Konco-konco ku

Saturday, March 19, 2016

UMNO KELANTAN MENYOKONG PENUH DS NAJIB

Hari ini berlangsung Perhimpunan Deklarasi UMNO Kelantan, di Dewan UMNO Negeri Kelantan, Jam 2.30 petang tadi.

Himpunan Deklarasi ini di hadiri sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, YB Datuk Sri Mustapa Mohamed merangkap Menteri Perdagangan Antara Dan Industri (MITI), YB Datuk Hj Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Hj Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ketereh, dan moderator nya ialah Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, YB Datuk Hj Md Alwi Hj Che Ahmad.

Beberapa hari yang lalu, kita melihat betapa angkuhnya gandingan pembangkang bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad yang menandatangani Deklarasi Selamatkan Malaysia yang mahu YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Namun persoalan demi persoalan apabila Lim Kit Siang dan Datin Seri Wan Azizah pula tampil membuat kenyataan bahawa mereka bersama DS NAJIB jika mahu Selamatkan Malaysia. Apakah rahsia di sebalik semua ini? Adakah punya agenda tersembunyi atau sememangnya takut sesuatu yang telah dirancang tidak menjadi? Terpulang kepada rakyat dan masyarakat memikirkan perkara itu.

Perhimpunan Deklarasi UMNO Kelantan ini bertujuan untuk membuktikan bahawa UMNO KELANTAN masih setia bersama Perdana Menteri Malaysia DS NAJIB merangkap Presiden parti keramat iaitu UMNO.

Ini membuktikan bahawa Presiden masih mempunyai penyokong setia di peringkat akar umbi apatah lagi di Negeri Kelantan khasnya. Walaupun kita sering terbaca di media sosial, cacian demi cacian, hinaan demi hinaan dan pelbagai lagi kutukan dan posting bergambar yang mengutuk perdana menteri di viral. Namun ia tidak mematahkan semangat Perjuangan ABATA di dalam diri selagi masih bernyawa demi anak cucu di masa hadapan.

Semoga deklarasi ini membuka mata dan telinga akarumbi dari negeri lain agar bersabar dan bersama dalam mengharungi cabaran besar yang sedang kita tempuhi.


Friday, March 18, 2016

AZMIN LULUS TANAH CADANG BUAT PPRT KEPADA KRONI

PAGI tadi, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkunjung ke DUN Sungai Air Tawar untuk melihat tanah yang bakal diluluskan oleh kerajaan negeri untuk membina rumah bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Daerah Sabak Bernam.

Turut hadir ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi dan ADUN Sungai Air Tawar, Kamarolzaki.

Ada benda menarik aku nak kongsi semasa lawatan MB Selangor ni.

Rupanya, ada udang disebalik batu. JKKKN (Sidang PKR) di Kawasan Sabak Bernam rupanya memohon tanah di Kg. Sungai Tengar Utara untuk dijadikan rumah kepada rakyat miskin sekitar Sabak Bernam namun hakikatnya adalah untuk mengaut untuk atas pemilikan rumah tersebut.

Mengikut cerita dari penduduk setempat di sana. Nama untuk projek perumahan tersebut telah pun dikumpul, tetapi yang hairannya hanya 30% daripada penama tanah lot tersebut yang benar-benar orang miskin dan selebihnya adalah kroni-kroni Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talib Bujang.

Azmin nampaknya kena tipu dengan orang kuatnya sendiri. 


Thursday, March 17, 2016

DIPECAT - PRESIDEN NADI RAKYAT MALAYSIA AKUR

Presiden NADI RAKYAT MALAYSIA, Saudara Mohd Rafi Awang Kechik bersetuju dan menerima keputusan Presiden PERKASA MALAYSIA. 

Beliau yang selama ini memegang jawatan sebagai Pengerusi PERKASA Wangsa Maju merangkap Ketua Penerangan PERKASA Wilayah Persekutuan akur tidak lagi menyandang kedua-dua jawatan tersebut.

Sikap tangan terbuka tanpa dendam membuktikan Presiden NADI RAKYAT MALAYSIA ini punya semangat jati diri dan menghormati keputusan sesebuah badan pertubuhan apabila kita tidak lagi seiring dalam sesuatu keputusan. 

"Terima kasih kepada presiden dan YDP Wilayah Persekutuan Y.Bhg. Dato' Yusoff Hamid kerana memberikan kepercayaan kepada beliau selama ini, walau bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya selama ini saya gagal menyumbang", katanya lagi. 

Hasrat beliau selama ini hanya membawa Nadi Rakyat Malaysia dengan Wadah Perjuangan ABATA bersama ahli-ahli pertubuhannya dan mahu mendidik Anak Bangsa mengenali dan pelajari asas perjuangan orang-orang tua terdahulu. 

Dalam apa jua keadaan, tidak mudah melatah, semangat setia kawan dan mahu semaikan sikap, "Jika kita berkawan ikut resmi sebatang jarum segulung benang, Jangan kita bersahabat ikut resmi sebilah gunting setumpul pisau". 

"Semoga Allah SWT berikan dan permudahkan segala urusan dan gerak kerja PERKASA, itu doa saya kepada mereka", di akhir bicara. - Nadi Rakyat Malaysia. 

Wednesday, March 16, 2016

NG SUEE LIM GAGAL JAGA KEBAJIKAN KAUM CINA DI SEKINCHAN

Adun Sekinchan dari Parti DAP, Ng Suee Lim gagal menjaga kebajikan pengundinya seperti yang diakui oleh Bekas Setiausaha Eksekutif Persatuan Nelayan Kawasan Sekinchan Tan Lai Suat, ketika ditemui selepas menghantar memorandum ke Wisma Putra mengenai nasib nelayan tempatan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia walaupun ketika berada di Perairan Negara di dalam insiden di perairan sekincan pada 3 Mac lalu.

Tan yang mewakili keluarga nelayan-nelayan yang ditahan ketika ditanya adakah Pihak Ng Sue Lim atau wakilnya ada berjumpa dengan nelayan di kawasannya untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi mereka dan beliau berterus terang bahawa setakat ini belum ada wakil atau dia sendiri berjumpa dengan mereka untuk berjumpa dengan nelayan yang terlibat.

Selasa lalu Sekumpulan nelayan menyerahkan memorandum kepada Wisma Putra meminta campur tangan kerajaan dalam isu penahanan bot-bot nelayan tempatan selepas tujuh bot nelayan dari kawasan perairan Selangor ditahan penguat kuasa republik itu ketika menangkap ikan di kawasan sempadan perairan Malaysia dan Indonesia di Selat Melaka Untuk rekod Ng Sue Lim dari parti DAP memenangi kawasan itu semenjak PRU ke 12 dan pada PRU ke 13 beliau menewaskan calon Barisan Nasional dengan majority 2239 undi.

Sumber: Lao Hu Lee

Thursday, March 10, 2016

Deklarasi Mahathir: Siapa Pengarah, Pelakon dan Sebagainya? #PuadvsMahfuz #S14


Umno tetap tenang dan tidak akan terburu-buru mengambil tindakan terhadap anggota parti itu yang terbabit dalam “Deklarasi Mahathir” baru-baru ini, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, beliau berkata parti itu tidak memandang remeh isu itu dan akan mengambil kira segala aspek termasuk pandangan akar umbi sebelum bertindak terhadap ahlinya yang jelas bersekongkol dengan pihak pembangkang itu.

“Lagipun kita ada pelbagai biro dan jawatankuasa di dalam parti untuk menilai apa yang telah berlaku.

“Umno tidak panik. Kita akan tenang tapi ambil serius serta tidak pandang remeh apa yang berlaku.

“Pada masa yang sama, disiplin dan ketegasan itu sentiasa ada dalam parti. Biarlah rakyat menilai apa yang telah berlaku,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Soal Jawab’ di TV3, Sri Pentas malam tadi.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh mengulas mengenai tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Deklarasi itu turut ditandatangani bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Annuar berkata apa sahaja isu yang dibangkitkan termasuk usaha menjatuhkan kerajaan, perlu ditangani dengan bijak.

“Walaupun apa jua masalah yang timbul, kita jangan tinggalkan dan lupa amanah yang diberikan rakyat. Lihatlah masalah rakyat, negara, masalah dalam dan juga masalah dari luar.

“Pada masa yang sama, harus diiingati, perdana menteri Malaysia tidak boleh diturunkan atau dijatuhkan dengan deklarasi atau kempen tersebut.

“Pembangkang boleh wujudkan pelbagai isu tetapi kita sebagai kerajaan yang memerintah, perlu mencari jalan penyelesaian, kita ada masa dua tahun, janganlah semua hendak lepaskan kerja, utamakanlah kepentingan rakyat,” katanya.

Annuar berkata rakyat perlu melihat kempen deklarasi itu secara bijak dan pada masa yang sama menilai siapa sebenarnya dalang dan apa tujuan ia diadakan.

“Ada tiga kategori orang menonton wayang. Yang pertama, mereka akan terikut-ikut jalan cerita dan terbawa-bawa (ke luar).

“Kedua, ada yang melihat tapi dapat kawal emosi.

“Yang ketiga, akan berfikir siapa pengarah, pelakon dan sebagainya.

“Jadi sebagai orang lama dalam politik yang sudah melihat beberapa politik dalam negara, saya melihat kempen deklarasi ini dalam konteks ketiga.

“Ini kerana Tun Mahathir seorang strategis. Jadi kena lihat beberapa langkah ke hadapan.

“Harus diingati, beliau pandai menggunakan keupayaan orang lain untuk memenuhi matlamatnya,” kata Annuar.

ISU MUKRIZ JADI PM: PUAD JAWAB MAHFUZ. #PUADVSMAHFUZ #S14


Dr Mohd Puad Zarkashi ahli Majlis Tertinggi UMNO membidas kenyataan Mahfuz Omar yang mempertikai kenyataannya iaitu tindakan Tun Mahathir mengadakan Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang ialah untuk memastikan anaknya Mukriz menjadi Perdana Menteri setelah Najib berjaya dijatuhkan.

Dakwa Mahfuz lagi, takkan Puad bangang sangat sampai tidak tahu syarat untuk menjadi PM seseorang itu mestilah ahli Parlimen sedangkan Mukriz hanyalah seorang ADUN. Menurut Mahfuz lagi kalau pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dirinya sendiri.

Jawab Puad, Mahfuz lupa dalam politik tiada yg mustahil, seperti tidak mustahilnya Mahfuz mempertahankan DAP yang anti Hudud sehingga sanggup menghina Presiden PAS yg dia masih menjadi ahlinya. Mahfuz juga lupa pada dirinya sendiri yg kini berkata Hudud bukan keutamaan dan menjadi pengemis di sana sini sama ada mahu memilih PAN, PAS dan kini menumpang Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang.

Menurut Puad lagi Mahfuz gagal membaca perkara taktikal dlm kenyataannya itu, iaitu tindak tanduk Mahathir termasuk Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang adalah untuk dijadikan sebagai bargaining power menekan Najib supaya memberi laluan mudah kepada Mukriz agar akhirnya nanti menjadi PM.

Sebelum keluar UMNO, Mahathir amat kecewa kerana Najib gagal membantu Mukriz menang jawatan Naib Presiden dlm pemilihan parti 2013. Justeru mulalah Mahathir membuat kerenah menganggu pentadbiran Najib supaya Najib ikut telunjuknya bagi memastikan agenda Mukriz menjadi PM tercapai.

Kemarahan Mahathir terhadap Najib memuncak apabila Zahid dilantik menjadi TPM kerana itu dianggap semakin menyulitkan agenda Mahathir dan Mukriz . Sebagai tindak balas Mahathir keluar UMNO dan mempelopori Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang sebagai bargaining power agar Najib reconcile balik dengan beliau untuk pastikan di masa akan datang Mukriz akhirnya jadi PM. Itu yg Mahfuz tidak faham. Maka tidak timbul isu Mukriz seorang ADUN dan bukan ahli Parlimen. Itu bukan penghalang dan mungkin Mahfuz terlupa beberapa peristiwa yang dia sendiri terlibat kerana ia amat berkaitan.

Contohnya Wan Azizah sanggup kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil kononnya untuk menjadi Perdana Menteri kerajaan 16 September.

Dalam satu lagi kes, ADUN Kajang sanggup letak jawatan untuk bagi laluan pula kepada Wan Azizah bertanding kononnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Justeru kalau mereka sanggup menandatangani Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang, tidak mustahil DAP sanggup kosongkan satu daripada kerusinya dan bagi laluan kepada Mukriz bertanding seperti mana yang dilakukan oleh PKR di Kajang.

Dan tidak mustahil juga Mahfuz sendiri sanggup mengosongkan kerusi Parlimen Pokok Sena dan bagi laluan kepada Mukriz bertanding di sana. Mungkin Mahfuz boleh membalas jasa baik Mukriz yang dikatakan telah memberinya berberapa kontrak di Kedah. Sebab itu Mahfuz muncul di beberapa perhimpunan mempertahankan Mukriz sebagai MB.

Ingatan Puad pada Mahfuz, dalam politik tiada yang mustahil. Dan itulah yg diamalkan oleh Mahfuz selama ini.

Sumber: KLXPress

Wednesday, March 9, 2016

LUAHAN HATI ANAK JATI SELANGOR. ANAK SELANGOR TERPINGGIR DIBUMI SENDIRI.

Anak Selangor menjadi pendatang di negeri sendiri.

Saban hari aku melihat, keistimewaan anak jati Selangor dipinggirkan oleh kerajaan negeri sendiri. Segala kemudahan dan peluang diberikan kepada orang luar yang mempunyai kepentingan sendiri. Sedang anak Selangor teraba-raba ruang dan peluang di tanah kelahiran sendiri.

Cadangan aku:
1. Pekerjaan bawah kerajaan negeri berilah keutamaan kepada anak-anak Selangor dahulu. Negeri-negeri lain dah buat. Kita bila lagi?

2. Reserve tanah-tanah perumahan atau rumah kos rendah untuk anak-anak Selangor. Dulu boleh buat kenapa sekarang tak boleh?

3. Sediakan kuota kedai bawah kerajaan negeri kepada anak-anak Selangor. 

4. Dan beberapa cadangan yang sewajarnya.

Negeri Selangor sebagai negeri maju harus memikirkan perkara ini agar ada bakti dan sumbangan kerajaan negeri kepada anak jati Selangor. 

Saban tahun beribu orang akan berhijrah ke Selangor, jika perkara ini tidak diambil serius nescaya akan hilang teruslah jati diri rakyat Selangor yang bernaung di bawah panji-panji Sultan Selangor.

Tuesday, March 8, 2016

PENGIKUT YANG BAIK ADALAH KETUA YANG BAIK! #RESPECTMYPM

MUHYIDDIN nama yang tak asing lagi sejak mengenali dunia politik. Tanpa sedar aku membesar dengan character Tan Sri Muhyiddin yang dikenali sebagai seorang yang LOW PROFILE, berpendidikan, beragama (kerana bapanya seorang guru agama) serta mempunyai semangat MELAYU yang tinggi.

Namun sejak kebelakangan ini. Semenjak beliau duduk sebaris bersama Kit Siang, Mat Sabu, Azmin dan berjalan seiring bersama Guan Eng. Habis hilang hormat aku terhadap ikon ini.

Mungkin kerana terlalu gelojoh. Mungkin kerana sudah termakan dengan hasutan negarawan Malaysia, Tun Mahathir. Maka beliau terlupa apa yang pernah diungkap sebelum ini.

DAP MUSUH ISLAM.
DAP MUSUH MELAYU.

Kata hikmah yang kerap dilaung semasa didalam ucapannya. Mana perginya ucapan itu?

Adakah hanya sekadar ucapan tanpa pelaksanaan kata-kata?


TUN M RUPANYA ANTI DEMOKRASI


1. Kita masih menyanjungi sumbangan yang pernah Tun M lakukan untuk pembangunan negara dengan membina banyak mercu tanda Malaysia sewaktu pemerintahan beliau. Ianya tidak pernah untuk dinafikan.

2. Melayu dahulu Malaysia kemudian yang pernah menjadi pegangan Tun M suatu ketika dahulu, kita menyambut baik kerana ianya sangat bertepatan dengan Malaysia adalah tanah yang dipelopori oleh bangsa Melayu. 

3. Saat Tun M mula menyerang DSNR menggunakan pentas sendiri, kita tidak pernah untuk membantah. mungkin pada kita sebagai rakyat melihat ianya adalah satu langkah untuk menjadi check and ballance kepada pentadbiran kerajaan hari ini. 

4. Tetapi serangan berterusan terhadap PM Malaysia oleh Tun M tanpa asas yang benar benar kukuh mula meragukan pemikiran kita tentang matlamat sebenar Tun M dalam siri serangan ini. 

5. Awalnya, kita juga tidak bersetuju dengan tindakan DSNR dengan langkah menggugurkan TSMY dan MM daripada jawatan TPM dan MB kerana ianya tidak selari dengan kehendak akar umbi. Tapi gerakan mereka yang secara konsisten menyerang PM menjadikan kita sebagai rakyat biasa rasa tidak selesa kerana memikirkan seolah ada rancangan tersusun untuk kepentingan peribadi.

6. Rasa hormat saya pada Tun M, rasa kesian saya pada TSMY dan MM sekaligus hilang pada tanggal 4/3/16 apabila mereka boleh berada dalam satu kem sama, yang suatu ketika dikatakan pengkhianat agama dan bangsa iaitu DAP oleh mulut mereka sendiri dalam siri kempen PRU dan PRK lepas untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang sah. 

7. Tindakan Tun M dan anaknya serta TSMY seolah-olah cuba menafikan sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan yang telah mereka pertahankan selama ini sewaktu memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apakah sistem itu hanya laku tatkala mereka ada kuasa dan dengan mudah dilacurkan apabila tiada kuasa? 

8. Terima kasih buat Tun M kerana mengajar kepada anak anak kami bahawa Malaysia ini Tun M yang punya kerana sesuka hati Tun Mahu PM Malaysia adalah individu yang memihak kepada beliau. Semoga usaha sama Tun M dan gerombolan DAP serta AMANAH akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disanjungi dunia. 

Wasalam.

Rafi Awg Kechik
PresidenPertubuhan Nadi Rakyat Malaysia.

Friday, March 4, 2016

TUN M BERJUANG DEMI RAKYAT ATAU DEMI DIRI SENDIRI?

Belum habis lagi terkejut pengunduran Tun Mahathir daripada UMNO, hari ini kita disajikan pula dengan sidang media khas mendesak Perdana Menteri, DS Najib Razak meletak jawatan.

Sejak dari kecil saya didendangkan dengan semangat Melayu. Dinyanyikan dengan Wawasan 2020. Dikhabarkan dengan 'Malaysia Boleh', 'Hidup Melayu'.

Namun hari ini saya agak kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Mukhriz yang turut bersama DAP untuk menjatuhkan pemimpin Melayu yang saya pertahankan sejak dulu.

Hari ini terbuka diminda dan hati saya untuk mempersoalkan dimana semangat Melayu yang Tun Mahathir tanam dalam diri setiap anak kecil ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Hari ini nyatalah bahawa jalan politik Tun Mahathir sudah terpesong apabila sanggup bersekongkol dengan parti yang beliau katakan RASIS satu masa dulu.

Musnahlah kepercayaan saya terhadap Tun Mahathir atas KETUANAN MELAYU yang kerap beliau laungkan semasa dalam ucapan Perhimpunan Agong UMNO.

Ternyatalah yang Tun Mahathir dan parasit-parasit dalam UMNO memang benar-benar mengejar kuasa lebih daripada membela nasib anak bangsa.

Dan oleh kerana asbab inilah juga saya akan terus menyokong kepimpinan DS Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Saya percaya masih ada cahaya dihujung terowong untuk mencerahkan apa yang berlaku sekarang ini.

Semoga DS Najib Razak terus tabah dan kuat dalam mengharungi politik zaman edan ini.

#RespectMyPM

Mohd Khairulna'im Abu Samah
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Sungai Besar


Thursday, March 3, 2016

PANAS!! PKR SELANGOR JUAL ASET RAKYAT SELANGOR DI MEKAH!!

SELEPAS jual Brisdale Hotel, Quality Hotel, Kompleks PKNS dan beberapa buah lagi aset rakyat Selangor, kini terbaru, kerajaan Selangor kendalian Azmin jual pulak 5 unit apartment di Mekah dengan nilai RM7.6 juta.

Kata Azmin duit kerajaan negeri Selangor banyak kenapa sampai nak jual semua aset yang ada?

Apa motif Azmin jual aset kerajaan Selangor dengan sewenang-wenangnya?

Sedarlah wahai pengundi Selangor. Sedarlah wahai rakyat Selangor. Sedarlah wahai anak jati Selangor.

Adakah kita sanggup membiarkan Azmin jual lebih banyak harta rakyat Selangor?

Adakah kita masih lagi tidur dan mahu membiarkan Azmin terus menjual aset yang ada?

Jangan sampai negeri Selangor ini pun turut dijual.

Jom TUKAR!!!

PAS TIDAK AKAN BEKERJASAMA TUMBANGKAN NAJIB RAZAK

FITNAH dan segala macam tohmahan semakin banyak dilemparkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Ingatkan selepas Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara kerana liwat, politik negara aman namun sebaliknya.

Tun Mahathir pulak menjadi asbab kacau bilau dalam politik UMNO. Tun Mahathir pula menjadi pencatur untuk menentukan siapa yang layak dan tidak dalam kepimpinan UMNO sendiri.

Sehinggakan tiada lagi pemimpin UMNO yang berpangkat dan berjawatan yang berani mempertahankan Najib Razak kerana takut kehilangan semuanya. Jadi semua nak play safe.

Mujur PAS semakin rapat dengan Najib Razak. Mungkin PAS dapat melihat gerakan untuk menumbangkan kerajaan Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi PAS sekarang semakin benci dengan DAP yang berterusan menggasak untuk menghapuskan negara Islam di Malaysia.


PAS melalui Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Tun Mahathir tidak berpuashati dengan Najib Razak kerana Najib Razak mengukuhkan kedudukannya sebagai PM walhal Tun Mahathir sendiri berjuang demi untuk kepentingan peribadinya.

"Semua pihak disarankan tidak menjadikan agenda peribadi ini sebagai propaganda perjuangan dan mengorbankan kepentingan awam," kata beliau lagi.