Konco-konco ku

Wednesday, September 30, 2015

HARGA RUNCIT PETROL DAN DIESEL NAIK 10 SEN OKTOBER 2015

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi Oktober 2015 masing-masing naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Ini menjadikan harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter manakala diesel RM1.90 seliter.

Sumber: Pengusaha stesen minyak

#DEIG SAMAN FAEKAH ATAS PERSOALAN YANG GAGAL DIJAWAB AZMIN

Mantan CEO MBI yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mantan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini bertugas sebagai Penyelaras parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang Cik Puan Faekah Husin telah menerima surat notis bertarikh 25hb September 2015 dari Tetuan Abu Bakar & Yong peguam dikatakan mewakili Menteri Besar Selangor (MBI), Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan COO DEIG Soffan Affendi Aminuddin mengenai suatu artikel yang disiarkan oleh NST bertajuk " WHY NO STATE OFFICIALS IN DEIG" pada pandangan anak guam mereka sebagai kenyataan fitnah yang merosakkan reputasi dan nama baik yang terlibat.

Antara lain Faekah dituduh mencemarkan nama DEIG mengamalkan rasuah dan tidak amanah ... DEIG dituduh akan menyalahgunakan aset Kerajaan Negeri Selangor .. DEIG dituduh terlibat dalam urus niaga dan transaksi yang meragui ... COO Soffan Affendi Aminuddin  sebagai tidak amanah, jujur dan mengamalkan rasuah dan akan gunakan kedudukkannya untuk menyalah guna aset Kerajaan Negeri Selangor dengan amalan transaksi mencurigai dan amalan rasuah .....

Apakah benar sepertimana yang diperkatakan oleh peguam DEIG tersebut? ... Bukankah Faekah Husin hanya meminta Azmin dan DEIG memberikan jawapan dari pelbagai soalan yang di bangkitkan pada hemat beliau amat perlu diberikan penjelasan agar rakyat mendapatkan pencerahan demi kebenaran.





PAS PERTIMBANG KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR

PANAS! PAS menerusi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr. Hj. Mahfodz Mohamed akan membawa usul untuk PAS keluar daripada kerajaan Selangor pimpinan Azmin (PKR) ke dalam mesyuarat jawatankuasa politik PAS tidak lama lagi.

Ini berikutan penubuhan Pakatan Harapan yang tiada PAS di dalam jawatankuasa tersebut. Memetik laporan daripada KLXPress (rujuk SINI) mendakwa PKR terus mengenepikan PAS dalam segala hal dan PAS tidak akan bertahaluf siyasi lagi dengan DAP dan AMANAH kerana didakwa mengkhianati perjuangan PR sebelum ini.

Sementara ini Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Sungai Besar (rujuk SINI) pada Ahad lepas menggesa usul supaya PAS berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor memandangkan PAS tidak mahu melibatkan diri dalam Pakatan Harapan yang turut disertai oleh DAP dan AMANAH.

MAKA, secara tidak langsung PAS akan terus mendesak agar PAS Selangor menuruti keputusan yang bakal dikemukakan dalam mesyuarat politik PAS pusat akan datang.

Oleh itu, kita dapat lihat bagaimana PKR bergerak tanpa bantuan PAS.


Tuesday, September 29, 2015

CATATAN DARI BELAKANG TIRAI BESI - DR. KHIR TOYO

Catatan Di Belakang Tirai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup?

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya.

The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor.

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.

Dr Mohamad Khir Toyo

MENANTI HARI ESOK, SEMOGA DR. KHIR TOYO TABAH!!!

PUTRAJAYA –  Adakah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo akan lepaskan dan diperintahkan supaya menjalani program khidmat masyarakat sebagai menggantikan hukuman penjara?

Persoalan ini akan terjawab esok apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman ke atas Dr Mohamad Khir, 50.

Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari.

Pada 22 Sept, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 Sept.

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selasa lepas, semasa merayu agar hukuman diringankan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, memohon mahkamah supaya tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat masyarakat.

Muhammad Shafee memperjelaskan bahawa anak guamnya memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah dengan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada penduduk miskin.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pula berkata program khidmat masyarakat tidak sesuai bagi kesalahan seperti itu.

Ini kali pertama program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan seperti itu.

— BERNAMA

Monday, September 28, 2015

MATC PKR: USUL DESAK AHLI PAS LETAK JAWATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!

USUL Parti Kencing Rakyat (PKR) Cabang Sungai Besar semalam:

1) Sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan tanpa PAS menang PRU14.

2) Mendesak pimpinan Pakatan Harapan supaya kerusi P093 Sungai Besar diserahkan kepada PKR untuk bertanding dengan alasan PAS tidak pernah menang di Parlimen Sungai Besar.

3) Kerusi N03 Sungai Panjang juga harus diserahkan kepada PKR kerana PAS bukan lagi komponen dalam Pakatan Harapan.

4) Semua Pengerusi JKKK ahli PAS harus digugurkan dan digantikan dengan ahli PKR, DAP atau AMANAH.

Dewan Simpang Lima, Sungai Besar 
27 September 2015

MAHU JADI BANGSA MALAYSIA?? JOM SOKONG SEKOLAH SATU ALIRAN!!! #Sekolah1Aliran

Sekolah 1 Aliran | Orang banyak bercakap tentang sekolah satu aliran (Sekolah Kebangsaan). Ramai juga yang membantah terutamanya kaum Cina dan India kerana takut hilang bahasa dan budaya asal mereka. Kenapa perlu takut?

Di SRJK Cina & SRJK T juga turut diajar Pendidikan Agama Islam walaupun bukanlah semua pelajar Cina atau India yang mengambilnya. Dikhaskan kepada pelajar Melayu yang belajar di SRJK.

Sekolah Kebangsaan boleh memasukkan subjek Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam pengajaran khas untuk pelajar kaum Cina & India. Apa yang hilang?

Jangan gopoh. Sistem pendidikan negara adalah yang terbaik. Manusia yang buat sistem ini dan boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian.

‪#‎SokongSekolah1Aliran‬

Sunday, September 27, 2015

BAGAIKAN YAHUDI MENCARI PELACUR HINGGA KE TANAH SUCI!!!

AGAK terkejut dengan status yang dikeluarkan oleh Photographer ter SOHOR Malaysia yang dikatakan menjumpai pusat pelacuran di Tanah Suci Mekah. 

Apa sudah tidak ada subject lain agaknya Saiful Nang ini nak dijadikan modal untuk KARYA TERULUNGNYA. Hinggakan sanggup mencari pelacur di Tanah Suci.

Ketika orang Islam lain sibuk menunaikan rukun Islam ke 5 menunaikan Haji, Si Saiful ini terus-terusan mencari dosa di Tanah Suci.

Berbaloikah??

Mungkin ada benarnya jika Saiful Nang sedang sangap mencari pelacur sehingga di Mekah hanya kerana bertanyakan dengan Arab Badwi.

Chow kit dan Bukit Bintang tidak sesuai untuk dirinya. Barangkali dia perlukan pelacur antarabangsa. Bila dia sangap dia sanggup hina Tanah haram.

Bertaubatlah sebelum terlambat!!!

Wednesday, September 23, 2015

RAKAMAN DARI PENJARA!! ANWAR MAHU JAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA!!

KITA digemparkan dengan perbincangan dan kata putus oleh Presiden PKR, Wan Azizah yang mengumumkan akan masih mengekalkan Anwar Berahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan yang baru dibentuk menang dalam pilihan raya.

Dalam gabungan terbaru itu, DAP, PKR dan Amanah telah sebulat suara untuk mewujudkan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang mana PAS tidak mahu lagi bersekongkol dengan DAP yang RASIS dan AMANAH yang tidak amanah.

Sehubungan dengan itu, Anwar memberi sedikit ucapan kepada para pemimpin Pakatan Harapan agar harus menang PRU14 dan wajib mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Kita ikuti rakaman telefon Anwar...


Tuesday, September 22, 2015

"HADI AWANG KURANG SIUMAN!" - TONY PUA

PERHATIAN kepada ahli-ahli PAS. Tony Pua cakap, Presiden korang KURANG SIUMAN.

Masih nak berdiam diri lagi ke? Ke BACUL dan takut dengan Mat Sabu tajaan DAP???

Tony Pua hari ini dalam laman FB nya mengutuk ucapan Hadi Awang kepada orang bukan Islam semasa dalam ceramahnya baru-baru ini yang mana kaum Cina dan India boleh menerima komunisme (DAP) kenapa tidak ISLAM.

Mungkin Tony Pua terasa yang parti DAP mengamalkan fahaman komunisme maka ditempelaknya Hadi Awang.

Kalau macam ni keji pun ahli PAS masih berdiam diri. Tak tahu nak cakap apa lah.

Mungkin Mat Sabu dah tabur duit DAP atas ahli PAS kot....

MARA HENTI TAJAAN PELAJAR BAHARU UNIVERSITI TAYLOR

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor atas pelbagai sebab, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau berkata pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti berkenaan dibenarkan meneruskan pengajian mereka.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Mara (Datuk Ibrahim Ahmad) untuk melihat perkara ini … kami akan menghentikan penajaan kepada (pelajar) pengambilan baharu atas pelbagai sebab.

“Bagaimanapun, kami tidak akan menghentikan penajaan pelajar sedia ada (di Universiti Taylor) kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) @ Busana di Menara Mara di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat yang tersebar di media sosial bahawa Mara akan menghentikan pemberian biasiswa kepada pelajar tajaannya di Universiti Taylor.

Tindakan itu berikutan Kolej Taylor menamatkan kontrak operator bas, Wawasan Sutera yang membawa peserta perhimpunan baju merah menggunakan bas yang mempunyai lambang institusi pendidikan itu.

Monday, September 21, 2015

JANGAN JADI BODOH!! KENAPA HANYA PUTUS HUBUNGAN DENGAN NAJIB? KELUAR DARI MCA!!!

TIDAK rasa terkilan secalit pun dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang menempelak DS Najib dan seterusnya memutuskan hubungan dengan Presiden UMNO tersebut hanya kerana sokongan DS Najib terhadap Himpunan Merah yang diadakan baru-baru ini.

Mungkin aku sendiri sudah rasa ketidakbersamaan MCA dalam BN untuk meraih sokongan rakyat khususnya kaum Cina untuk terus menyokong Barisan Nasional.

Lihat sahaja tindakan-tindakan MCA kebelakangan ini yang sudah tidak senada dengan UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional dalam pelbagai isu. Yang terbaru berkenaan isu Bersih 4.0 yang mana Presiden MCA sendiri tiada halangan untuk ahlinya menghadiri.

Namun kenapa Presiden MCA tidak membuat kenyataan yang sama semasa Himpunan Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang sudah pasti mendapat permit daripada PDRM dan DBKL untuk mengadakan himpunan secara aman?

Adakah MCA juga sudah menjadi RASIS seperti DAP yang sememangnya sakit mata apabila melihat orang Melayu bersatu dan berhimpunan dalam satu kawasan? Adakah MCA merasakan yang Melayu tidak punya hak untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada pentadbiran Najib Razak sekarang?

Perlu diingat bahawa sokongan kaum Cina semakin merosot dan MCA tidak pernah berbuat apa-apa atau merangka strategi berkesan untuk terus menarik lebih ramai kaum Cina menyokong kerajaan BN sedia ada.

Menyelusuri PRU13, sokongan kaum Cina terhadap calon-calon BN terlalu ketara tidak menyokong. Sedangkan orang Melayu masih lagi memberi sokongan tertinggi terhadap calon MCA yang mana mereka bertanding di kawasan majoriti orang Melayu.

Adakah MCA yakin bahawa mereka akan menang di kawasan majoriti kaum Cina seperti di bandar-bandar besar?

Jangan terlalu angkuh dan berlagak dengan kenyataan yang dibuat. Jika Presiden MCA masih diam membisu, ternyata bahawa MCA sememangnya sudah terjerumus ke lembah RASIS ciptaan DAP.

Thursday, September 17, 2015

HIMPUNAN MELAYU BERSATU BERJAYA!! #GENGMERAH #NADIRAKYAT

BUAT pertama kali Himpunan Melayu Bersatu berjaya dengan cemerlang dengan penyertaan peserta himpunan melebihi 150,000 orang dari seluruh negara.

Kita mahu rakyat Malaysia khususnya kaum Cina yang selama ini menghina dan mencaci pemimpin-pemimpin Melayu buka mata dan telinga.

Ini hanyalah satu permulaan untuk orang Melayu. Selepas ini mungkin akan ada lebih banyak himpunan-himpunan yang menyokong orang Melayu di seluruh negara.

Dengan termeterainya 14 resolusi kepada kerajaan Malaysia. Himpunan berlangsung dengan aman.

14 RESOLUSI HIMPUNAN RAKYAT BERSATU (MERAH 169)

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.

2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.

3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.

4. Rakyat bersatu menolak cauvinism ala DAP.

5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.

6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.

7. Rakyat bersatu menolak penghinaan terhadap Islam iaitu agama rasmi kerajaan persekutuan.

8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.

9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di Malaysia.

10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.

12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancang terhadap kepimpinan negara.

13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.

14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)


Namun, akibat provokasi yang dilemparkan oleh geng Melayu penjaga Cina Petaling Street, himpunan ini dilihat sedikit cacat.

Dan ternyata, masih ada sikitol yang terus menyokong Cina kerana takut hilang rezeki.

HIDUP MELAYU!!!

Tuesday, September 15, 2015

SEKOLAH DI 5 NEGERI DIARAH TUTUP KERANA JEREBU SEMAKIN TERUK!!!

Sekolah diarah tutup akibat jerebu

Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid yang dimaklumkan oleh timbalannya P Kamalanathan melalui Twitter sebentar tadi.

Arahan itu dikeluarkan ketika kualiti udara akibat jerebu bertambah buruk.

Monday, September 14, 2015

KONFLIK 1MDB, KONSPIRASI POLITIK PIHAK LUAR. - NIK ABDUH

Ketua pemuda Pas YB Nik Abduh Nik Aziz tegas pertahankan Perdana Menteri Malaysia dengan menyatakan wall street journal dan 1 MDB Adalah satu konspirasi politik hendak menjatuh KAN ds najib sebagai Perdana Menteri 

“PAS kekal menjunjung prinsip kebenaran dan amanah serta menolak fitnah dan provokasi melampau”.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, atas sebab itu Pemuda PAS mengingatkan rakyat berhati-hati dengan perangkap konspirasi politik yang mungkin dilakukan pihak luar dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata beliau, jika benar tuduhan menyeleweng dana 1MDB berbilion ringgit yang dilemparkan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia satu keaiban kepada negara.

“Sebaliknya jika ia tuduhan palsu, maka negara akan terperangkap dalam suatu konspirasi politik yang melibatkan pemain luar yang pastinya mempunyai agenda dan kepentingan politik dan ekonomi.

“Ini bakal mengundang kerosakan yang lebih besar kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Nik Mohamad Abduh menyeru penyiasatan yang telus dan menyeluruh oleh badan berwajib bagi menjawab segala persoalan yang menghantui rakyat mengenai tuduhan oleh media asing, The Wall Street Journal tersebut.

Beliau dalam pada itu meminta jentera Pemuda PAS supaya sentiasa berwaspada dengan gelombang baru politik yang bakal wujud tidak lama lagi.

Menurutnya, persediaan menghadapi gelombang baru tersebut dengan mengambil kira beberapa cabaran yang berlaku dalam beberapa parti politik hari ini termasuk PAS.

“Seluruh kepimpinan Pemuda PAS di setiap peringkat wajar bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang tidak mustahil akan berlaku,” katanya. – mynewshub.cc

KIT SIANG, GUAN ENG BAPAK RASIS DAP MALAYSIA!!!

TERTANYA-tanya siapa yang mulakan tentang perkara-perkara RASIS di Malaysia hari ini? Adakah semua ini berpunca daripada orang Melayu yang sememangnya penduduk asal Tanah Melayu?

Jawapan yang banyak aku terima adalah SUDAH PASTI DAP!!!

DAP adalah punca rakyat Malaysia hidup tidak tenang dan tenteram sejak dahulu lagi.

DAP lah yang menyebabkan rusuhan kaum 13 Mei dan gerakan-gerakan perkauman dikalangan orang Cina.

Jika tanya kepada orang lama dalam masyarakat Cina, mereka tetap mengatakan yang DAP merupakan golongan parti RASIS di Malaysia.

Tak percaya???

Tepuk dada tanya hati.....


'TRANSKRIP PROSIDING' AUDIT NEGARA KEPADA PAC DIJUAL KEPADA MEDIA

Saya mempersoalkan bagaimana Wall Street Journal (WSJ) boleh menyiarkan sebuah 'Transkrip Prosiding' daripada Jawatankuasa Parlimen yang menyiasat 1MDB

Justeru saya yakin 100% bahawa ini bukan kes pembocoran maklumat tetapi ini 100% kes penjualan maklumat. 100% penjualan maklumat bermakna ada si penjual dan ada si pembeli. Bila ada si penjual dan ada si pembeli maka ini sudah pasti melibatkan wang ringgit. Oleh itu, saya mendesak agar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akaun semua ahli Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) dan jika terdapat jumlah meragukan maka perlu disiasat dari mana sumber transaksi wang tersebut.

Mengikut peraturan mesyuarat (standing order) Parlimen Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa keterangan yang diambil di hadapan sebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa ahli jawatankuasa atau oleh sesiapa jua. Maka tindakan WSJ itu dan mereka menjual maklumat adalah salah.

Jangan ada double standard. Ini bukan kali pertama WSJ menyiarkan maklumat dalaman. Saya bimbang ada sindiket yang mendapat maklumat rahsia negara melalui modus operandi pembelian maklumat dan ini perlu di banteras segera demi mengelak ancaman kepada keselamatan negara.

SIDANG MEDIA

DATUK DR. PUAD ZARKASHI
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Sunday, September 13, 2015

PECAT!! PAS KELANTAN BUAT SEMAKAN KEAHLIAN PARTI KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI!!

KERAJAAN Negeri Kelantan telah mengeluarkan surat arahan kepada seluruh jabatan di bawah pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kelantan supaya semua Pengarah membuat semakan terhadap kakitangan kerajaan negeri yang sudah bertukar parti.

PAS sebagai pentadbir kepada kerajaan Kelantan nampaknya begitu risau dengan penghijrahan beramai-ramai ahli PAS ke dalam Parti Amanah Negara yang di pengerusikan oleh Mat Sabu.

Nampaknya PAS amat berhati-hati kali ini agar tiada lagi musang berbulu ayam yang berada dalam pentadbiran kerajaan mereka.

Dan sudah pasti mana-mana individu penjawat awam kerajaan negeri akan diberikan notis berhenti kerja atau dipecat daripada jawatan yang disandang jika Pejabat Menteri Besar Kelantan mendapat maklumat bahawa individu berkenaan sudah berpaling arah.

Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan yang pantas bertindak membuang musang-musang yang bakal menghancurkan institusi kerajaan.

Semoga DS Najib mendapat petunjuk agar menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan penjawat awam yang tidak memihak kepada parti Barisan Nasional.....

Wednesday, September 9, 2015

DAP DESAK PKR TOLAK PAS DALAM PAKATAN RAKYAT 2.0

PKR digesa untuk sama-sama mengambil pendirian yang sama seperti DAP dalam menolak penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal dibentuk kelak. Itu kata Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong.

Gesaan Kok Seong adalah merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang nyata tidak bersetuju dengan cadangan menyisihkan PAS dalam gabungan pembangkang yang baru itu.

Kok Seong menganggap adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila bekerjasama dengan Amanah dan GHB, kemudian bekerjasama dengan PAS yang nyata katanya memungkiri janji untuk melaksanakan hudud di Kelantan.


Tambah Ahli Parlimen Rasah itu di sidang media di ibu pejabat parti berkenaan tengah hari semalam, tindakan menubuhkan PR 2.0 tanpa PAS adalah perkara yang wajar supaya PKR dan DAP dilihat penyokong sebagai sebuah parti yang berprinsip.

Azmin pula tetap bertegas dengan pendirian dengan menolak cadangan DAP yang mahu menyisihkan PAS daripada pakatan pembangkang baru yang dijangka dibentuk tidak lama lagi.

Pendirian parti ini turut disuarakan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya rasa dalam isu ini kita kena mempunyai pendirian yang jelas sebab jika Pakatan Rakyat tidak wujud lagi maknanya tiada lagi kerjasama antara PKR, DAP dan PAS.

“Jika PKR masih menganggap PAS sebagai sekutu mereka, mungkin itu pendirian mereka. Tetapi DAP jelas tidak akan bekerjasama dengan PAS dan hanya bekerjasama dengan Amanah dan PKR,” tegas Kok Seong lagi.

Melalui setiausaha agungnya semalam, DAP jelas menolak penglibatan PAS dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 berikutan hubungan PAS-DAP yang nyata tidak dapat diselamatkan lagi apabila parti Islam berkenaan mengisytiharkan DAP sebagai musuh mereka. - KLXPress

Tuesday, September 8, 2015

#DEIG : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR NAFI DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP BAYAR ZAKAT??

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menafikan yang syarikat milik Soffan kroni kepada Azmin Ali tidak mempunyai rekod pembayaran zakat kerana syarikat tersebut baru ditubuhkan dan belum cukup haul untuk membayar zakat.

Jadinya, kenapa dalam mock cheque yang dipegang oleh Sultan Selangor tertera logo DEIG yang memberi zakat kepada LZS berjumlah RM2,500,000.00 dalam satu majlis pada bulan Ramadhan lalu?

Ini yang menjadi persoalan kepada Azmin agar menjawab dengan jujur. Sebenar-benarnya berapa lamakah usia DEIG tersebut?

Kenapa tidak diumumkan kepada rakyat Selangor yang semakin gelisah dengan gerakan menyamun harta rakyat Selangor??

Azmin yang sebelum ini menafikan yang beliau membisu bila diajukan tentang syarikat Sdn Bhd DEIG yang di uruskan oleh kroninya Soffan masih terus membisu untuk menjawab soalan yang kerap dilontarkan oleh YB Budiman, Setiausaha ADUN BN Selangor.

Mohon Azmin menjawab!!!

MELAMPAU!! MEREKA SEMAKIN RASIS DENGAN ISLAM!!!

SIAPA yang rasis sebenarnya? Siapa yang memulakan api perkauman sebenarnya???

Ini yang kita katakan cacing sudah naik ke mata.... Apabila 'mereka-mereka' ini dibiarkan, nampaknya semakin menjadi-jadi pulak sikap perkauman yang menebal dalam diri 'mereka'.

Adakah salah sebuah negara yang mana Islam sebagai agama rasminya dipersoalkan hak dan keistimewaannya??

Kalau sudah tak berkenan sangat dengan Malaysia, mohon 'mereka' ini keluar dari Malaysia dengan sendiri.

Jangan sampai 'mereka' kena halau!!!!

Ada jawapan? Tepuk dada tanya iman.....