Konco-konco ku

Friday, April 29, 2016

SELANGOR KENAKAN CUKAI SAMPAN RM600 SETAHUN KEPADA NELAYAN TRADISIONAL!!!

1. Pada 20 April 2016, semua ketua pengkalan (26 pengkalan) dari Sungai Serdang hingga Telok Gong dan Pandamaran bersama Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang telah dpanggil mesyuarat di Pejabat Tanah Daerah Klang. 

2. Mesyuarat ini bersama Pegawai Daerah Tanah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Hutan dan lain-lain agensi. 

3. Semua ketua-ketua pengkalan diminta supaya membuat permohonan tanah dan jeti-jeti di pengkalan agar tidak dikenakan TOL. 

4. Tetapi dengan syarat!!
4.1 Hanya boleh mohon atas nama Pengkalan. (nama individu tidak diterima)
4.2 Keluasan kawasan akan diputuskan oleh LUAS.
4.3 Syarat LUAS, setiap 1 pancing yang diletakkan dipersisir pantai akan dikenakan cukai RM600.00 setahun.
4.4 Nelayan yang tidak membayar akan diarahkan keluar dari kawasan operasi oleh ketua pengkalan.
4.5 Ketua pengkalan akan mengutip cukai dari nelayan dan diserahkan kepada LUAS. 

5. Sebagai contoh, jika cukai ini terlaksana, RM48,000 akan dipungut oleh Kerajaan Selangor di Pengkalan Zon Sementa yang mempunyai 80 nelayan bersampan. Jumlah ini tidak termasuk pondok tempat simpan jaring, jeti LKIM,  tandas dan lain-lain infra. 

6. Sekiranya 80 orang nelayan yang "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" ini tidak membayar cukai RM600 pada Kerajaan Negeri, mereka tidak akan dibenarkan menggunakan jeti. Jadi bagaimana mereka hendak kelaut dan mencari rezeki.

7. Adakah ini sifat sebuah kerajaan peduli rakyat yang sebenarnya sedang MEMBULI RAKYAT.

8. Walau apapun alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, tindakan mengenakan cukai ini kepada golongan nelayan merupakan tindakan ZALIM yang harus ditentang oleh RAKYAT.

RAKYAT SELANGOR SUDAH MUAK DENGAN SANDIWARA DAN LAKONAN KERAJAAN NEGERI. AYUH SAMA-SAMA TOLAK KEKEJAMAN DENGAN SHARE PERKARA INI.

Wednesday, April 27, 2016

MUHAMMAD IBRAHIM GABENOR BANK NEGARA YANG BARU



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara yang baru, berkuat kuasa 1 Mei.

Katanya, Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Muhammad untuk tempoh lima tahun akan datang bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad yang merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010 lalu merupakan lulusan dari Universiti Havard, Amerika Syarikat.

Najib berkata, kerajaan turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Seri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor bank Negara yang ketujuh.

Zeti merupakan gabenor wanita pertama negara telah menerajui Bank Negara Malaysia selama 16 tahun sebelum bersara pada bulan ini.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 26, 2016

AZMIN SURUH GUNA AIR LONGKANG BASUH KERETA



#MenteriBesarSelangor #AzminAli Sekali Lagi Buat Alasan Yang Maha Bijaksana..!

Seumur hidup aku belum pernah aku dengar dan lihat, orang cuci kereta & siram pokok guna air kotor, agaknya #NenekKauHijau atau #Drebar ko kat rumah, cuci kereta ko guna air longkang kottt..!

....Kawasan kejiranan di tempat aku #TadahAirHujan untuk cuci kereta dan siram pokok.. Rakyat Selangor dah berjimat guna air laaa... Sebelum cuci kereta siap buat dulu air sabun, siraman pertama basahkan kenderaan, kemudian cuci atau berus guna air sabun yang dibuat, siraman akhir cuci sabun dan kotoran pada kenderaan, begitu juga siram pokok pun sekole pagi dan sekole petang...

"BILA DAH TAK BOLEH SELESAI MASALAH, PELBAGAI ALASAN BODOH DI BERIKAN"

#BodohTakBolehDiAjar #TerlajakBODOH #TerlajakBINGAI #BijaksanaZERO #Selangor

posted from Bloggeroid

PKR BERMASALAH BESAR DIBAWAH KEPIMPINAN LEMAH WAN AZIZAH



KEJAYAAN BN menang percuma di 2 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak, membuktikan bahawa PKR ini adalah parti yang kelam kabut. Sejak Anwar masuk jail ni, PKR nampaknya bergantung kepada persepsi semata-mata nak menunjukkan kononnya dia kuat, hakikatnya, PKR lemah, kelam kabut dan tak terurus.

Ketika kecoh PKR berebut 5 kerusi dengan DAP, 2 kerusi yang sepatutnya mereka bertanding iaitu di Bukit Kota dan Bukit Sari, calon PKR tak muncul seterusnya memberikan kemenangan percuma kepada BN.

Dalam hal berebut kerusi dengan DAP, akhirnya DAP bertindak balas, semua kerusi yang PKR bergaduh dengan DAP, DAP letak calon, salah satunya Bukit Kitang dimana satu-satunya calon Melayu DAP bertanding. Siapa pun dalam PKR sekarang tak mampu nak selesaikan masalah itu.

Berkomponen apakah namanya tu? Dari awal lagi boleh dikatakan bahawa di Sarawak, Pakatan Harapan macam tidak wujud, masing-masing fikir pasal diri masing-masing sahaja.

Dalam masa yang sama, nampak sangat PKR terlalu bergantung kepada Anwar. Pada tahun 2011, ketika Anwar masih diluar, pilihanraya negeri Sarawak menyaksikan pertandingan di semua 71 kawasan DUN ketika itu, takde peluang BN nak menang percuma, berbeza dengan kali yang ini.

Semua ini bagaimanapun menunjukkan kelemahan PKR dan mengesahkan apa yang penulis kata sebelum ini PKR ni hanya gah pada persepsi sahaja, realitinya lemah, macam yang kita lihat sekaranglah.

Agaknyalah siapa yang nak dipersalahkan, adakah Azizah (langsung tak muncul, berbunyi dalam kempen kali ini), Azmin atau Baru Bian selaku Pengerusi PKR Negeri? Sejak bekerjasama dengan bekas PM Tun Mahathir Mohamad, nampak kemerosotan oleh PKR. Jelas isteri Anwar, Wan Azizah tidak dapat uruskan parti suami PKR dgn baik.

Sumber: WhatsApp

posted from Bloggeroid

Monday, April 25, 2016

PESTA TIKAM MENIKAM SESAMA SENDIRI DIANTARA PEMBANGKANG BERMULA



Proses Penamaan Calon Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini menjadi detik permulaan secara rasmi agenda tikam menikam sesama sendiri dikalangan DAP, PKR, PAS, DNP, Amanah dan Bebas.

Jika sebelum ini DAP dilihat sekadar tidak bersetuju dengan Hudud PAS dan PKR mengkritik Pemerintahan DAP Pulau Pinang, hari ini mereka telah mengistiharkan perang secara rasmi dan bertembung di beberapa kawasan PRN Sarawak.

Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang :

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH

Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sessi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sessi cemuh mencemuh sesama sendiri.

Jika ini berlaku, matlamat Barisan Nasional untuk memenangi 70 dari 82 kerusi dijangka akan lebih mudah, In sya Allah.

Oleh Dato' Lokman Adam

posted from Bloggeroid

#INFOPRN: DUN N73 PIASAU, CALON DAP HILANG SOKONGAN

Dulu Dun ni kawasan kuat DAP tp sekarang tak lagi.Sempat berbual dgn orang tempatan masa breakfast.

"Mereka kata DAP RASIS hanya jaga kaum cina.Kami mahu hidup aman damai.Tak pernah bermusuh.Disini banyak kaum dan etnik hidup bersama.Masa Barisan Nasional jaga Dun ni pemimpin lebih fokus pada pembangunan dan kebajikan.Bukan hanya cari salah dan memecahkan rakyat"

Saya dapati penduduk di Sarawak lebih matang dalam berpolitik berbanding di Semenanjung.

"Kamek Nyukung Team Adenan"

#INFOPRN: BARISAN NASIONAL CATAT KEMENANGAN PERTAMA


Calon N82 Bukit Sari, Datuk Awang Tengah Ali Hassan diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah masa penamaan calon ditutup jam 10.00 pagi tadi. 

Beliau menjadi calon Barisan Nasional pertama yang diisytiharkan menang melibatkan 82 kerusi yang dipertandingkan. 

Dipercayai lebih banyak kawasan DUN bakal dimenangi oleh Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN 2016) pada kali ini.

#INFOPRN : PERDANA MENTERI SOLAT SUNAT DI HARI PENAMAAN CALON PRN SARAWAK


YAB Perdana Menteri bersama-sama tetamu kehormat,calon-calon BN,pemimpin dan masyarakat setempat dilihat mengadakan solat sunat di Masjid Daerah Lundu sebelum penamaan calon sebentar tadi. 

Solat sunat tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sarawak di mana sebelumnya YAB Perdana Menteri telah diberi sambutan hangat para pengikut,penyokong serta pengundi di Stadium Daerah Lundu.

Kawasan sekitar masjid dan pusat penamaan calon  dikawal ketat oleh pasukan keselamatan,dan para pengikut serta penyokong parti-parti yang bertanding dipercayai telah berada di kawasan ini sekitar jam 6:30 pagi.Setakat ini tiada insiden buruk atau kejadian tidak diingini telah dilaporkan. 


#PRNSarawakKuburkanDAP
#HARAMkanDAPSebelumPRU14
#KuburkanDAPSebelumPRU14

Saturday, April 23, 2016

KONTRAK PEMBERSIHAN BANGUNAN SUK NAIK 89%



Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor era Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meningkat sebanyak 89 peratus, dedah Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard mendedahkan kontrak bulan pembersihan bangunan SUK Selangor era Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya sebanyak RM33,000/ sebulan tetapi meningkat menjadi RM300,000/ sebulan pada era Azmin.

“Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan SUK Selangor semasa Menteri Besar Mat Taib adalah RM27,000/-, dan Khalid Ibrahim pula RM33,000/-.

“Tapi kini semasa Azmin Ali, telah jadi RM300,000/- sebulan, betulkah ? Siapa dapat ?

“Wow! Cuci jamban guna berus dawai emas ka?” dedah CheguBard dalam Facebook hari ini. https://www.facebook.com/chegubard/posts/1363353547023494

CheguBard berkata beliau mendapat maklumat itu berdasarkan bukti dokumen yang diserahkan oleh orang dalam di SUK Selangor kepadanya. -Wakeup Malaya

Friday, April 22, 2016

PRN SARAWAK: KEMPEN BELUM BERMULA, MALAYSIAKINI SUDAH FITNAH

25 HARIBULAN April ini adalah Majlis Penamaan Calon bagi PRN Sarawak ke-11, namun MalaysiaKini sudah memainkan peranannya sebagai KAKI FITNAH terhadap Barisan Nasional dan Pemimpin BN di Sarawak.

Selepas ini sudah tentu pelbagai cerita FITNAH dan SPIN oleh portal-portal milik pembangkang merekayasakan cerita agar rakyat Sarawak terus tertipu dengan permainan persepsi kotor mereka.

Ini jawapan Dr. Annuar Rapaee:

CLARIFICATION

I have told the Muslims in the seminar that we Muslims in Sarawak should be thankful because other races are willing to support us because we are fair to others and we have been governing this country together well. Therefore I urge the Muslims to continue supporting Adenan as CM. 

But what was published in Malaysiakini was different. Words was spinned in such a manner that I was made to be liked a racist. In actual fact I was giving an advice specifically to the Muslims to support Adenan whose acceptance rating was reported to have reached a high 81% from all races. Being Muslims we should be grateful that we are able to blend well with other races. Thus this harmony and tolerance need to be maintained. 

In fact I have clarified to Malaysiakini reporter when she asked me questions but she seem to prefer to be deaf. And I told her that only racist see others as racist. As a result what was explained was not published. 

DR ANNUAR RAPAEE

PRN SARAWAK: DAP RAMPAS 10 KERUSI DUN PKR

SEBELUM ini kita dikejutkan dengan perletakan semua jawatan yang disandang oleh Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek akibat tidak dipilih sebagai calon dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 11 ini kerana didakwa PKR Pusat terlalu tunduk dengan DAP yang ingin meletakkan hampir kesemua calon DAP dalam pilihanraya kali ini.

Sehingga ke hari ini tiada kata putus untuk pengagihan kerusi Pakatan bagi pilihanraya Sarawak. DAP masih lagi mahu menuntut lebih kerusi daripada PKR Sarawak dengan alasan PKR tidak boleh menang di kawasan-kawasan yang mereka tandingi.

Sehingga semalam jumlah kerusi DAP adalah 29 kerusi yang mana 10 kerusi telah dirampas daripada PKR. PKR berkurang kepada 48 kerusi yang mana sepatutnya kerusi DUN yang baru ditubuhkan diberikan kepada PKR. Namun oleh kerana ketamakan DAP mahu merampas Sarawak daripada BN, mereka mengugut tidak akan membantu PKR untuk menang kerusi mereka di kawasan majoriti pengundi Cina.

PAN pula akan diberikan kerusi-kerusi DUN yang DAP kalah semasa PRN Sarawak ke-10 yang lalu sebagai pembakar semangat kerana sanggup bersama DAP.

Manakala PAS hanya akan bertanding 11 kerusi DUN dan bakal berlaku pertandingan 3 penjuru sama ada dengan DAP atau PAN di Sarawak.

Wednesday, April 20, 2016

PENIAGA MELAYU JUAL PISANG GORENG DISERBU MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM!

MAKIN menjadi-jadi pulak sikap rakus pemimpin kerajaan negeri Selangor yang saban hari menganiaya rakyat Selangor yang mencari rezeki halal.

Atas desakan ekonomi yang mencabar hari ini, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh rakyat untuk mencari pendapat sampingan. Namun dek kerana kesombongan kerajaan negeri PKR ini, rakyat terus disalahkan dan dirampas harta benda.

Pakcik goreng pisang ini telah lama berniaga di Seksyen 7, Shah Alam. Namun oleh kerana ada tangan ghaib di atas yang mengarahkan penguatkuasa MBSA merampas barang perniagaan beliau, maka peniaga Melayu ini menjadi mangsa.

Sedangkan dikawasan ini merupakan kediaman Exco Kerajaan Selangor yang juga ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari.

Nampaknya Melayu makin disekat ekonominya. Melayu dihalau dari bandar-bandar besar di Selangor.

Tahniah yang mengundi PKR.