Konco-konco ku

Friday, July 31, 2015

AZMIN SOKONG PARTI HARAPAN BARU BERSAMA PR!! #GHB

MENTERI Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini menegaskan yang beliau bersedia untuk menerima Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk bersama-sama dengan pakatan rakyat dalam menumbangkan UMNO/BN pada pilihanraya akan datang.

Menurut Azmin, pakatan tiada halangan untuk mana-mana parti atau NGO bersama dengan mereka (PKR,DAP) asalkan matlamat mereka selari dengan dasar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua parti.

Manakala Pas menerusi Mursyidul Am nya, Haron Din tidak menyokong GHB kerana gerakan itu bakal merosakkan matlamat mereka bersama untuk menumbangkan UMNO di Malaysia.

Haron Din juga berkata Pas sedia untuk keluar daripada pakatan jika PKR, DAP menerima parti baru tersebut ke dalam gabungan pembangkang.

Konflik antara pembangkang semakin berkecamuk dengan penubuhan GHB yang jelas merosakkan hubungan baik antara mereka selama ini.

Dalam pada itu, ramai juga ahli Pas yang telah keluar parti samada untuk menyertai PKR, DAP atau Gerakan Harapan Baru.

Ahli Pas sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas sedia ada kerana dilihat menjadi kuno dan terkebelakang untuk mencapai hasrat bersama.


Thursday, July 30, 2015

BEKAS CALON PKR SABAK BERNAM SERTAI DAP!!!

PARAH! Ini lah bahana bercakap berlebih-lebihan kata PKR, PAS baik sangat dan suci. Tengok sekarang, satu per satu pemimpin yang pernah mereka agongkan satu masa dulu sudah berpaling arah bernaung di bawah DAP.

Pakar Undang-undang yang juga bekas calon Ahli Parlimen Sabak Bernam pada PRU13 lalu yang bertanding dibawah tiket PKR sebentar tadi menyertai DAP dan menolak PKR sebagai sebuah parti yang kononnya untuk rakyat.

Dr. Aziz Bari yang juga bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa mengumumkan penyertaannya ke dalam parti DAP sebagai salah satu hijrah kerana PKR dilihat sudah tidak mempunyai masa hadapan dan hilang matlamat asal.

Mujur pengundi Sabak Bernam tidak memilih Aziz Bari, kalau tidak sudah pasti bertuankan DAP.

LAGI PIMPINAN TERTINGGI DEWAN PEMUDA PAS LETAK JAWATAN!!

PIMPINAN TERTINGGI DEWAN PEMUDA PAS LEMBAH PANTAI (DPPLP) SESI 2015/ 2017 LETAK JAWATAN

Adalah dimaklumkan bahawa kami, kepimpinan tertinggi di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengambil keputusan untuk meletakkan seluruh jawatan parti yang disandang berkuatkuasa serta-merta. Keputusan perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini.

Bagaimanapun, pihak kami akan terus komited dan bertekad untuk meneruskan agenda perjuangan kebajikan rakyat berteraskan prinsip Islam khususnya untuk rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang dialog samada secara tertutup atau terbuka dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendirian dan keputusan terkini pihak kami ini.

Serentak dengan perletakan jawatan ini, jawatan Ketua Pemuda akan dipangku oleh Ust Mohd Fadhlullah bin Ismail dan kekosongan jawatan lain juga akan diumumkan lanjut kemudian.
Sekian.

(1) Mohd Hafiz bin Habil (Ketua Pemuda)
(2) Muhamad Fadzil bin Ahamad (Naib Ketua Pemuda)
(3) Nik Abdul Razak bin Nik Md Ridzuan (Ketua Penerangan)
(4) Mohd Zulfadhli bin Zulkifli (AJK Pemuda)
(5) Mohd Zulnazmi bin Zulkifli (AJK Pemuda)

P/S: Konflik dalam PAS sendiri nampaknya semakin teruk dengan perletakkan jawatan pemimpin tempatan yang dikatakan gagal menangani masalah yang berlaku antara PAS dan DAP/PKR. Jadi tidak mustahil selepas ini akan ramai lagi meninggalkan PAS.

HOTEL BRISDALE MILIK PENUH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DILELONG!!!

SELEPAS Kompleks PKNS, Wisma Yakin, Hotel Quality dan beberapa lagi bangunan kerajaan negeri Selangor dijual, terbaru Hotel Brisdale milik negeri Selangor pula menjadi mangsa penjualan aset kerajaan negeri.

Nampaknya semakin malanglah rakyat Selangor semenjak pakatan memerintah. Habis semua aset kerajaan negeri dijual dengan sewenang-wenangnya.

Sedangkan nak menjadi sebuah negeri pun hingga terpaksa menjual semua aset yang sudah bertahun dipertahankan, ini kan pula nak memerintah negara Malaysia?

Agak-agak Menara KL dan Menara Berkembar Kuala Lumpur pun akan tergadai.

Berfikir dan bertindak.

Wednesday, July 29, 2015

BAHAGIAN SUNGAI BESAR PULA BATAL JEMPUTAN MUHYIDDIN SEBAGAI PERASMI

SELEPAS UMNO Bahagian Raub membatalkan jemputan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO sebagai perasmi mesyuarat 2 hari yang lalu, kini UMNO Bahagian Sungai Besar pula mengambil langkah yang sama membatalkan jemputan mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut. 

Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Besar yang sepatutnya diadakan pada 30 Ogos akan datang terpaksa membatalkan jemputan terhadap Muhyiddin Yassin selepas perbincangan dengan pihak pengurusan UMNO Bahagian Sungai Besar.

Pengganti sebagai perasmi masih dalam perbincangan dalaman.




Tuesday, July 28, 2015

PAS JOHOR BAKAL HILANG KERUSI DUN SELEPAS TUBUH PAKATAN 2.0

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor akan bertanding lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. 

Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim berkata, setakat ini sebanyak tiga kerusi DUN telah dikenal pasti iaitu Gambir (Parlimen Ledang), DUN Puteri Wangsa (Parlimen Tebrau) dan DUN Permas (Parlimen Pasir Gudang) 

“Ini bermakna, PKR Johor akan kekal bertanding di 12 kerusi Parlimen dan bersedia untuk bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 56 kerusi DUN,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin. 

Hassan berkata, kerusi yang ditandingi pada PRU13 iaitu 12 kerusi Parlimen dan 12 kerusi akan dipertahankan. 

Katanya, PKR Johor bakal menampilkan lebih ramai pimpinan muda yang mempunyai pelbagai latar belakang dan bangsa yang lebih progresif di mana mereka bersedia untuk memimpin dan membawa perubahan khususnya di negeri Johor pada PRU14. 

Dia berkata, selepas Pakatan Rakyat berkubur, PKR Johor sedia mewujudkan kerja sama politik dengan mana-mana parti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bersedia melawan UMNO/ Barisan Nasional.

ZAHID HAMIDI DILANTIK TIMBALAN PERDANA MENTERI #KabinetRombak

SAH! Akhirnya PM Najib membuat tindakan paling drastik dengan menggantikan TS Muhyiddin Yassin dengan DS Zahid Hamidi.

Senarai penuh menteri-menteri yang terlibat dalam rombakan kabinet yang diumumkan sebentar tadi yang berkuatkuasa 29 Julai 2015

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan - Dato' Sri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Luar Bandar - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri MITI - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri MITI - Datuk Ahmad Maslan
Menteri Pertanian & Industi - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Azalina Othman Said, Datuk Mah Siew Keong, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim
Menteri Pendidikan - Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri KPDNKK - Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar - Datuk Dr Wan Junaidi Wan Othman
Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Luar - Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar - Datuk Reezal Merican Naina Merican
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan - Datuk Seri S Subramaniam
Menteri Komunikasi & Multimedia - Dato' Seri Mohd Salleh Keruak
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan - Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri di Pejabat Perdana Menteri - Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi - Datuk Wilfred Madius Tangau
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Richard Riot
Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor




AKHIRNYA NAJIB IKUT NASIHAT TUN DR. MAHATHIR

TSUNAMI rombakan kabinet semakin dirasai. Khabarnya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai Perdana Menteri, DS Najib bakal merombak semula kabinetnya tidak lama lagi.

Jika benarlah bagai dikhabarkan. Ini bermakna DS Najib mengikut saranan dan nasihat daripada mantan PM, Tun Dr. Mahathir agar buang orang yang tidak menyokong kepimpinan beliau.

Jadi, tidak ada salah rasanya.

Mungkin ini jalan terbaik jika benar DS Najib mahu meneruskan pentadbiran kerajaan dengan lebih lancar dan tanpa masalah.

TS Muhyiddin juga tidak sepatutnya mengutarakan semula kes yang sedang disiasat secara terbuka semasa perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras pada Ahad lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh TS Muhyiddin senada dengan apa yang diucapkan semasa dalam kursus Keris2314 di Janda Baik, Pahang beberapa bulan lalu.

Apa-apa pun kita sama-sama menunggu pengumuman yang bakal dibuat oleh DS Najib tidak lama lagi.


Monday, July 27, 2015

'MELAYU MALAS DAN BODOH, OTAK FIKIR SEKS SAHAJA' - JAYDEN CHEAH

LAMA sangat orang Melayu berdiam diri dan bersabar dengan cacian serta penghinaan oleh kaum Cina sekarang ini. Berbakul-bakul makian yang ditelan oleh orang Melayu tanpa serang balas. Namun, kesabaran ada hadnya. Sampai bila orang Melayu nak bersabar?

Minggu lalu, seorang kaum Cina dengan selamba menghina orang Melayu dengan gelaran yang amat menyakitkan hati. Antara isi ucapannya di dalam WeChat milik peribadinya adalah 'Selamat Hari Raya Babi Melayu', 'Babi Melayu Kalau Mahu Mati, Marilah, Saya Pandai Potong Babi' dan 'Melayu Malas dan Bodoh, Otak Fikir Seks Sahaja'.

Individu ini yang dikenali dengan nama Jayden Cheah yang juga pemilik kedai menjual racun dan baja kepada petani di Sungai Besar telah membuat laporan polis setelah printscreen ucapannya di WeChat telah tersebat dan menafikan beliau yang melakukannya dan menuduh orang lain hack akaun WeChatnya.

Sabtu lalu, UMNO Bahagian Sungai Besar diketuai oleh Ketuanya Datuk Jamal bersama beberapa NGO di Sungai Besar telah membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya akan diambil.

Pelik! Jika benar akaun WeChat Cina Celaka ini di hack, bagaimana segala ucapan yang ditulis telah dipadam daripada akaunnya sendiri?

Jangan fikir orang Melayu ini bodoh! Ingat orang Melayu tak ada yang mahir bab teknologi?

Jangan bermain dengan api.... 



Tuesday, July 14, 2015

PAS PERLU BERUNDUR DARI KERAJAAN SELANGOR & PENANG!!!

SARANAN Mapus Omar berkenaan sikap hipokrit Pas Selangor dan Pulau Pinang yang masih berada dalam kerajaan PKR, DAP tanpa merasa bersalah selepas Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini mengumumkan memutuskan hubungan mereka dengan DAP kerana beberapa isu yang tiada penghujungnya.

Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat yang juga calon kalah dalam pemilihan Pas baru-baru ini berkata sedemikian kerana Mapus melihat satu ancaman kepada keutuhan kerajaan PRK Selangor dan DAP Pulau Pinang jika Pas masih lagi bersama dan tanpa segan silu mentadbir bersama.

Dalam perkara lain juga Mapus yang juga ahli Gerakan Harapan Baru iaitu parti serpihan Pas yang akan bertahaluf siyasi bersama DAP, PKR untuk mewujudkan Pakatan Rakyat 2.0 selepas Majlis Presiden PR dijangka akan menyingkirkan Pas daripada pakatan mereka.

Parti Gerakan Harapan Baru yang diketuai oleh Mat Sabu dilihat akan menggantikan Pas dalam PR 2.0 seterusnya akan bertindak sebagai sebuah parti Islam liberal dan menolak hudud sebagai tanda persetujuan bersama DAP.

Cuma nak tanya sekali lagi. Pas Selangor, Pulau Pinang tak rasa malu ke masih ada dalam kerajaan yang tidak mahu mereka berada sekarang ini?

TONY PUA RANCANG FITNAH 1MDB BERSAMA XAVIER JUSTO DI SINGAPURA!!

Sarawak Report marah Singapura kerana intip konspirator fitnah ke atas 1MDB

Sarawak Report nampaknya begitu marah kepada Singapuran selepas Malaysia Today mengeluarkan laporan bahawa "pihak Polis Thai telah dapat pengesahan dari 'Director of International Cooperation’ Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Clare Brown di hotel Fullerton, Singapura".

Menyedari jejak mereka sedang dihidu dan diikuti oleh jaringan Interpol, SR segera menerbitkan artikel menghentam Singapura bertajuk "Singapore - A Sin City Who Spies On Foreign Journalists While Hiding Stolen Billions?".

Reaksi SR ini difahami kerana bermula dengan Justo, satu demi satu konspirator yang berkaitan dengan fitnah terhadap Petrosaudi mula didedahkan dan disiasat.

Dalam hal ini, SR tidak wajar menyalahkan jaringan Interpol Singapura kerana semuanya bermula dengan laporan palsu SR ke atas Petrosaudi. Sebagai syarikat yang difitnah SR, Petrosaudi telah membuat laporan kepada Jabatan Jenayah dan Penipuan Siber, Polis London dan susulannya siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa UK dengan kerjasama jaringan antarabangsa mereka.

Bolehkah rakyat Malaysia, Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat mengesahkan bahawa mereka tidak bertemu Justo dan Clare di Hotel Fullerton Singapura seperti dakwaan polis Thailand?

Bolehkah Clare sahkan dia tidak berjumpa Tony Pua dan 'The Edge'? 

PAS KECEWA MAT SABU PENGKHIANAT UTAMA DALAM JEMAAH!!

AKHIRNYA harapan DAP untuk melihat Pas berpecah termakbul apabila beberapa hari lepas satu lagi parti Islam seperti Pas telah ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin liberal Pas yang kecewa kerana kalah dalam pemilihan Pas Pusat.

Atas dasar kecewa yang teramat sangat, maka DAP memainkan peranannya dengan memberi dana khas kepada kumpulan ini untuk menubuhkan parti Islam baru bagi menyaingi Pas yang dikuasai oleh team Ulama'.

Mat Sabu yang kalah Timbalan Presiden Pas kepada Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Presiden pertama Parti Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Parti HaRu.

Tahniah Pas kerana telah memecahkan lagi orang Melayu!

Monday, July 6, 2015

RONNIE LIU ADAKAN PERJUMPAAN SULIT BERSAMA AHLI PAS AKAR UMBI!!

MAKLUMAT yang diperolehi oleh salah seorang sahabat di Kuala Selangor mengatakan yang Ronnie Liu, bekas Exco DAP Selangor baru-baru ini ada membuat pertemuan dengan beberapa orang ahli Pas Kuala Selangor untuk memujuk mereka supaya meninggalkan Pas dan berjuang bersama G18 yang kini sudah bersama DAP.

Turut kelihatan bersama semeja adalah Naib Ketua Dapsy Subang, Syefura Othman (Rara) dan beberapa orang anak muda Melayu yang dipercayai adalah ahli DAP.

Pertermuan Ronnie Liu kedengaran lebih terarah kepada kelangsungan hidup politik DAP dan PKR dalam menerajui Selangor agar terus berkekalan untuk mereka. Manakala Ronnie menasihatkan kepada ahli Pas ini supaya teruskan menyokong DAP walaupun sebagai ahli Pas.

Beberapa isu seperti masalah air di Selangor juga turut disebut dalam pertemuan mereka. Ronnie mendakwa kerajaan Selangor dibawah Azmin tidak dapat menyelesaikan masalah air kerana Azmin hanya pandai berjanji tapi tak pandai buat kerja.

Masalah air akan menjadi isu besar kepada Selangor dan merupakan antara penyebab PKR akan kalah teruk di Selangor pada PRU akan datang.

Ya! Memang isu air menjadi masalah kerana keegoan Azmin serta pemimpin DAP yang hanya pandai berjanji tanpa ditunaikan. Rakyat Selangor menjadi mangsa.

Friday, July 3, 2015

FITNAH! DANA 1MDB MASUK TERUS KE AKAUN PERSONAL PM!!

Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri. Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.

Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa  dokumen yang ‘dibocorkan’ yang mana beberapa media tertentu, dan blog-blog online seperti Sarawak Report, telah gunakan untuk mengelirukan masyarakat dan memberikan justifikasi untuk dakwaan palsu terhadap syarikat dan kerajaan.

Berdasarkan laporan-laporan akhbar, dokumen-dokumen ini didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh seorang individu – yang kini ini ditahan di sebuah negara asing – untuk  memeras ugut bekas majikannya.

Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini, yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap  1MDB.

1MDB kini sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara. Pihak-pihak berkuasa ini mempunyai semua maklumat berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan seterusnya dan bergegas untuk menghakimi perkara tersebut.