Konco-konco ku

Tuesday, June 2, 2015

#MUKTAMARPAS : AHMAD AWANG SUSUN STRATEGI KOTOR KALAHKAN HADI AWANG!!

FITNAH, WANG menjadi taruhan dalam pemilihan Pas kali ini. Team Ahmad Awang yang dicalonkan sebagai Presiden PAS telah memulakan langkahnya dengan memanggil beberapa orang kuat dan berpengaruh dalam PAS supaya perwakilan PAS yang hadir akan memberi undi kepada beliau.

PAS Selangor khususnya dikhabarkan akan mengundi Ahmad Awang sebagai Presiden menggantikan Hadi Awang yang dikatakan dilihat sudah mula menyokong UMNO dengan beberapa tindakan yang golongan liberal ini menganggap sebagai BODOH!

PAS Pulau Pinang juga dikatakan akan menyokong kepimpinan baru Presiden parti dan seterusnya akan menyingkirkan Hadi Awang dan beberapa orang lagi yang dilihat tidak bersama DAP dalam segala keputusan. Malah PAS Pulau Pinang juga sebulat suara menolak kepimpinan Hadi Awang atas nama survival politik Pakatan Rakyat.

Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS telah memulakan wayangnya bersama dengan kumpulan PasMa untuk menyingkirkan sesiapa sahaja yang menolak kerjasama antara PAS dan DAP. Dengan menggunakan PAS Kedah, Mat Sabu dilihat bakal mengekalkan kerusi Timbalan Presiden dan akan membantu Ahmad Awang dalam pemilihan kali ini.

Walaupun Suhaizan Kayat, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dilihat flip-flop atas sokongan kepada Hadi Awang. Namun, Dewan Pemuda PAS juga telah mengarahkan kepada semua perwakilan supaya memilih Ahmad Awang sebagai ketua yang baru atas dasar tahaluf siyasi dalam pakatan.

Hakikatnya, PAS semakin berserabut dengan pertanding antara golongan Ulama' dan Liberal yang diketuai oleh Mat Sabu.

PKR dan DAP juga menyatakan sokongan mereka kepada Ahmad Awang dengan berselindung disebalik Khalid Samad dan Dzukefli Ahmad.

5 comments:

  1. Habis hudud nak bawa ke mana?

    ReplyDelete
  2. Akhirnya golongan liberal akan menguasai PAS. Selamat tinggal golongan ulama yang dicintai.

    ReplyDelete
  3. Dan dengan sendirinya berkubur hudud . Aku berani jamin yg bn akn kalah pru akan datang ni

    ReplyDelete
  4. Atau BN lebih bernasib baik kalau golongan Liberal menang kerana Hudud sudah tidak boleh dijadikan barang dagangan politik PAS. Selama ini kalau tanya orang PAS sebab apa sokong PAS. Mereka akan jawab Hudud.

    ReplyDelete
  5. Selepas muktamar PAS lebih ramai Melayu akan menyokong UMNO tetapi Najib harus berundur.

    ReplyDelete

comment please.....