Konco-konco ku

Saturday, March 29, 2014

BN MENANG DI BALINGIAN, MAJORITI BERTAMBAH!! #PRKBALINGIAN

TAHNIAH dan syabas kepada YB Yussibnosh Balo yang menang bergaya dengan undian sebanyak 8,194 dan memperolehi penambahan undi majoriti berbanding Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada PRN Sarawak yang lalu.

Ini sekaligus memalukan calon PKR dengan susutan undi yang teruk.

Ternyata orang Sarawak menolak calon PKR kerana mereka sudah dapat lihat siapa pemimpin PKR di dalamnya yang penuh busuk dan hipokrit.

Tahniah sekali lagi.

Thursday, March 27, 2014

SELANGOR BAKAL TERIMA MENTERI BESAR SELANGOR BARU!!

SPEKULASI pertukaran Menteri Besar Selangor terus mendapat minat rakyat Selangor apabila perkara itu dibangkitkan semula selepas Jijah memenangi kerusi Dun Kajang pada 23 Mac yang lalu. Ini berikutan cakap-cakap belakang yang didengari sendiri daripada beberapa orang pemimpin kanan Majlis Pimpinan Negeri seperti Azmin dan Zuraida yang mahukan Khalid diturunkan daripada kerusi Menteri Besar.

Jijah sebelum ini menegaskan yang beliau tidak akan menduduki kerusi MB bagi menggantikan Khalid namun cakap politik siapa yang boleh pakai. Seperti juga ayat Anwar sebelum meletakkan calon di Kajang, beliau berkata beliau tidak akan bertanding tapi masih juga meneruskan bertanding di Kajang sebelum dijatuhkan hukuman liwat oleh mahkamah.

Selepas berakhirnya PRK Kajang minggu lalu, Azmin dan Zuraida adalah orang yang beriya-iya mahu memastikan karier politik Khalid ditamatkan lalu digantikan dengan Presiden PKR itu. Khalid juga sudah memberi amaran kepada pemimpin pakatan supaya tidak masuk campur dalam urusan negeri kerana Azmin dan Zuraida tidak mempunyai tempat di SUK.

Dikatakan juga satu usul khas akan dibawa dalam sidang Dun Selangor bulan hadapan antaranya adalah Azmin atau mana-mana kem Azmin akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Khalid supaya sidang Dun Selangor bersepakat agar Khalid tersingkir dari kerusi MB.

Dendam lama Azmin tidak akan terlangsai selagi Khalid memerintah negeri Selangor. Dengan sokongan yang diterima daripada Zuraida (Ampang) dan Abdullah Sani (Kuala Langat) malah dibantu oleh Rafizi (Pandan), kumpulan Azmin akan terus mendesak Khalid supaya meninggalkan kerusi MB dengan cara terhormat.

Maklumat yang diperolehi lagi, PKR Selangor telah berpecah teruk dengan terbahagi kepada 3 kumpulan. Kumpulan Khalid, kumpulan Azmin, dan kumpulan Rafizi yang masing-masing punyai peranan bagi memutuskan siapa yang layak duduk di kerusi MB.

Sama-samalah kita nantikan apa yang terjadi pada Sidang Dun Selangor bulan April ini.

Friday, March 21, 2014

#PRKKAJANG SAKSI SEBUAH JANJI - BUDIMAN

ORANG tua memang cukup arif dalam hal berkaitan janji. Sebab itu wujud pepatah, ‘kalau kerbau dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janji’. Manusia yang berjanji tetapi tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan ialah golongan yang tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti. Golongan seperti ini sememangnya tidak layak untuk bergelar pemimpin.

Pada Januari 2011, sekumpulan 2,020 orang ibu tunggal telah memfailkan saman menuntut kerajaan pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor supaya menunaikan janji yang terkandung di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008. Janji mereka, jika pakatan menang maka ibu-ibu tunggal di Selangor akan diberikan elaun bulanan.

Nasib mungkin menyebelahi kerajaan Selangor kerana walaupun Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman tersebut, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 13 Mei 2013 memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Malah dalam afidavit balasnya kerajaan pakatan Selangor menyatakan bahawa manifesto bukanlah suatu janji tetapi cuma pernyataan biasa sebuah parti politik.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Abdul Khalid supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A. Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Abdul Khalid bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang sehingga membolehkan seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya untuk menuntut penguatkuasaan manifesto tersebut. Mahkamah kemudiannya memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Abdul Khalid.

Kes di atas adalah satu daripada beberapa contoh janji-janji kerajaan pakatan Selangor yang ditabur semasa PRU-12. Namun setelah berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor, sebahagian besar daripada janji tersebut hanya tinggal janji. Selain pemberian elaun kepada BACA LAGI DI SINI

Wednesday, March 19, 2014

CINA, INDIA SUDAH SEDAR! MELAYU MASIH BODOH!!

MALAM tadi bertempat di Stadium Kajang di atas pentas ceramah Karnival Rakyat anjuran Kerajaan Negeri Selangor dalam jelajah kempen PRK Kajang, Ahli Parlimen Lumut dari PAS mengutarakan isu pedas berkenaan sokongan orang Melayu yang masih tidak berpihak kepada pakatan haram kerana jolokan rasuah yang diberikan oleh UMNO.

Fitnah. Fitnah. Fitnah.

Itulah isu yang kerap dibawa oleh pemimpin pakatan tidak kira dari PAS, PKR, mahupun DAP yang terus-terusan memainkan isu keburukan dan fitnah terhadap parti lawan mereka iaitu Barisan Nasional.

Oleh kerana mereka melihat orang Melayu masih kurang mengundi pakatan haram, maka Laksamana (B) Hj. Imran, bekas Pegawai Tinggi TLDM berkata yang ORANG MELAYU MASIH LAGI BODOH!!!

Orang Melayu tidak bodoh! Orang Melayu tidak perlu sokong pakatan untuk terus hidup!

Orang Melayu pandai kerana tidak terdesak mengundi pakatan kerana mereka sedar, parti dalam pakatan hanyalah untuk orang-orang yang terdesak untuk berkuasa.

Tuesday, March 18, 2014

JIJAH LARI DARI PENIAGA GERAI MAKAN KELAHIRAN PERMATANG PAUH!! #PRKKAJANG

SATU episod hitam bagi Jijah apabila siang tadi bertempat di sebuah gerai makan popular di Sungai Kantan yang menyajikan kari ikan bawal, rombongan Jijah lari lintang pukang dan terkaku bersama jentera kempen yang lain apabila ditegur pemilik kedai yang asalnya orang Permatang Pauh.

Beliau mengatakan yang Jijah kenal beliau namun apabila pemilik gerai itu mempertikaikan sumbangan Jijah di Permatang Pauh satu masa dulu selaku Ahli Parlimen, apa yang Jijah buat untuk orang Melayu terutama para peniaga Melayu di sana?

Akibat dihalau dari Pulau Pinang, beliau berhijrah mencari rezeki di Kajang. Kebetulan Jijah bertanding, memang kenalah buku dengan ruas.


AYAM HARGA RM1 MARAH, ANWAR LANGGAN 'AYAM' OK PULAK!!

HAIRAN mentaliti rakyat Malaysia yang terlalu mengikut emosi dan kata orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu sehingga menjadi fitnah besar dalam komuniti kita sekarang ini.

Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial mengenai PM yang membeli ayam dengan harga RM1. Apa masalahnya kalau PM beli ayam dengan harga RM1 pun? Apa yang hairannya apabila sebuah pasaraya yang dilawati DS Najib mengadakan promosi RM1 pada 1000 ekor ayam yang pertama.

NSK Trade City, sebuah pasar raya barang kering dan basah antara terbesar di Malaysia pada hari yang sama PM datang mengadakan promosi luar biasa apabila memberikan diskaun ayam RM1.

Macam jugalah di pasar raya-pasar raya lain seperti Tesco, Giant mahupun Mydin turut pernah membuat promosi GILA seperti yang dilakukan oleh NSK. Ada masalah ke?

Cukup-cukuplah memfitnah PM. Banyak sangat dah ke pahala?

Monday, March 17, 2014

#PRKKAJANG DICEMARI TARIAN NAFSU!!

DALAM kehangatan kempen bagi meraih sokongan pengundi di Dun Kajang, tidak kira sama ada BN mahupun PKR tidak menang tangan bagi mengesan pengundi di setiap pelosok kampung dan pekan bagi memastikan calon masing-masing menang.

Pelbagailah program-program yang diaturkan kedua-dua belah pihak. Jika program BN lebih kepada mendekati pengundi dengan program ceramah dan touch-point atau house to house, program PKR nampaknya lebih menjurus kepada program hiburan.

Tidak menghairankan apabila program hiburan yang dianjurkan oleh pakatan ini terlah berjaya menarik minat pak lebai PAS untuk hadir bersama memeriahkan suasana. Memandangkan ahli PKR tidak ramai di Kajang, khalayak terpaksa diimport dari ahli PAS dengan dijanjikan hidangan sedap-sedap.

Nyanyian penyanyi dari genit dengan pakaian separuh bogel menghangatkan suasana. Program anjuran DAP ini yang bertempat di Sungai Chua pada malam semalam berjaya menarik kehadiran 1000 orang dengan 45% yang hadir adalah ahli PAS.

Hairan apabila Malaysia masih bersedih dengan kehilangan MH370. Pihak kerajaan negeri Selangor sanggup menghabiskan duit rakyat untuk hiburan mereka semata-mata.

Inilah tahaluf siyasi yang mereka perjuangkan selama ini. 

KENAPA ANWAR TAK SAMAN TABLOID DAILY MAIL?? #MH370

HAIRAN apabila sebuah akhbar tabloid dari United Kingdom, Daily Mail menuduh Anwar terlibat dalam siri kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum ditemui.

Pelbagai teori sama ada menggunakan teknologi canggih dan terkini hinggalah kepada menggunakan bantuan bomoh dan pakar psikik bagi membantu kerajaan Malaysia mencari dan menyelamatkan penumpang pesawat ke Beijing itu.

Jika sebelum ini Anwar kerap menyaman akhbar dalam Malaysia yang dikatakan memfitnahnya, tetapi apabila sampai akhbar luar negara mungkin memfitnahnya, kenapa Anwar terus mendiam seribu bahasa dan hanya melalak atas pentas ceramah Kajang?

Tidak mahu membuat spekulasi tetapi KEBETULAN pesawat itu hilang sehari selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Malah mungkin juga kebetulan Tian Chua dalam akaun Twitternya mengatakan kerajaan dipimpin Najib ini akan TUMBANG dalam masa 5 BULAN.

Apakah kaitan antara hukuman kes liwat Anwar dengan status Tian Chua?

Adakah selepas 5 bulan kerajaan piminan Najib akan tumbang, maka selepas itu barulah pesawat MH370 akan muncul?

Agenda siapa pula yang merancang tragedi ini?

Yang penting marilah kita berdoa semoga penumpang pesawat dalam keadaan baik.

KETUA PEMUDA UMNO SUNGAI KANTAN, KAJANG MASUK PKR?? #PRKKAJANG

KELMARIN, semasa ceramah PKR di Stadium Kajang nama Mohd Faisal Ariffin, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kantan Peringkat 3 diumumkan menyertai PKR setelah dikatakan kecewa dengan kepimpinan UMNO Bahagian Hulu Langat.

Panas Pilihan Raya Kecil Dun Kajang semakin memuncak apabila fitnah yang disebarkan oleh pihak pakatan menjadi-jadi tanpa memikirkan hati dan perasaan mangsa yang difitnah.

Mohd Faisal yang juga Bendahari Pemuda UMNO Hulu Langat itu berkata nama beliau disebut bersama 100 orang yang dikatakan akan menyertai PKR Hulu Langat dihadapan lebih 300 pengunjung tapak Karnival Rakyat di Stadium Kajang tersebut.

Betapa terdesaknya pakatan untuk meraih undi simpati kepada Jijah sehingga sanggup menabur fitnah yang keterlaluan. Betapa tertekannya jentera kempen Jijah apabila mengetahui yang jentera BN semakin hebat melangkah menghampiri tarikh pembuangan undi pada 23 Mac ini.

Mohd Faisal juga mencabar individu yang mengumumkan namanya masuk PKR supaya bersemuka dengan beliau dengan tidak berselindung kerana ini melibatkan maruahnya.

Beliau turut mengatakan yang beliau tidak akan berganjak dan keluar dari UMNO malah amat mustahil untuk beliau menyertai PKR yang ternyata menjadi medan berkumpulnya anak beranak Anwar dan penyangak politik.

Sunday, March 16, 2014

JIJAH PERLEKEHKAN TINDAKAN MALAYSIA CARI #MH370

KES kehilangan pesawat penumpang Boeing 777-200 MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) belum lagi menemui jalan penyelesaian apabila sudah 9 hari kehilangannya masih menjadi tanda tanya.

Namun yang menghairankan, apabila isu kehilangan MH370 kerap dimainkan dan diputarbelitkan oleh pihak PKR yang umpama mempermainkan dan memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia yang sudah menghantar pasukan penyiasat daripada ATM untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Di atas pentas ceramahnya 2 hari lalu di Stadium Kajang, Jijah dalam ucapannya ada menyebut yang kerajaan Malaysia di bawah Najib adalah pentadbiran paling lembab dalam dunia. Negara lain masing-masing sudah menghantar bantuan ketentaraan untuk mencari pesawat yang hilang, tapi Malaysia hanya menghantar bomoh untuk usaha mencari dan menyelamat.

Bagaikan tidak meyakini keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia. Penghinaan secara terang terhadap Angkatan Tentera Malaysia dengan bantuan dari Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dilakukan di hadapan lebih seribu penyokong PKR.

Tindakan Jijah menghina kerajaan sekaligus menghina peranan ATM dalam ceramah beliau ternyata punyai maksud mendalam. 

Cuma hendak bertanya kepada Jijah dan penyokong PKR. Di manakah sikap patriotik kalian?

Lebih elok Raja Bomoh datang ke KLIA untuk memberi pendapat dan membantu mencari mangsa MH370 daripada Jijah yang hanya tahu mencerca dan menghina segala usaha orang ramai dalam kes pencarian ini.

TERKINI: 2 JENTERA POSTER BN TERLIBAT KEMALANGAN

Dua orang jentera poster bagi pihak Barisan Nasional mengalami kemalangan pada jam 4.00 pagi tadi berhampiran Kantan Permai semasa bertugas memasang poster dan bendera BN di sekitar Pusat Daerah Mengundi Kantan Permai, Saujana Impian, Kajang dalam tugas kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Mangsa masih di rawat di Hospital Kajang di wad kecemasan. Kemalangan yang melibatkan motosikal ini adalah yang pertama berlaku sepanjang tempoh berkempen selepas penamaan calon pada 11 Mac 2014 lalu.

Salah seorang mangsa kemalangan, Muhammad Firdaus dikejarkan ke ICU kerana mengalami ‘partial memory lost’ akibat hentakan di kepala.


p/s: Lainkali hati-hati lah dik. Janganlah sampai membahayakan keselamatan diri masing-masing. Berkempen, berkempen juga keselamatan kena diutamakan. Bukan hanya rakyat diutamakan.

Friday, March 14, 2014

IKRAR CHEW MEI FUN BERTEPATAN DENGAN RAKYAT KAJANG!! #PRKKAJANG

PAGI tadi bertempat di Bilik Gerakan Induk MCA, Sungai Chua, calon BN Dun Kajang Chew Mei Fun telah menyatakan ikrar janjinya kepada rakyat Kajang yang beliau akan laksanakan jika diberi peluang untuk berkhidmat kepada penduduk Kajang.

Kita sedia sedar yang walaupun Dun Kajang dimenangi oleh BN memang tidak akan mengubah apa-apa malah tidak mengganggugugat langsung pentadbiran negeri Selangor. Namun dengan pemilihan Chew Mei Fun sebagai wakil rakyat, ternyata 'check and balance' dalam kerajaan negeri di antara pihak kerajaan dengan pembangkang dapat distabilkan sedikit dengan pungutan satu suara atau undi di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Antara janji Chew Mei Fun adalah memperkuatkan 'check and balance' terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Sekurang-kurangnya satu lagi suara pembangkang di Selangor akan bertambah malah dalam pembangkang ada juga wakil orang Cina berbanding 12 wakil rakyat BN sekarang ini yang kesemuanya adalah wakil orang Melayu.

Membetulkan masalah hal ehwal tempatan. Masalah-masalah tempatan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan pusat dapat diselesaikan dengan mudah kerana jika Chew Mei Fun dipilih di Kajang, satu jambatan yang menghubungkan antara penduduk Kajang dengan kerajaan pusat dapat didengari dan disempurnakan.

Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yang konstruktif. Seperti yang disebut di atas, pembangkang hanya mempunyai 12 orang wakil sahaja di dewan dan semuanya adalah dari kaum Melayu, jika Chew Mei Fun ada bersama sudah pasti suara orang Kajang dan kaum Cina didengari jika dibandingkan dengan wakil Cina yang mewakili kerajaan negeri tidak banyak isu berkaitan kaum Cina malah berkaitan penduduk Kajang dilontarkan dan dibincangkan.

Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat. Chew Mei Fun harus dipilih di Kajang sebagai duta dan wakil kepada kerajaan pusat bagi membantu penduduk Kajang yang kehausan khidmat wakil rakyat yang selama ini diabaikan oleh bekas YB dari PKR, Lee Chin Cheh.

Dan perlu diingat jika Jijah dipilih, adakah beliau mampu berada di Kajang sedangkan suaminya masih perlu menghadiri kes mahkamah berkenaan kes liwat. 

Pilihlah.......

PAKATAN TIDAK AKAN REBAH JIKA ANWAR MASUK PENJARA!! #PRKKAJANG

SELEPAS solat Jumaat tadi, sempat juga ambil senaskhah akhbar pakatan Selangor Kini di dalam masjid sekitar Shah Alam. Pada mulanya tidaklah berapa tertarik kerana tajuk hadapan hanyalah berkenaan 'Selangor jimat RM2 bilion'. Tetapi apabila selak hingga ke mukasurat terakhir, Selangor Kini meletakkan tajuk yang amat sesuai buat masa kini, iatiu 'Tanpa Anwar Pakatan tidak akan rebah'.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'TANPA ANWAR PR TIDAK AKAN REBAH'? 

Mengikuti situasi semasa yang mana hukuman mahkamah telah dikenakan kepada Anwar dengan penjara 5 tahun atas kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari, penyokong pembangkang bagaikan mengiyakan hukuman yang dikenakan kepada Anwar adalah berpatutan sekaligus mengesahkan yang Anwar memang benar-benar bersalah.

Mungkin kerana itu jugalah penyokong PKR tidak berapa kisah jika isterinya Jijah bertanding di Kajang menggantikan tempatnya. Mereka sudah tahu yang Anwarlah dalang persengketaan parti yang menjadi batu api antara Khalid dan Azmin. 

Rentetan peristiwa 1998 dimana Anwar dipenjarakan kerana tuduhan liwat juga, Jijah lah yang bertungkus-lumus membangunkan Parti Keadilan Nasional sebelum ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat. Namun selepas Anwar dilepaskan atas belas kasihan Pak Lah ketika itu sebagai Perdana Menteri, terus kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan untuk diberikan kepada Anwar supaya dapat diangkat menjadi Ketua Pembangkang Malaysia.

Sejarah memang tidak pernah terpadam. Lihatlah berapa ramai pengasas parti Anwar dan Jijah telah keluar dari parti tersebut kerana telah sedar yang selama ini perjuangan mereka hanyalah sia-sia dan tiada penghujungnya.

Dan ketika Anwar di dalam penjara, Jijah menang satu-satunya kerusi parti ciptaan mereka di Permatang Pauh. Masih juga parti Jijah kukuh tidak rebah hingga kini kerana Anwar hanyalah sebagai pelacur dalam partinya sendiri.

Menagih simpati dan kasihan rakyat demi kepentingan peribadi.

Beginikah sikap pemimpin yang disanjungi?

Jijah menang di Kajang, rakyat mengundi akan termenung sendiri.

SMS 'PAS TIDAK BANTU KEMPEN JIJAH' DISEBARKAN OLEH PEMUDA PAS!! #PRKKAJANG

SEAWAL jam 8.00 pagi tadi seorang sahabat dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Taman Mesra telah menerima satu SMS yang meminta semua jentera PKR bekerja kuat kerana pada Pilihanraya Kecil Kajang kali ini mereka bersendirian akibat boikot dari parti komponen PR sendiri iaitu PAS.

Bagaikan ada satu masalah dalaman yang masih belum dapat diselesaikan apabila SMS ini terus dihantar kepada barisan jentera mereka namun ada juga yang terlepas kepada Pemuda PAS.

Sejak dari awal perletakkan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh lagi umpama ada satu asbab kenapa kepimpinan PAS kurang aktif dalam berceramah di Kajang.

Kita mengetahui yang PAS tidak setuju dengan PRK kali ini kerana ia melibatkan krisis dalam parti PKR namun mereka terpaksa mengheret rakyat sekali bagi menyelesaikan krisis dalaman yang terjadi antara Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Rentetan dari isu perebutan kuasa membuat keputusa hinggalah pemecatan lebih 20 orang kakitangan PKNS yang pernah dibawa Azmin Ali selaras dengan pemecatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. 

Drama terus berdrama.

Selagi kepimpinan PKR tidak ditukar selagi itulah drama anak beranak akan berterusan. Ini bukanlah kerana kepincangan Adun terdahulu namun kerana sikap tamak kuasa anak beranak Anwar yang mahu terus mengekalkan kuasa mereka di Selangor.

Kepada pengundi Kajang, adakah kalian mahu terus menjadi kambing hitam bagi menentukan hayat politik Anwar di Malaysia? 

Tolak Jijah bermakna tolak Anwar!!

PENIAGA PASAR MALAM SUNGAI SEKAMAT DIHALAU KERAJAAN NEGERI!! #PRKKAJANG

DALAM manifesto bagi PRK Kajang yang dibuat oleh Wan Azizah dan suaminya ada menyatakan yang jika Wan Azizah atau Jijah menang di Kajang, Jijah akan memastikan pembangunan anak muda dan usahawan kecil di kawasan yang dimenanginya. Ini selaras dengan penglibatan anak muda dalam sektor usahawan kecil terutama bumiputra.

Namun beberapa hari sebelum itu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui surat yang bertarikh 7hb Mac 2014 mengkehendaki para peniaga pasar malam yang berniaga di sepanjang jalan Kg. Sungai Sekamat mengosongkan kawasan itu kerana didakwa mengganggu lalu lintas.

Adakah ini yang dikatakan negeri berkebajikan? Adakah ini permainan Jijah dan suami untuk mendapatkan sokongan rakyat dengan menindas terlebih dahulu peniaga Melayu dan akan menyelesaikan masalah tersebut setelah menang PRK Dun Kajang?

Betapa terhinanya penduduk Kajang. Dijadikan mangsa politik Jijah dan suaminya semata-mata mahu memenuhi nafsu serakah mereka demi kuasa.


Dalam surat yang ditunjukkan oleh para peniaga pasar malam Kg. Sungai Sekamat, mereka diarahkan MEMBERHENTIKAN AKTIVITI PERNIAGAAN mereka. Surat yang berupa ugutan ini ternyata punyai agenda tersendiri apabila hanya ketika menghampiri pilihanraya kecil barulah penguatkuasaan ini dilaksanakan.

Sudah tentu Jijah dan suami kekeringan isu untuk menyalahkan kerajaan pusat dan seterusnya akan kelihatan menjadi hero di mata pengundi Kajang dengan menyelesaikan masalah tersebut.

Taktik lama yang kerap dilakukan oleh pihak pakatan dengan menindas rakyat terlebih dahulu sebelum muncul menjadi penyelamat kepada keadaan. Menjadi oksigen ketika rakyat tidak dapat bernafas. Inilah taktik paling jijik dalam berpolitik.

Tetapi sampai bila rakyat Kajang hendak menjadi mangsa keadaan?

Sampai bila rakyat Kajang mahu menjadi balaci dan kuli?

Fikirkan.

"CHEW MEI FUN UNTUK RAKYAT KAJANG"


SILING LOBI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM RUNTUH

Kakitangan Hotel Concorde berhadapan dengan detik-detik cemas apabila siling di bahagian lobi utama hotel yang sedang diubahsuai tiba-tiba runtuh petang tadi.

Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kami sudah menutup kawasan berkenaan dan kakitangan hotel sudahpun membersihkan kawasan terbabit sejurus kejadian," katanya. 

Ekoran dari kejadian itu, kawasan berkenaan ditutup buat sementara waktu sementara kerja-kerja pembersihan dijalankan. Kawasan itu akan dibuka semula selepas pengubahsuaian selesai dilaksanakan.

Thursday, March 13, 2014

#KAJANGMOVE : MANIFESTO JIJAH DI KAJANG

JIJAH, calon PKR Dun Kajang baru sahaja melancarkan manifestonya bagi memastikan kemenangan di kerusi anugerah suaminya dimilikinya dengan mutlak. 4 teras manifesto Kajang telah dimeterai dan dipersetujui oleh anak dan suaminya semalam.

Antara 4 teras tersebut adalah berkenaan keselamatan suaminya selama ia bernyawa, keadaan lalulintas ke penjara supaya Jijah senang jumpa suaminya di sana, mewujudkan perbadanan lendir yang mengutamakan sektor hiburan dan pelacuran dan pembangunan anak muda berkenaan usahawan yang berkaitan dengan lendir.

Inilah antara yang terkandung di dalam manifesto pilihan anaknya, Nurul Izzah dan suaminya Anwar dan terus disokong oleh pengikut-pengikutnya yang lain tanpa banyak soal. 

Sedangkan umum mengetahui bahawa keempat-empat manifesto yang diumumkan semalam hanyalah berupa tulisan di atas kertas yang boleh dibakar dan dilupakan kerana Khalid sendiri pernah berkata manifesto PKR bukanlah satu janji.

Tidak perlu hairan apabila segala manifesto dan janji yang dicurahkan kepada penduduk Kajang tidak tertunai keana siapa yang tidak kenal dengan parti anak beranak ini?

Dimana skim warga emas, dimana hadiah siswazah, dimana elaun suri rumah, dimana elaun anak sekolah yang pernah dijanjikan oleh PKR sebelum menang di Selangor?

Patutlah pemimpin PAS mula menjauhkan diri daripada parti anak beranak ini kerana ternyata bersifat munafik, tidak menunaikan janji dan hanya tahu mencerca dan memfitnah dari bekerja untuk rakyat.

Manifesto yang dijual di Kajang adalah tanggungjawab kerajaan negeri yang sepatutnya menyediakan pembangunan & penyenggaraan perbandaran melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), membanteras jenayah & tingkatkan keselamatan juga tanggungjawab pihak PBT, menangani masalah kesesakan lalulintas adalah kerja kerajaan negeri, malah pembangunan anak muda dan usahawan kecil juga melibatkan tanggungjawab kerajaan negeri untuk membatu.

Sudah cukuplah berpolemik dan berlakon keterlaluan menyalahkan orang lain sedangkan kerja sendiri tidak pernah selesai dan masih menyalahkan orang lain serta kerajaan negeri terdahulu walaupun telah memerintah negeri sudah 2 penggal.

Cukuplah Jijah menjual air mata di Kajang. 

#KAJANGMOVE: LANGKAH JIJAH TERSEKAT KERANA KONFLIK ANAK BERANAK!!

EDISI air mata Jijah di Kajang diteruskan pada hari ke-3 apabila jadual kempen beliau penuh mengelilingi Kajang bagi memberi ceramah dan penjelasan kenapa beliau adalah individu yang paling layak untuk menduduki kerusi Dun Kajang.

Dalam ceramah Nurul Izzah yang sempat hadir malam tadi di Stadium Kajang mengatakan pemilihan ibundanya sebagai calon PKR Kajang adalah bertepatan dengan masanya kerana memandangkan keadaan semasa kerajaan negeri yang kelam kabut dan sedikit krisis yang terjadi dalam kepimpinan parti PKR.

Secara tidak langsung di dalam pengakuan yang dikatakan oleh Nurul Izzah malam tadi mengesahkan yang Adun sebelum ini, Lee Chin Cheh tidak komited dalam kerjanya sekaligus terpaksa meletakkan jawatan atas arahan Anwar yang mahukan kerusi itu dikosongkan.

Langkah Kajang yang diwar-warkan oleh pihak pakatan tidak mendapat sambutan semenjak calon Kajang ditukar kepada Jijah selepas Anwar didapati bersalah dalam kes liwat Saiful dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Seperti biasa, ini adalah konspirasi yang sebenarnya telah dirancang oleh Anwar sejak dari mula beliau mengetahui berkenaan tarikh perbicaraan mahkamah atas kes liwat Saiful tersebut.

Rancangan-rancangan yang disusun rapi oleh 'inner-circle' Anwar berjaya memperlihatkan yang pakatan sebenarnya telah teraniaya. Perancangan rapi ini sebenarnya telah memerangkap pakatan kembali apabila sejak dari awal nama Jijah diumumkan menjadi calon, ramai pengundi Dun Kajang yang terkejut dan mula bosan.

Ramai juga yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terutama daripada ahli PAS dan pengundi kaum Cina Kajang yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan ciptaan Anwar. 

Sebagai buktinya, semasa penamaan calon tidak ramai penyokong Jijah dari kaum Cina dan penyokong PAS hadir bagi memberikan sokongan. Sememangnya mereka juga sedar yang parti PKR adalah parti anak beranak.

Seperti kata pengundi Kajang sendiri, "Jika bukan saya (Anwar), pasti isteri (Jijah) saya, jika bukan isteri saya sudah tentu anak saya (Izzah), jika bukan anak saya sudah tentu SAYA."

Inilah parti anak beranak. Bukan parti rakyat.

KAJANG SAYA MENGKUANG LAYU...... #PRKKAJANG

SEBELUM ini, selepas rakyat Malaysia dikhabarkan tentang berita Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki Jepun, mereka dikejutkan pula dengan berita perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.

Pengumuman perletakan jawatan itu diumumkan pada 27 Januari lalu yang seterusnya menimbulkan tanda tanya kerana pasukan Pakatan DAP-PKR-Pas telah menang besar, 44 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke -13-(PRU-13) di Selangor.

Ekoran peletakan jawatan secara tiba-tiba itu, gosip politik berlegar sekitar kemungkinan Ketua Umum PKR itu bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. Ini sudah tentu di luar kelaziman dan jika berlaku tentunya menjadi sejarah apabila ahli parlimen di negeri lain menjadi menteri besar di sebuah negeri lain.

Anwar sekali lagi mempamerkan kemahiran bersilat lidah apabila pada mulanya beliau menafikan khabar angin akan bertanding di PRK Kajang, iaitu pada hari yang sama Chin Cheh mengosongkan kerusi.

Namun tidak sampai 24 jam selepas penafian tersebut dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Anwar diumumkan akan bertanding bagi mempertahankan kerusi PKR diKajang. Serentak itu juga, road show Anwar terus bermula di Kajang.

Sedangkan ketika Anwar mengumumkan untuk bertanding itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum dimaklumkan mengenai kekosongan tersebut malah belum mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Ini adalah kali kedua pilihan raya kecil ‘izin dalam paksa’ diadakan semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar tetapi kini segalanya musnah selepas kes beliau di Mahkamah Rayuan tidak memihak kepadanya.

Pada 2008 isterinya dan juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh beberapa bulan setelah PRU-13 untuk memberi laluan kepada Anwar.

PRK Kajang itu juga menyebabkan sidang DUN Selangor yang sepatutnya bermula pada 17 Mac 2014 ditangguh pada 7 April 2014. Ia dibuat semata-mata menunggu ADUN Kajang yang baharu berada di dalam Dewan Undangan Negeri.

PRK Kajang - Kajang Move berkemungkinan penting bagi PKR untuk menyelesaikan kemelut dalaman mereka. Pergeseran ‘adik beradik’ untuk mendapatkan kasih bapanya di dalam PKR bukanlah satu rahsia lagi.

Pertembungan Abdul Khalid vs Azmin semakin terbuka. Bahkan dalam sidang DUN Selangor, label orang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan orang Abdul Khalid juga berlaku. Banyak episod pelik dan pergolakan dalaman parti yang menimbulkan pelbagai spekulasi. Ini termasuk kes pemecatan Azmin dari Lembaga PKNS.

Kajang Move juga tentunya tidak boleh lari dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Pada mulanya, Rafizi mengakui perletakan jawatan Chin Cheh itu memang satu strategi pakatan untuk kekal kukuh di Selangor.

Tetapi apabila melihat mood rakyat tidak gembira dengan perletakan jawatan Chin Cheh tanpa munasabah itu, Rafizi cuba membetulkan keadaan dengan memohon maaf kepada pengundi di Kajang yang terpaksa melalui satu pilihan raya kecil yang tentunya akan memakan masa dan wang.

Dalam kalangan ADUN Selangor mereka hanya senyum sinis apabila Rafizi berhujah, kehadiran Anwar ke Selangor kononnya dikatakan cukup penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri Selangor.

Kenyataan seperti itu seolah-olah meremehkan daya juang dan pemikiran strategik ADUN-ADUN Pakatan di negeri Selangor. Sedangkan mereka telah menang 44 kerusi di Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Kajang Move semakin celaru apabila Abdul Khalid menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat berkaitan isu air. Seperti ada yang tidak kena, Rafizi tampil mendakwa MoU semula industri air Selangor merupakan satu kerugian buat rakyat di negeri itu. Ini jelas menunjukkan pertikaian dalaman yang sepatutnya diselesaikan di peringkat dalaman PKR telah menjadi perbincangan awam.

DAP pula sebagai rakan dominan dalam Pakatan tidak akan untung mahupun rugi dalam percaturan ini. Biar siapa pun menggantikan Abdul Khalid sebagai MB Selangor, ia tidak akan membawa sebarang perubahan kepada imbangan ‘kuasa’ DAP dalam pentadbiran Selangor.

Dengan tiga wakil rakyat dalam barisan exco Selangor, juga satu speaker dan dua sebagai exco kanan, DAP masih akan kekal menguasai pentadbiran negeri Selangor buat penggal ini.

Yang kekal rugi dalam percaturan PKR ini ialah Pas, sebagai sebuah parti di dalam Pakatan yang memiliki jumlah kerusi yang sama banyak dengan DAP mengatasi jumlah kerusi PKR di dalam DUN Selangor. Walaupun mempunyai 4 orang exco negeri, ternyata Pas adalah parti yang tidak bersedia memimpin. Atau setelah mengukur baju di badan sendiri, Pas mengakui yang sememangnya mereka belum berani mentadbir sebuah negeri maju. Atau mungkin mereka bagaikan khayal meragut rumput kering yang di hidangkan oleh rakan ‘tahaluf siyasi’ mereka.

Timbul persoalan berkenaan Kajang Move. Apakah perancangan Kajang Move mengambil kira kes Anwar di Mahkamah Rayuan? Adakah pasukan strategik mereka terlepas pandang atau terlalu yakin Anwar akan menang?

Adakah pelan mahu menukar Abdul Khalid sebagai Menteri Besar masih berjalan? Atau mungkin Wan Azizah tidak berupaya menolak ‘bisikan’ untuk bergelar menteri besar wanita pertama.

Jika itu perancangannya ternyata meletakkan Wan Azizah adalah strategi terbaik untuk memastikan legasi Anwar.

Chew Mei Fun merupakan calon BN untuk PRK Dun Kajang. Beliau pernah meletak jawatan Ketua Wanita MCA atas ‘ikrar dan prinsip’ ketika pemilihan MCA 2010. Jika benar mengundi Cina celik politik, inilah masa untuk memberikan suara wakil MCA dalam sidang DUN Selangor. Kini 12 suara pembangkang di Selangor sekarang ini semuanya adalah dari UMNO.

Tetapi pada masa sama jangan lupa politik air mata yang dimainkan pakatan pembangkang. PRK Kajang akan menjadi alat propaganda ‘mata’, seperti PRU 1999 ‘mata lebam Anwar’ dijaja di mana-mana. PRU-2008, ‘air mata Nik Aziz’ ditampal di setiap tiang dan tidak mustahil PRK Kajang ‘air mata Azizah’ menjadi bahan kempen untuk mengusik emosi para pengundi.

Yang pasti, Kajang menjadi tumpuan seluruh negara bukan sahaja kerana Sate Kajang. Di saat kita simpati dan berduka atas insiden kehilangan pesawat MH370, Kajang menjadi saksi kepada pendekatan taktikal separuh masak Pakatan.

PENULIS ialah YB Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang dan Setiausaha ADUN BN Selangor.

TERKINI: BANGUNAN DI NEW YORK MELETUP DAN RUNTUH!!!

Anggota bomba menyelamatkan seorang mangsa kejadian bangunan terbakar dan runtuh di New York, hari ini

Bangunan kediaman di kejiranan East Harlem di New York meletup dan runtuh hari ini, menyebabkan kebakaran teruk dengan asap tebal terkumpul di kawasan itu, kata pegawai rasmi.

Stesen televisyen tempatan melaporkan beberapa orang awam mengalami kecederaan ringan dalam kejadian di Street 116 dan Park Avenue itu.

Rakaman televisyen menunjukkan serpihan berterbangan ke seberang jalan.

“Ia adalah letupan dan bangunan runtuh,” kata jurucakap Jabatan Polis New York kepada AFP, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Pasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kami menerima panggilan pada jam 9.34 pagi. Ia adalah bangunan kediaman. Jabatan Bomba New York dalam proses memadamkan api,” kata seorang lagi jurucakap polis. – AFP

Wednesday, March 12, 2014

PENAMAAN CALON: BRIDGED PEMUDA SEMANGAT BERPERANG!! #PRKKAJANG

HEBAT Bridged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Saudara Armand Azha. Semalam baru dapat tengok betapa bersemangatnya anak muda yang dipimpin oleh Armand Azha. Gerakan 'War Cry' yang memukau setiap orang di Kompleks Sukan MPKj turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Presiden MCA, Ketua Pemuda BN serta beberapa orang lagi kepimpinan tertinggi BN.

Pada siapa-siapa yang belum saksikan. Jom kita hayati lagu dan gerakan dari mereka.

)

MOHD NOR BON, BEEGO WARNAI PENAMAAN CALON DUN KAJANG!! #PRKKAJANG

KEMERIAHAN penamaan calon bagi kerusi Dun Kajang masih segar diingatan walaupun telah berlalu. Ini merupakan satu perkembangan yang positif apabila melihat ribuan lautan manusia memakai baju biru hadir memenuhi setiap ruang jalan menuju ke Kompleks Sukan MPKj bagi sama-sama memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datin Paduka Chew Mei Fun.

Antara yang turut hadir memberi sokongan adalah pelakon tanah air Mohd Nor Bon (Kaber Hero Kaber Zero) dan Beego (Phyne Ballerz). Masing-masing yang merupakan antara penyokong kuat BN hadir bagi bersama-sama penyokong lain memberi sokongan kepada calon BN Kajang.

Nasriah Ngasri yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang turut hadir bersama. Nampaknya semakin rancak kempen kali ini apabila beberapa orang artis akan turut bersama BN dalam mengharungi medan peperangan politik Kajang.

KAIN RENTANG CHEW MEI FUN DISEMBUR CAT MERAH!! #PRKKAJANG

KEHANGATAN kempen bagi kerusi DUN Kajang baru sahaja hendak bermula, namun ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan pihak lawan apabila kain rentang calon BN, Chew Mei Fun telah disembur dengan cat merah pada bahagian muka.

Kain rentang yang diletakkan di Taman Mesra, Kajang itu disedari oleh beberapa penduduk tempatan yang melalui kawasan itu. Kain rentang yang digantung di jalan besar iaitu laluan utama penduduk untuk keluar masuk ke kawasan perumahan mereka merasakan sedikit kecewa dengan sikap pihak lawan yang terlalu agresif untuk menjatuhkan calon BN.

Inilah yang dikatakan umpama beruk dapat bunga. Penyokong pihak lawan yang terlalu taksub dengan parti mereka sehabis boleh mahu mempertahankan kerusi Kajang, namun caranya sahaja tidak bertepatan dengan peredaran zaman sekarang ini yang kelihatan lebih ganas dan lebih samseng daripada sebelum-sebelum ini.

Tidak perlulah rasanya mahu menjatuhkan lawan dengan melakukan perkara-perkara yang membuatkan orang ramai lebih benci ini. Inilah yang dinamakan mentaliti kelas bawahan yang bertindak semata-mata mengikut hawa nafsu.

Namun yang peliknya adalah penyokong BN tidak pula membalasnya. Inilah yang kadang-kadang memperlihatkan penyokong BN ini kelihatan baik, redha dan cepat memaafkan. Oleh kerana sifat yang ada di dalam diri penyokong BN yang berhemah inilah golongan muda kurang berminat kepada BN.

Acara bergaduh baling kerusi, caci maki, hina menghina dan carut mencarut kerap keluar dari mulut pihak lawan berbanding BN yang hanya senyap tanpa melawan.

Perang sudah bermula. Kempen senget bakal berlangsung di Kajang.


Tuesday, March 11, 2014

CHEW MEI FUN, WAN AZIZAH BERTANDING PRK DUN KAJANG!! #PRKKAJANG #KAJANGMOVE

TEKA-teki berhubung siapa calon yang bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Kajang akhirnya terurai pada hari ini apabila pagi tadi bertempat di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi calon dari BN-MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun serta calon PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar borang pencalonan bersama pencadang dan penyokong masing-masing.

1 lawan 1

Calon-calon memasuki dewan penamaan calon tepat jam 9.00 pagi bagi pendaftaran calon dan menunggu sehingga jam 10.00 pagi sebelum diumumkan oleh pengurus SPR. Setelah menunggu hampir setengah jam, pengurus SPR mengumumkan pertandingan PRK Kajang adalah 2 penjuru sahaja.

Calon bebas yang sebelum ini mewar-warkan untuk bertanding bagi merebut kerusi Kajang sama ada Herman Tino, Nallakarupan, mahupun Zaid Ibrahim tidak muncul di dewan penamaan.

Chew Mei Fun calon BN

Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA Malaysia bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon BN setelah begitu lama kepimpinan tertinggi parti mendiamkan diri untuk mengumumkan nama calon. Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini mempunyai rekod yang bersih dan sangat berintegriti apabila dengan punyai pendirian yang teguh sanggup melepaskan semua jawatannya dalam MCA termasuk Ketua Wanita MCA Selangor semata-mata mahu menunjukkan protesnya kepada Presiden MCA sebelum ini atas kesnya.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR diangkat menjadi calon PKR di Kajang setelah Anwar menarik diri daripada bertanding kerana didakwa bersalah dalam kes liwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Ini secara tidak langsung menguatkan lagi tanggapan rakyat bahawa PKR adalah parti anak beranak. Jika bukan suami, pilih isteri, jika bukan isteri akan dipilihnya anak, apa yang penting adalah PKR mesti dikuasai oleh anak beranak Anwar sahaja.

Sokongan lebih kepada calon BN

Berpaksikan kepada keadaan yang ada pada pagi tadi, kita boleh simpulkan bahawa sokongan yang diterima oleh Chew Mei Fun lebih padu jika dibandingkan dengan Wan Azizah berdasarkan jumlah kehadiran penyokong BN (10,000 orang) dengan kehadiran penyokong PKR (5,000 orang) sahaja.

Umpama ada satu protes yang dilakukan oleh parti komponen sama ada dari PAS, DAP kerana hanya sebilangan penyokong parti mereka yang hadir bagi memberi sokongan. Kemanakah mereka menghilang? Adakah mereka sudah sedar permainan Anwar yang memilih Wan Azizah sebagai calon pengganti di Kajang? 

Dan yang lebih penting bagaikan sudah ada gerakan untuk menjatuhkan Wan Azizah dan legasinya di Kajang kerana sokongan kaum Cina juga agak kurang menyerlah dan tidak rasa kehangatan berbanding PRU13 yang lalu.

Sama-sama kita nantikan.

Sunday, March 9, 2014

ZAID IBRAHIM, CALON PRK KAJANG TARIK DIRI BERTANDING!! #PRKKAJANG

PETALING JAYA : Calon Bebas dan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim telah memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding di Kajang pilihan raya hanya beberapa minggu selepas mengumumkan pencalonannya.

Zaid berkata bahawa beliau tidak lagi perlu untuk bertanding kerana kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah selamat sekurang-kurangnya pada masa hadapan .

"Niat saya untuk bertanding adalah kerana saya yakin sepenuhnya bahawa percubaan Anwar Ibrahim untuk menggunakan proses demokrasi untuk melanjutkan kepentingan peribadinya sendiri adalah salah, membazir dan satu contoh yang jelas penyalahgunaan kuasa.

WAN AZIZAH GANTI AZAB ANWAR DI KAJANG!! #PRKKAJANG

Kajang, 9 Mac 2014 – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pengumuman ini bersempena dengan hari Wanita. Turut hadir ialah Lim Kit Siang dan Saifuddin Nasution. Keputusan berkenaan diumumkan Penasihat PKR itu dalam sidang akhbar di Kajang di sini hari ini. -NadiRakyat

Saturday, March 8, 2014

SEDIKIT PENJELASAN BERKENAAN PESAWAT MH370. #PRAY4MH370

Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:

1. Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.

2. Hubungan Diplomatik 

MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 Negara 

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370. 

Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit. 

Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula. 

5. MAS Tetap Dihati

Kali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas.

Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.

TIDAK PERLU MENJADI WARTAWAN 'BEBAS' TENTANG TRAGEDI PESAWAT MH370 #PRAY4MH370

MULANYA aku malas nak komen apa-apa pasal kehilangan sebuah pesawat MAS MH370 yang dikatakan hilang jam 2.45 pagi tadi. Namun apabila melihat teletah rakan-rakan media sosial yang sanggup menjadi wartawan bebas dengan menimbulkan pelbagai spekulasi yang serba sedikit mendatangkan kebimbangan kepada rakyat Malaysia dan kepada keluarga mangsa, aku mula tertanya-tanya, adakah sudah hilang sifat mahmudah dalam diri kita semua?

Tidak kah kita terfikir tentang hati dan perasaan keluarga mangsa yang hilang?

Adakah dengan status dan penulisan kita dalam media sosial mampu mengurangkan kegusaran di hati pihak keluarga mangsa yang masih tidak diketahui statusnya?

Mengambil contoh Nizar, pemimpin PAS Perak yang menjadikan tragedi kehilangan ini sebagai satu gurauan dalam laman twitternya. Adakah begini pemikiran pemimpin PAS yang setiap masa menjadikan kesengsaraan orang lain sebagai satu bahan gurauan?

Lebih elok kiranya Nizar melakukan solat hajat bersama-sama Dewan Ulama' PAS bagi memohon pertolongan Allah agar mangsa yang hilang dapat ditemui kembali.

Tidak sangka sehingga begini dangkal pemikiran pemimpin PAS yang meroyan!

Mari kita sama-sama berdoa semoga mangsa dapat ditemui kembali.