ISU 1MDB terus diperkatakan dan dipersoalkan dengan hangat di dalam Dewan Rakyat. Jika sebelum ini Dato' Seri Husni, Ahli Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri Kewangan II mempersoalkan apa sebab diwujudkan 1MDB, hari ini Dewan Rakyat digegarkan lagi dengan pertanyaan mengenai 1MDB oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PPBM.
Sepertinya mereka-mereka ini tidak pernah diberikan penerangan secara jelas oleh Arul Kanda tentang matlamat penubuhan 1MDB yang akan membantu Malaysia dalam menghadapi kekangan ekonomi global masa kini.
Persoalan serta sindiran terus diajukan kepada Ahli Parlimen Pagoh ini tanpa memberi peluang kepada Ahli Parlimen BN yang lain untuk menjawab walaupun Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bangun untuk mencelah namun tidak dibenarkan oleh Muhyiddin.
Lebih menjadi persoalan apabila Muhyiddin cuba untuk menyalahkan Menteri-menteri kabinet, Pegawai-pegawai JASA serta Cybertroopers UMNO kononnya mereka-mereka ini diupah untuk menyembunyikan hal sebenar mengenai 1MDB serta cuba menegakkan benang yang basah.
Betullah orang kata ahli politik yang sudah setengah abad memang ramai yang nyanyok!
Dahulu semasa dalam kerajaan dan menjawat sebagai orang nombor dua dalam kerajaan tidak sedikit pun persoalan-persoalan ini ditimbulkan. Malah apabila diberikan penjelasan dengan jawapan-jawapan dalam buku tebal mengenai 1MDB tidak pernah pun nak selak dan baca.
Tapi nak buat macam mana, Beginilah sikap pemimpin yang gila kuasa dan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.