Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.
Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan beberapa akaun dibekukan. Dijangka esok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuat penahanan reman di mahkamah mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.
Nuzul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.
Thursday, November 30, 2017
PROKSI AZMIN ALI DITAHAN SPRM
Wednesday, November 29, 2017
AZMIN BERTANDING DI SHAH ALAM PRU14 SELEPAS DICABAR JAMAL
Thursday, November 23, 2017
RUGI KALAU PERGI KL TAK SINGGAH KE #EXPONEGARAKU #S14
PAKATAN HARAPAN BEREBUT KERUSI PAS DI SELANGOR
Pertandingan tiga penjuru di Selangor dalam PRU14 semakin pasti berlaku apabila Pakatan Harapan mengumumkan persetujuan untuk membahagikan sejumlah 21 kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS selepas parti itu meninggalkan blok pembangkang bagi menubuhkan Gagasan Sejahtera.
Menurut laporan Oriental Daily, daripada 21 kerusi itu, DAP diberikan enam kerusi, iaitu Taman Templer, Paya Jaras, Dusun Tua dan Lembah Jaya, manakala dua lagi kerusi iaitu Meru dan Tanjong Sepat kemungkinan akan bertukar dengan PAN di saat akhir.
Selain itu, DAP juga hampir pasti meletakkan calon-calon Melayu di kesemua enam kerusi tersebut sekaligus bakal mencetus pertembungan sengit dengan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.
PAN pula diberikan tugas merampas DUN Chempaka, Seri Serdang, Morib dan Bangi sementara parti bermasalah, PPBM akan mengambil alih kerusi-kerusi di DUN Sabak Bernam, Batang Kali, Sungai Burung, Sungai Air Tawar dan Hulu Bernam.
Berdasarkan keputusan pembahagian kerusi ini, jelas dilihat kesungguhan DAP untuk menawan negeri Selangor secara mutlak melalui PRU14 dengan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti orang Melayu meskipun parti itu sendiri bersikap dingin terhadap kaum Melayu di negara ini.
Dalam sesi pemilihan semula CEC DAP misalnya, tiada seorang pun calon Melayu berjaya melepasi senarai 20 orang anggota jawatankuasa pusat tersebut melalui undian yang dilakukan pada 12 November yang lalu. Dalam bahasa yang lebih lunak, Melayu tiada tempat langsung dalam parti cauvanist ultrakiasu itu.
Tidak dapat disahkan adakah keputusan pembahagian kerusi ini turut dipersetujui oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar. Sumber terdekat bagaimanapun membayangkan Azmin masih berminat meneruskan rundingan dengan PAS bagi membentuk kerjasama berasingan dalam usaha beliau mengekalkan kedudukannya.
Azmin berulang kali meluahkan kerisauannya semasa mesyuarat dalaman PKR negeri berhubung situasi semasa Pakatan Harapan di Selangor yang dilihat semakin goyah. Beliau juga tanpa berselindung turut meragui kemampuan parti serpihan seperti PAN dan PPBM untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.
Bagi pemerhati politik, sekiranya pertandingan tiga penjuru menjadi kenyataan, peluang untuk Azmin Ali mengekalkan kerajaannya semakin tipis lebih-lebih tanpa PAS yang diketahui menjadi faktor utama kemenangan pakatan pembangkang di Selangor dalam dua siri pilihan raya umum sebelum ini.
Adakah Azmin Ali hanya akan berdiam diri sahaja selepas ini?
TANPA PAS, PAKATAN TIADA HARAPAN
Monday, November 20, 2017
LEBIH SERIBU HADIR CERAMAH PAKATAN HARAPAN DI KAPAR, SELANGOR
Tuesday, November 14, 2017
PPBM Bahagian Batu Gajah bubar
Monday, November 13, 2017
TANPA KITA SEDAR: HIMPUNAN KRISTIAN TERBESAR TELAH DI ADAKAN DI SHAH ALAM
Kroni Azmin Ali Dapat Tanah Percuma di Sungai Yu, Kuala Selangor
SEJARAH LATARBELAKANG ISU
1. Tanah yang terlibat adalah sebidang tanah kerajaan negeri seluas 40 ekar yang terletak di Kg Sg Yu, DUN Permatang, Parlimen Tanjong Karang, Daerah Kuala Selangor
2. Tanah ini telah di “Gazetkan” kepada kaum India pada masa Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar
3. Pengisytiharan penggezetan ini belum dibuat secara bertulis, tetapi hanya secara verbal, dan tiada sebarang dokumen bertulis mengenai penggazetannya kepada kaum India...
4. Dari 40 ekar tersebut,
i. 4 ekar telah diperuntukan untuk kuil, Dewan dan Sekolah Tamil
ii. 36 ekar lagi untuk penempatan penduduk kaum India yang di syaratkan mestilah
a. Penduduk tempatan
b. Pendapatan dibawah RM3 ribu.
c. Mestilah bekeluarga atau sudah berkahwin
5. Selain Kaum India, Kaum Melayu dan Kaum Cina juga telah diperuntukan tanah seperti tersebut di Sg Yu dan setiap kaum menerima pembahagian tersebut dengan gembira
6. Oleh kerana beberapa masalah, pembahagian tanah tersebut menjadi sedikit masalah dan tertunda beberapa lama sehingga tahun 2008 dimana BN kalah dinegeri Selangor.
ISU YANG BERLAKU KINI
1. Baru-baru ini timbul kekecohan kerana pembahagian yang tidak adil dan tidak telus oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala selangor dibawah pentadbiran PKR
2. Pihak penduduk India Kg Sg Yu telah membentuk Badan Bertindak Tanah Sg Yu bagi membantah beberapa penyelewengan yang terjadi.
3. Mereka sudah membuat 2 kali demontrasi dihadapan Pejabat Tanah Daerah Kuala selangor.
4. Kekecohan ini bermula bila Menteri Besar turun ke Kg Bukit Belimbing dan menyampaikan borang 5A, surat tawaran pemilikan tanah untuk tanah di Kg Sg Yu tersebut
5. Tanah 36 ekar telah di pecah lot dan menjadi 175 lot untuk tapak rumah
6. Dari 175 lot tersebut, berikut adalah pecahan penerima borang 5A, Tawaran pemilikan tapak rumah tersebut
i. 2 orang Cina
ii. 20 orang Melayu
iii. 153 orang India
7. Setiap penerima borang 5A dikenakan membayar RM42 ribu sebagai bayaran premium dan perlu menjelaskan RM14ribu untuk membuat rumah dan tingal diatas tanah lot tersebut.
8. Dikhabarkan tidak boleh dipindah milik. Jika ingin pindah milik atau dijual, pembeli kena membayar tambahan RM25ribu bagi penukaran nama dalam geran tanah tersebut.
9. Pihak Jawatan Kuasa bertindak juga menyebutkan bahawa YB Ganapathy Rao sebagai EXCO yang memainkan peranan penting dalam kes ini dan dikawasan, YB Ganabathy Rao dibantu oleh Narayanasamy a/l Ponniah, orang kuat PKR dan merupakan seorang peniaga sawit yang menjadi yang menjadi penghubung dengan EXCO.
10. Narayanasamy dan seorang lagi orang kuat PKR yang bernama Tanggarasu Maniam dikenalpasti sebagai orang yang mendapat 15 lot setiap seorang dimana lot mereka dinamakan atas nama proksi mereka seperti isteri, anak, anak saudara, adik beradik dan suku sakat mereka. Jumlah lot untuk dua inidividu ini sahaja 30 Lot.
11. Jawatankuasa juga mempersoalkan kenapa beberapa orang yang tidak menepati kreteria dan kaya mendapat tanah tersebut, seperti
a. 2 orang cina yang kaya, mempunyai banyak tanah dan kilang juga menerima surat 5A..
b. 2 orang Doktor dari kawasan lembah kKelang
c. 60 orang luar yang langsung tiada kaitan dengan Sg Yu malah Sg Yu pun mereka tak tahu dimana letaknya.
12. Pejabat tanah juga menegaskan mereka memilih tanpa ada temuduga dan hanya mengikut arahan YB EXCO Ganapathy Rao
13. Jawatankuasa juga telah membuat laporan kepada SPRM Selangor tetapi mereka kecewa bila aduan mereka tidak dilayan sebaik mungkin..
14. Kali ini jawatankuasa akan mengadakan sekali lagi demo bantahan dengan mengeluarkan 200 orang dan akan membuat aduan kepada SPRM Putrajaya.
15. Perkara ini nyata satu penyelewengan yang terancang dan bertujuan memungut duit untuk kerajaan negeri dengan mengfenakan premium yang tinggi kepada penerima.
16. Dengan premium yang tinggi, ramai orang miskin di Kg Sg Yu tidak akan dapat membayar premium dan ini akan membuka ruang kepada orang yang berkepentingan membeli tanah tersbut dari penerima
17. Tiada langsung ciri Negeri berkebajikan yang mahu membantu rakyat kerana premium yang dikenakan terlalu tinggi dan tidak mengambilkira pendapatan rakyat, terutama perlu membayar RM14ribu jika mahu masuk ketapak dan membina rumah..
Salahguna Dana MARRIS RM2.95 Billion Melanggar Kod Tadbir Urus Baik (Good Governance)
Wednesday, November 8, 2017
Teguran kepada Surat Terbuka Sdra Syed Saddiq kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor
1. Saya ingin menyentuh mengenai Surat Terbuka Sdra Syed Saddiq , ketua Armada Bersatu kepada Sultan saya , DYMM Tuanku Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah.
2. Saya kurang pasti dari negeri mana dan salasilah usul Sdra Saddiq , tetapi secara ringkas , surat yang ditulis kepada DYMM Tuanku Selangor biadap dan kurang hormat , terutamanya , dengan nada yang seolah-olah mahu mengajar DYMM Sultan Selangor untuk memahami isu berkenaan.
3. Menurut Sdra Syed , DYMM Sultan Selangor 'salah faham' mengenai isu pernyataan Pengerusi Parti Bersatu terhadap keturunan Bugis.
4. Atok dan bapa kepada ayahanda saya adalah dari keturunan Bugis .
Kami berasal dari Kuala Selangor - Negeri Selangor .
Ini bermakna , saya juga mempunyai darah Bugis yang mengalir dalam tubuh. Namun , penulisan ini bukan berkenaan dengan saya.
5. Perkara ini amat asas dan mudah , dimana , pendengar jelas boleh tahu di mana betul dan di mana salah. Tiada gunanya Sdra Saddiq cuba mempertahankan perkara yang salah , di mana secara nyata , umum tahu , sehingga ke seluruh pelusuk Nusantara juga tahu , pernyataan itu ada mengkaitkan dan merujuk kepada bangsa Bugis itu sebagai Perompak dan Lanun. Kalau tiada angin , masakan pohon bergoyang.
6. Sekarang , sudah terlambat jika seolah-olah pernyataan itu hanya dirujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sahaja , tetapi ianya telah menyinggung terutamanya mereka dari keturunan Bugis.
7. Sebagai seorang yang boleh dianggap waras dan berpendidikan , saya berharap agar Sdra Saddiq dapat membezakan diantara perkara yang salah dan yang benar. Yang salah tetap salah , yang benar tetap benar.
8. Saya juga amat berharap , pemimpin parti Bersatu memberhentikan segala nada politik yang membawa kepada kebencian puak dan kaum , yang boleh mengundang perpecahan rakyat dan mengugat kestabilan Negara.
9. Perkara Ke-Dua didalam Rukun Negara adalah KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Ini perkara asas.
10. Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia yang mendukung Rukun Negara , tingkah laku Syed Saddiq terhadap DYMM Sultan Selangor ini, seolah-olah memperlekehkan kenyataan DYMM Tuanku, keterlaluan dan biadap , terutamanya kerana beliau menulis secara 'terbuka' kepada DYMM Sultan Selangor , dan kandungannya di saji diruang umum , dengan nada seolah-olah ingin mengajar DYMM Sultan Selangor yang dikatakan 'tidak faham' dengan mencuba menegakkan benang yang basah.
11. Dalam surat terbuka yang sama , Sdra Saddiq mengambil kesempatan untuk memesongkan banyak perkara-perkara lain yang tiada langsung ada kaitan dengan Kenyataan Akhbar DYMM Sultan Selangor mengenai kemurkaan dan kekecewaan DYMM Tuanku mengenai pernyataan Pengerusi Parti Bersatu.
12. Saya berharap agar anak-anak muda Malaysia hari ini dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari tingkah laku Sdra Saddiq dalam isu ini , dengan tidak mengulangi , dan mencemari institusi Kesultanan di Negara ini.
13. Kita perlu menjauhi perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang boleh memurkakan dan menderhakai Raja-Raja dan Sultan-Sultan di Malaysia.
14. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mendokong prinsip Rukun Negara , sebagai seorang yang berketurunan Bugis dari Kuala Selangor , sebagai seorang ahli politik muda yang berasal dan membesar di Negeri Selangor , sebagai seorang yang sentiasa taat dan setia kepada Raja dan Negara , saya anggap surat terbuka dengan nada yang sedemikian oleh Sdra Syed Saddiq kepada Sultan saya , DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan , adalah keterlaluan dan amat biadap.
'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'
Sekian
Terima Kasih
*Mohamed Hazali Abu Hassan*
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Biro Antarabangsa PPUM Malaysia
AJK UMNO Kuala Selangor
8 November 2017