1. Akhirnya Adam Rosly, 28 tahun Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Cabang Ampang yang disiasat berkaitan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram dari syarikat-syarikat kawalannya sehingga kaya luar biasa dari projek kerajaan negeri Selangor bakal didakwa jumaat ini (21 April 2017). Sama-sama kita nantikan!
2. Adam Rosly sebagai Pegawai Khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang menggunakan kedudukannya untuk membolot projek kerajaan negeri Selangor di mana Zuraida Kamaruddin sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang diberi mandat oleh Azmin Ali bagi menentukan projek-projek PBT Selangor. Adam juga punya hubungan rapat dengan Azmin Ali MB Selangor.
3. Pada 10 Februari lalu Adam Rosly dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berkaitan akaun-akaun, harta alih dan tak alih yang Adam miliki namun Adam jutawan PKR itu dikatakan telah mengemukakan dokumen palsu berkaitan harta-hartanya, termasuklah rumah Disneyland yang berharga lebih RM 1 juta (dinyatakan Adam sebagai rumah lelong), hartanah dan deretan kereta mewahnya atas nama isteri dan milik 'taukeh'. Rumah Disneyland Adam dianggarkan RM1.2 juta turut disita SPRM.
"13 April lalu Adam dipanggil semula SPRM seterus ditahan reman 5 hari dan kemudiannya tahanan reman dilanjutkan 4 hari sehingga didakwa esok 21 April 2017 (Jumaat)"
4. Menurut sumber, penipuan yang dilakukan Adam Rosly itu adalah satu kesalahan serius dan boleh didakwa atas kesalahan memberi keterangan tidak betul dan dokumen PALSU ketika proses siasatan serta boleh didakwa dibawah peruntukan Seksyen 32(8)(c) dan 89 AMLATFAPUAA 2001.
5. Kita amat yakin siasatan terhadap Adam akan diteruskan berkaitan kesalahan dibawah ASPRM 2009 dan AMLATFAPUAA 2001.
6. Jika sabit kesalahan Dato' Adam Rosly, Ketua Pemuda AMK PKR ini boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun mengikut kesalahan dibawah ASPRM 2009 dan AMLATFAPUAA 2001.
7. Sikap bongkak dan sombong Adam sudah dijangka sehingga boleh membuat penipuan kepada SPRM tentang aset-aset yang beliau miliki dari sumber haram seperti didedahkan oleh Captain M sebelum ini.
8. Ketegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dalam mendakwa kes-kes rasuah tidak 'memilih bulu' sama ada penjawat awam dan ahli politik wajar dipuji.
9. Shafie Apdal yang bongkak dan sombong mendesak SPRM menyiasatnya perlu belajar dari kes Adam Rosly sejak setahun lalu. Pastinya kes rasuah Mara Inc dan projek KKLW Shafie Apdal dalam 'radar' SPRM. Sekali lagi jangan sombong dan riak. Buruk padahnya macam Adam Rosly!
Captain M
20 April 2017