitikkan usaha pihak lawan ada sesuatu yang lebih penting dan diberikan keutamaan adalah candidate branding.
PRODUCT VS CUSTOMER NEEDS
Pemimpin perlu sedar ‘Sekali Air Bah, Sekali Pasir Berubah’. Pepatah ini perlu dihayati dan difahami kerana dari satu generasi ke satu genarasi akan berlaku perubahan didalam corak pemikiran dan cara bertindak. Kita berubah dari genarasi ke genarasi dan .......
Siapakah calon dan apa kata rakyat tentang calon? Sebelum kita memahami siapakah calon, perkara yang lebih penting untuk kita fahami adalah siapakah yang akan mengundi calon ini? Didalam dunia ushawan saya selalu beritahu ‘what is more important that product is customer needs’, kita boleh menghasilkan apa juga produk tapi isu sebenarnya adakah permintaan untuk produk tersebut? Jadi permintaan (customer) adalah lebih penting untuk difahamai. Didalam aspek politik customer ini adalah pengundi.
STRAWBERRY GENERATION
Hari ini kita bukan lagi berurusan dengan gerenasi ‘Babby Boomers’ ataupun generasi ‘X’ dan ‘Y’ sahaja tetapi kita berhadapan dengan generasi millenials atau lebih tepat lagi ‘strawberry Generation’.
Strawberry Generation ini adalah generasi yang telah disalah ertikan dan sering dikaitkan dengan 'suka melawan, spoiled, bongkak, mementingkan diri dan malas' sedangkan mereka inilah juga generasi yang 'berani bersuara, aktif didalam aktiviti khidmat sosial, aktif berniaga dan lebih berdikari’. Kita sebenarnya lebih perlu memahami mereka dan tahu cara mendekati mereka. Di Kuala Lumpur dan Selangor contohnya 60% daripada pengundi ini adalah Strawberry Genaration dan mereka ini berada di media maya persoalannya adakah kita telah mengusahakan inisiatif mendekati mereka dengan cara mereka dan bukannya cara kita.
Salah satu faktor yang dikatakan penting kepada Strawberry Generation adalah calon dan bukannya parti. Parti sebagai brand adalah strategi yang sesuai digunakan untuk gererasi ‘X’ dan ‘Y’ tetapi bukan lagi efektif digunakan untuk generasi Strawberry. Generasi strawberry tidak memandang ‘pangkat dan darjat’ sebagai perkara yang penting tetapi lebih melihat kepada hubungan antara pemimpin dan mereka. Generasi strawberry tidak lagi memandang usaha calon membawa beras dan guna dihari kempen tetapi mereka meng’google kredibiliti pemimpin dan calon-calon secara maya dan membuat keputusan berasaskan propagandan diWhatsapp dan Facebook.
Generaasi Strawberry juga tidak suka kepada calon-calon yang melompat-lompat dari satu kawasan-ke satu kawasan, lebih-lebih lagi calon luar yang masuk ketempat mereka yang kononnya akan membawa rahmat. Generasi Strawberry lebih menilai hubungan yang telah dijalinkan bersama mereka dan bukannya bilangan wang, menafaat dan propaganda yang akan dibawa ketempat mereka. Pembangunan ‘last minute,’ ‘strategi beras dan gula’ dan ‘calon lompat katak’ bukan pilihan generasi ini.
INGATAN BUAT PEMIMPIN
Jadi ingatan buat calon dan pemimpin, fahami Strawberry Generation kerana masa depan parti anda bergantung kepada mereka. Merekalah yang menjadi agent perubah isu dan propaganga dimedia maya dan mereka juga tidak mudah dibeli dengan wang dan propaganda semata-mata.
Kepada calon, tahniah. Kepada Strawberry Generation juga taniah kerana anda merupakan agen perubah kepada budaya politik berasaskan wang dan kepimpinan Warlord.
#COACHMEGAT
Kredit Megat Zainurul Anuar