Konco-konco ku

Wednesday, February 26, 2014

KERANA BN KUAT, AIR KAMI DAPAT!! #PRKKAJANG

HARI ini dalam sejarah apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menandatangani MoU bersama kerajaan pusat dengan meluluskan kebenaran membina loji Langat 2 yang pernah dicadangkan satu ketika dulu.

Namun satu ketika dulu, dengan megahnya Khalid berkata bekalan air Selangor mampu bertahan hingga tahun 2024. Tetapi tidak apa kerana kami penyokong BN tahu yang sebenarnya Khalid terpaksa bersikap sombong atas desakan Anwar yang tidak mahu mengharapkan pertolongan dari Najib.

Akibat desakan rakyat yang mahu Khalid mengambil tindakan progresif bagi mengatasi masalah air di Selangor, akhirnya Khalid bersetuju membenarkan meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Pelik! Kenapa baru sekarang Khalid bertindak?

Adakah ini salah satu strategi Khalid untuk menidakkan kemenangan Anwar di Kajang. Dengan kerjasama yang terjalin antara Selangor dan kerajaan pusat maka ini umpama sebagai satu signal kepada rakyat Kajang supaya menolak Anwar yang bakal merosakkan negeri Selangor.

Sepertinya ada satu game plan yang cuba dirancang oleh Khalid. Mungkinkah Khalid sudah mula muak dengan Anwar?

Namun yang pasti, Khalid akhirnya telah tunduk dengan desakan rakyat Selangor yang tidak sanggup menanggung ketiadaan air di beberapa kawasan sekitar daerah Kuala Langat dan Sepang sejak beberapa minggu lalu.

Terima kasih Barisan Nasional. Kerana anda kuat, air rakyat dapat.


Posted via Blogaway

Monday, February 24, 2014

CHEW MEI FUN HANYA KAMBING HITAM UMNO - ZURAIDA

KETUA Wanita PKR, Zuraida Kamarudin semalam berkata bahawa calon BN bagi Kajang hanyalah sekadar menjadi kambing hitam kepada UMNO bagi menutup malu parti tersebut apabila kalah kepada Anwar kelak.

Chew Mei Fun dalam satu kenyataan lain berang dengan kenyataan Zuraida yang umpama memperkecilkan kemampuan beliau dalam menghadapi PRK Kajang.

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun membidas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu. 

Chew berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa. 

"Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita. "Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Chew sebagai calon parti itu supaya Chew boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini. 

Chew berkata biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan, beliau tetap bersemangat dan akan bekerja kuat untuk memenangi PRK itu. 

Beliau sekali lagi memohon agar pengundi di Kajang memberi sokongan kepadanya bagi membolehkan BN mengukuhkan peranannya di Selangor.

Chew dijangka dicabar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim. 


Posted via Blogaway

Sunday, February 23, 2014

ANWAR TERDESAK GUNA PENGARUH MIKE TYSON! #PRKKAJANG

DALAM menghadapi dan memenangi kerusi Adun Kajang yang akan ditentukan pada 23 Mac depan, Anwar terpaksa menggunakan bekas MB Selangor, Mohammad bin Mohammad Taib. Ini bagi mengetahui selok belok negeri Selangor bagi menduduki tampuk pemerintahan selepas berjaya menurunkan Khalid dari kerusi MB.

Perkara ini bukan rahsia lagi apabila satu gerakan telah dirancang bagi mengambilalih pentadbiran Khalid sekarang.

Anwar kerap kali bertemu dengan Mat Tyson bagi mengorek rahsia-rahsia pentadbiran negeri Selangor agar apabila Anwar berjaya menjadi Menteri Besar, semakin mudahlah kerja-kerja pengurusan negeri.

Maklumat yang diterima, pada tempoh berkempen selepas pengumuman calon pada 11 Mac akan datang Mat Tyson akan ditugaskan untuk berceramah seluruh Kajang bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang.

Tidak dinafikan yang memang pengaruh Anwar cukup besar di Kajang, sehingga mampu mengalahkan calon BN Chew Mei Fun dengan mudah namun perlu diingat apa yang bakal terjadi selepas Anwar menang maka akan bergegarlah negeri Selangor dengan pelbagai isu yang akan ditimbulkan. Dan yang lebih teruk kemungkinan besar konflik antara rakyat dan Sultan juga bakal tercetus.

Tak percaya?

Kita sama-sama tunggu dan lihat.


Posted via Blogaway

SIAPA PILIHAN PENGUNDI KAJANG? #PRKKAJANG

BEBERAPA hari lepas, TS Muhyiddin telah pun mengumumkan yang BN akan bertanding dalam pilihanraya Kajang yang mana Datin Paduka Chew Mei Fun terpilih bagi menggalas tanggungjawab menentang Anwar.

Selepas beberapa spekulasi tentang perletakan calon BN di Dun Kajang, akhirnya calon MCA telah dipilih.

Adakah pengundi Dun Kajang akan memilih BN? Itu persoalan masa kini selepas teka-teki siapa calon BN kerap kedengaran beberapa minggu lepas.

Adakah bekas Ahli Parlimen PJU ini mampu menghancurkan harapan dan cita-cita Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor?

Atau adakah Naib Presiden MCA ini hanya menjadi kambing hitam kepada BN?

Keputusan kajian masih belum diperolehi. Namun yang pasti, pengundi Kajang akan menjadikan tempat mereka sebagai kubur kepada Anwar.


Posted via Blogaway

Thursday, February 20, 2014

KHALID MOHON MAAF KEPADA RAKYAT KAJANG! PENGUNDI BERHAK MEMBUAT PILIHAN! #PRKKAJANG

AGAK terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim baru-baru ini yang bagaikan sudah berputus asa untuk berkempen bagi pihak Anwar di Dun Kajang. Ini berikutan daripada desakan demi desakan yang diterima dari dalam PKR sendiri yang sudah memberi isyarat bahawa selepas PRK Kajang, riwayat politik Khalid Ibrahim akan berkubur.

Konflik MB antara Khalid dan Anwar berterusan bukan sahaja di dalam bilik bahkan sudah meleret hingga keluar sehingga orang yang tidak sepatutnya masuk campur juga telah mula mengorak langkah mahu menjatuhkan Khalid dari kerusi Menteri Besar.

"Kerajaan negeri mohon maaf kepada rakyat Kajang. Anda berhak buat pilihan. Walau apa yang berlaku, saya akan tetap mengetuai kerajaan Selangor," kata Khalid Ibrahim pada satu sidang media baru-baru ini.

Adakah Khalid sudah mula muak dengan permainan yang diatur oleh Anwar bagi menjatuhkan beliau?

Adakah desakan dari Azmin dan kumpulannya semakin kuat di peringkat pentadbiran negeri?

Mungkin dan mungkin kerana kita sedia maklum perangai Azmin yang jika mahukan sesuatu pasti dia akan berusaha untuk memperolehi. Kerana sudah buntu untuk menjatuhkan Khalid dengan cara sendiri, beliau terpaksa mendapatkan khidmat bantuan dari 'papa' nya Anwar Ibrahim untuk masuk campur.

Khalid sekarang dalam dilema namun yang pasti Khalid tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor walaupun ura-ura mengatakan selepas Anwar menang di Kajang beliau akan diarahkan oleh Ketua Umum PKR itu untuk menandatangai surat pelepasan jawatan MB Selangor.

Mengikut politik semasa PKR, aku percaya bukanlah Anwar yang mahukan kerusi MB, namun Azmin yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri namun bukanlah sebagai ketua yang menerajui negeri.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahajalah apa drama mereka selepas Kajang.

Wednesday, February 19, 2014

ISTANA SULTAN SELANGOR KELUAR AMARAN

ISTANA Sultan Selangor baru-baru ini telah mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana kerabat diraja Sultan Selangor supaya tidak masuk campur dengan politik terutama semasa PRK Kajang ini.

Ini berikutan gambar salah seorang kerabat yang dilihat bergambar bersama Anwar Ibrahim semasa kempen beliau di Kajang. Dalam kenyataan Anwar, kerabat Sultan Selangor iaitu sepupu kepada Sultan Selangor telah datang berjumpanya dan ini dikatakan telah memberi lampu hijau untuk Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Cerita yang sebenarnya adalah sepupu kepada Sultan Selangor ini hanya terserempak dengan Anwar dan tidak punyai apa-apa agenda pun. Tetapi oleh kerana kecekapan jurukamera menangkap gambar mereka bersama, jadi peluang inilah yang digunakan oleh Anwar untuk memanipulasi gambar tersebut dengan isu jawatan MB Selangor yang bakal diambil alih dari Khalid.

Fitnah Anwar terus-terusan berleluasa. Tidak kira siapa jua mangsanya beliau tetap akan menggunakan kesempatan yang ada agar rakyat dapat ditipu. Inilah Anwar.

Tuesday, February 18, 2014

FITNAH ADUN PAS TENTANG PESAWAT TERHEMPAS! PENGIKUT PAS MULA SANGSI!!

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.

Adakah sebegini teruk mentaliti seorang pemimpin PAS yang dipilih oleh rakyat bagi mewakili mereka. Fitnah memang tidak dapat dipisahkan dari PAS dan pakatan. 

Tidak dapat memfitnah pemimpin UMNO, fitnah Air Asia pun jadilah.

Umpama sudah menjadi barah dalam setiap percakapan pemimpin pakatan pasti ada fitnah.

PAS TUNTUT JAWATAN MENTERI BESAR JIKA PKR MAHU LANTIK ANWAR!! #PRKKAJANG

KONTROVERSI berkenaan pemilihan Menteri Besar Selangor selepas kemenangan Anwar di Kajang berbunyi kembali apabila ada sebilangan penyokong PAS yang mula mempersoalkan penglibatan kepimpinan PAS dalam PRK Kajang adalah sebagai isyarat menyokong Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas Khalid Ibrahim letak jawatan.

Jika sebelum ini pimpinan PAS pusat mengarahkan semua saf kepimpinan PAS agar mengunci mulut dari memperkatakan tentang kontroversi jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Anwar, namun mulut-mulut para penyokong parti PAS tidak dapat ditutup rapat.

Mereka sudah mula mempersoalkan kepimpinan PAS Selangor yang umpama sudah dikeldaikan oleh PKR dan DAP dalam memerintah negeri Selangor sedangkan kerusi DUN PAS adalah yang terbanyak dalam Pakatan Selangor.

Jika Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS berkata agar persoalan tentang jawatan MB tidak harus ditimbulkan, namun arahan ini tidak dapat disimpan lagi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat yang akan menuntut jawatan MB Selangor jika Anwar dilantik menjadi MB.

Suhaizan Kayat yang dalam kenyataannya mengatakan bahawa PAS punyai hak dalam isu jawatan MB Selangor dan seharusnya PAS Selangor mendesak supaya kerusi MB diserahkan kepada PAS berdasarkan jumlah kerusi paling banyak di Dewan DUN.

PAS Selangor bagaikan tiada telur apabila terus-terusan digula-gulakan dengan janji-janji manis PKR terutama Anwar yang memberikan kelebihan dalam mengurustadbir negeri namun hakikatnya selagi kerusi dan kuasa MB di tangan PKR, maka PAS hanyalah umpama seorang anak kecil yang kerap menagih gula-gulanya.

Monday, February 17, 2014

PENGANUT KRISTIAN BANTAH ANWAR BERPOLITIK DI GEREJA!! #PRKKAJANG

KEMPEN Anwar bagi Pilihanraya Kecil DUN Kajang diteruskan lagi dari sehari ke sehari. Kali ini Gereja Holy Family, Kajang pula menjadi medan politik Anwar bagi menarik sokongan pengundi terutama dari penganut agama Kristian.

Pendapat peribadi aku, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama memang tidak senang apabila 'pemimpin bangsat' ini menjadikan rumah-rumah ibadat tidak kira sama ada masjid, gereja mahupun tokong atau kuil sebagai medan berpolitik.

Seperti mana juga kita sebagai umat Islam yang tidak mahu rumah Allah, masjid dan surau dicemarkan dengan kempen politik, begitu juga sebilangan penganut agama Kristian di Malaysia ini yang tidak senang dengan kehadiran Anwar di salah sebuah gereja di Kajang demi untuk mendapatkan undi dari mereka.

Rumah ibadat adalah untuk beribadat dan bukannya tempat untuk berpolitik dan memecahbelahkan keharmonian sesama masyarakat.

Itulah yang dikatakan oleh salah seorang penganut agama Kristian yang tidak senang apabila tempat suci mereka digunakan oleh orang luar untuk berpolitik. Ini bukan soal siapa Anwar. Sedangkan kita tahu yang Anwar memang mengamalkan pluralisme agama dan turut mengaitkan isu kalimah Allah dalam ceramah politiknya di gereja agar api kemarahan penganut Kristian marak dan menentang kerajaan sedia ada.

Ini memang kelebihan Anwar dalam berceramah. Menjadi batu api supaya beliau lebih senang untuk menjadi Perdana Menteri.

Penganut agama Kristian bukanlah 100% menyokong Anwar. Jadi tidak perlu lagi timbul isu perkauman dan perbalahan antara agama. Kita harus menjadi satu titik persamaan dan persefahaman semula agar rakyat Malaysia yang majmuk ini dapat bersama-sama menolak Anwar.

Wednesday, February 12, 2014

KERAJAAN SELANGOR JUAL KERETA CAMRY RM20,000 KEPADA EXCO SELANGOR!!

KERAJAAN negeri Selangor telah membeli sejumlah kereta Toyota Camry model baru bagi menggantikan Toyota Camry yg dibeli tahun 2008 untuk kegunaan para exco mereka. Kereta lama tersebut akan ditawarkan kepada exco yang menggunakan kereta itu sekarang utk dijual pada harga RM 20 ribu sebuah.

Harga tersebut adalah harga yang langsung tidak masuk akal dan berkali-kali ganda murah dari harga pasaran. Sekarang kita desak mereka agar membatalkan rancangan itu dan minta kereta-kereta itu dijual secara lelongan terbuka. Ini selaras dengan apa yg mereka canang selama ini bahawa mereka tidak mengamalkan rundingan terus dan semua dilakukan secara terbuka. 

Khalid jangan hanya pandai bercakap sahaja tentang ketelusan dan intergriti. Jika benar Khalid hendak telus, buka tender pembelian kereta Toyota Camry kepada umum dengan harga RM20 ribu sebuah bukannya bagi direct nego terus kepada exco kerajaan negeri.

LESEN PERNIAGAAN TURUN SELEPAS ANWAR JADI MENTERI BESAR!! #PRKKAJANG

DALAM hiruk pikuk gendang pilihanraya kecil di Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac 2013 akan datang, kerajaan negeri Selangor tanpa memikirkan rakyat yang dikatakan negeri berkebajikan meneruskan sikap zalim mereka dengan menaikkan harga lesen perniagaan di Selangor terutama di kawasan tandingan Anwar, Kajang.

Perkara dapat dilihat sejak dari awal kemenangan mereka lagi setelah mendapat mandat dari rakyat buat kali kedua pada PRU13 lalu. Bukan sahaja pelbagai bebanan yang ditanggung rakyat sedia ada namun kerajaan negeri tanpa memikirkan rakyat Selangor terus-terusan menzalimi rakyat khususnya para peniaga dengan menaikkan tariff lesen perniagaan daripada RM290 ke RM690.

Tetapi sudah pasti tiada siapa mahu melalak kerana mereka akur dengan pentadbiran kerajaan negeri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi berlubang poket.

Tanpa sedar sedikit demi sedikit wang rakyat Selangor dikebas tanpa siapa boleh pertikai. Jika dahulu dikatakan kerajaan negeri tidak telus, kini telus sangatkah kerajaan sedia ada hingga sanggup membebankan rakyat?

Dikatakan simpanan wang negeri Selangor ada berbillion-billion namun ke mana wang itu disalurkan?

Tiada perumahan untuk rakyat.

Tiada pembangunan untuk rakyat.

Tiada bantuan yang diterima rakyat.

Tetapi yang pasti, wang rakyat Selangor akan terus dilaburkan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab semata-mata mahu mengekalkan kuasa mereka di Selangor.

Tanggungjawab kerajaan negeri Selangor nampaknya lebih tertumpu kepada masyarakat Cina yang memberi undi solid kepada kerajaan negeri sekarang berbanding peruntukkan yang diperuntukkan kepada kaum Melayu dan India.

Nampaknya lebih banyak program untuk kaum Cina dilakukan.

Adakah Selangor juga telah menjadi sepertimana Pulau Pinang?

#PRKKAJANG HANYA MEDAN UNTUK ORANG HILANG AKAL - PSM

HARI ini Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan pilihanraya kecil DUN Kajang sebagai tidak masuk akal kerana PRK tersebut diadakan kerana wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat meletakkan jawatan semata-mata mahu memberi laluan Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar.

Ini secara langsung membuatkan PSM tidak akan campur tangan dalam PRK Kajang kerana menganggap ini adalah politik hilang akal. Pengerusi PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim berkata keputusan yang diambil PSM adalah yang terbaik dan menyerahkan kepada rakyat Kajang untuk membuat pilihan.

Untuk rekod, PSM dan PKR memang punyai masalah sejak dahulu lagi terutama dalam penentuan kerusi DUN Semenyih yang menyaksikan pertembungan 3 penjuru (BN, PKR, PSM). Oleh itu tidak hairanlah jika PSM tidak akan terlibat dalam kempen bagi kemenangan Anwar di Kajang.

Dendam lama berdarah kembali apabila Anwar bertanding di Kajang, tidak memberi peluang kepada calon PSM yang telah lama bertapak dan menabur budi di kawasan Kajang memandangkan DUN Kajang adalah berjiran dengan DUN Semenyih yang pernah dicalonkan Setiausaha PSM, Arul dalam PRU13 lalu.

Tuesday, February 11, 2014

SELEPAS RAYUANNYA DITOLAK, ANWAR BELI SURAT MC!!!

SIANG tadi, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam pendakwaraya TS Shafie Abdullah daripada perbicaraan kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan yang akan berlangsung bermula esok, 12 dan 13 Februari.

Lewat petang tadi, dimaklumkan pula Anwar Ibrahim pergi ke Hospital Pantai Cheras untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) bagi mengelakkan sebutan kesnya diadakan pada esok hari.

Pelik! Apa yang membuatkan Anwar begitu gerun dengan TS Shafie Abdullah yang pernah mengendalikan kes-kes besar tidak mengira parti. Beliau juga pernah menjadi peguam kepada pemimpin PAS. Bagaimana pula Anwar boleh menuduh yang TS Shafie Abdullah adalah peguam yang dibayar oleh UMNO untuk menjatuhkan kredibiliti beliau?

Mungkin Anwar takut kerana TS Shafie Abdullah merupakan kenalan lamanya sejak dibangku sekolah rendah lagi. TS Shafie juga amat mengenali Anwar berbanding Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.

Mungkin kerana itu jugalah sehabis boleh Anwar tidak mahu meneruskan perbicaraan kes liwat Saiful akibat takut dengan hujah dan soalan perangkap yang bakal dikemukakan oleh TS Shafie.

Apa-apa pun kita nantikan drama bersiri Anwar esok hari.

Adakah Anwar terkena asid arsenik sekali lagi?
Atau adakah Anwar telah disahkan menghidap HIV seperti yang didakwa dahulu?

PRK N25 KAJANG: BN SEPI MENGENANG NASIB! #PRKKAJANG

HARI ini 11 Februari 2014, genap sebulan lagi 11 Mac 2014 adalah penamaan calon bagi calon-calon yang bertanding bagi merebut kerusi N24 Kajang yang menampilkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal dari pakatan agar cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor tercapai.

Sejak dari awal selepas pengunduran atau perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh lagi Anwar berserta barisan jenteranya telah bergerak bagi berkempen di kawasan Dun Kajang dengan pelbagai program pendekatan rakyat Kajang tidak kiralah ceramahnya mahupun lawatan rumah ke rumah oleh jenteranya yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim selepas berjaya mengenepikan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Dikhabarkan yang Barisan Nasional juga mahu meletakkan calonnya sendiri yang hingga sekarang masih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti sama ada mahu meletakkan calon dari parti komponen MCA mahupun dari UMNO sendiri. Itu bergantung kepada Najib Razak.

Namun angin yang kuat kedengaran bahawa BN pasti akan meletakkan calon mereka namun sedikit kecewa apabila hingga ke hari ini, jentera daripada Barisan Nasional masih belum menampakkan diri mendekati rakyat.

Hanya kelibat barisan tertinggi pemimpin BN yang telah mengadakan taklimat jentera BN di Kajang tempohari dan selepas itu kembali sepi. Adakah BN masih lagi berkira-kira mahu meletakkan calon?

Sedangkan BN tahu yang kerusi Kajang memang tidak akan dimenangi oleh mereka, bahkan jika BN menang kerusi Kajang sekalipun ianya tidak merubah apa-apa keputusan sekalipun. Jika PKR menang sekalipun, Anwar sudah menempah tiket sebagai Menteri Besar Selangor yang baru selepas mereka menang.

Cuma tertanya-tanya, berbaloikah BN meletakkan calon mereka sedangkan umum sudah mengetahui yang mereka pasti akan kalah. Ya! Kurangkan majoriti, namun berapa banyak pula duit kempen yang digunakan semata-mata mahu mengurangkan majoriti undi penduduk Kajang?

Lebih afdhal BN selesaikan dahulu masalah kenaikan harga barang, masalah infrastruktur, masalah pembinaan MRT, masalah kesesakan sebelum bercita-cita membazirkan lebih banyak wang ke arah mengurangkan majoriti undi Anwar Ibrahim.

Tidak perlu dilayan 'anjing Israel' ini semata-mata mahu mengalihkan tumpuan rakyat kepada keputusan mahkamah dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan dalam masa terdekat ini. Inilah kelebihan Anwar. Selagi hidup, selagi itu akan menyusahkan rakyat Malaysia.

Monday, February 10, 2014

KHALID SAHKAN ANWAR BAKAL GANTIKAN MB SELANGOR JIKA MENANG DI KAJANG!! #PRKKAJANG

Keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang menimbulkan kemarahan rakyat termasuk dari pihak penyokong dan NGO rangkaian PR sendiri.  Rata-rata rakyat melihat ia sebagai langkah politik paling terdesak dan kotor kerana sanggup membazirkan wang rakyat sekali gus.  Keputusan ini membuktikan  yang parti pembangkang tidak mengambil peranan wakil rakyat sebagai sesuatu yang serius. 

Semua orang boleh mengagak keputusan tersebut adalah bagi membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.  Pada awalnya, Anwar telah menafikan hal tersebut dan menepisnya sebagai spekulasi. 

Namun, ternyata kini bahawa 'menafikan' sesuatu yang telah atau akan dilakukannya merupakan sikap semulajadi Anwar.  Dalam kata lain, Anwar adalah sejenis manusia yang tidak boleh berkata benar. 

Dalam wawancaranya dengan Australia Network's Newsline semalam, Anwar mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi membolehkan beliau menjadikan negeri  itu sebagai model kepimpinannya.   Menurut Anwar, Selangor adalah negeri paling kaya, paling berkesan dan paling popular dan beliau akan menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang baik dan telus. Jelas, Anwar memang berniat dan merancang untuk menjadi Menteri Besar sejak dari awal. 

Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang sinis oleh rakyat yang peka dengan permainan politik manusia Anugerah Tuhan ini.  

Selama perjuangan Anwar, kita lihat beliau sering memilih jalan belakang, gemar menafi tetapi kemudian membuat U-turn, sentiasa bercakap lain di hadapan satu pihak dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak lain. 

Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus, Anwar boleh menjadi pejuang Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau pejuang Melayu dan pejuang penghapusan hak bumiputera mengikut masa dan tempat di mana beliau berada. 

Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar pada satu ketika, dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar dua tiga hari selepas itu. 

Justeru, apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya beliau berjaya menjadi MB? Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan sebaliknya, iaitu menjadi pemerintah yang kejam dan korup? 

Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan.  Orang yang tidak telus dalam urusannya akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup kegiatannya. Memandangkan menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan, maka tidak salah rasanya jika kita mempersetankan saja janji Anwar untuk memerintah dengan baik dan telus itu. 

Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah yang baik dan telus pada suatu ketika dahulu.   Namun, peluang itu telah digunakannya untuk menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata.  Beliau juga hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika. 

Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor. 

Jika niatnya kotor, caranya juga kotor, maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih? 

Persoalan kini ialah, apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar?  Sudahlah munafik, peliwat pula.  Sudahlah peliwat, perasuah pula.  Sudahlah perasuah, tidak bijak ekonomi pula.   Pendek kata, Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya, beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti. 

Tanpa apa-apa jawatan, Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam hidupnya.  Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian kali. - infokinidotcom

WAYTHA MOORTHY LETAK SEMUA JAWATAN KERAJAAN!!

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang juga pemimpin HINDRAF bakal meletakkan semua jawatan di dalam kerajaan persekutuan berkuatkuasa hari ini, 10 Februari 2014.

Ini kerana dakwaan beliau yang mengatakan Najib Razak selaku Perdana Menteri tidak mengotakan janji terhadap masalah yang membelenggu masyarakat India tentang kemiskinan di negara ini. Setelah mesyuarata bersama pimpinan Hindraf pada minggu lalu, Waytha Moorthy bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri serta Senator dan surat perletakan jawatan juga telah diserahkan kepada PM namun masih belum mendapat jawapan.

Inilah rentetan kepercayaan yang diberikan kepada Najib terhadap pemimpin pembangkang.

Ketam tak dapat mengajar anaknya berjalan lurus.

Sejarah telah mengajar kita tentang keruntuhan empayar agong Melaka kerana orang kepercayaan pemerintah.

Bukan hendak bersikap skeptikal namun itulah hakikat sebenarnya. PM Najib terlalu percaya dengan orang yang berada di luar parti lebih daripada orang dalam parti sendiri.

Senang nak jadi pembesar negara sekarang ini apabila dibawah pentadbiran Najib Razak. Bakar bendera, laung kutuk kerajaan, bersekongkol dengan pembangkang bernama Anwar, terus dilantik pembesar negara.

Waytha Moorthy salah seorangnya. Beberapa nama lain yang turut menjadi pencatur politik BN yang juga BEKAS penyokong pembangkang dahulu mendapat nikmat berterusan hasil daripada pemberian kerajaan yang pernah mereka hina dan kutuk dahulu. Ya! Mereka sudah bertaubat.

Nallakarupan, rakan karib Anwar diberi Senator, diberi pingat namun hingga kini tidak mendedahkan RAHSIA BESAR bekas rakan karibnya itu. 

Ezam Md Noor, bekas Ketua AMK yang dikatakan punyai 10 kotak terkandung rahsia Anwar hingga kini senyap membisu.

Lokman Adam, bekas Ketua AMK Johor yang pernah membakar dan mengencing bendera UMNO dilantik dalam jabatan strategik politik UMNO. Kerjanya buat amal dengan mengelilingi dunia bersama geng motor besarnya.

Secara terangnya. APA YANG MEREKA BUAT UNTUK MENJATUHKAN ANWAR??

NOTHING!!!!!!!

Thursday, February 6, 2014

HADI AWANG BANTU ANWAR DI #PRKKAJANG, BUKTI SOKONG JADI MB SELANGOR!!

PERGOLAKAN dalaman PKR telah membawa pada satu tahap yang amat kritikal pada saat ini sehinggakan Ketua Umum nya terpaksa turun padang dan terpaksa menjadi Adun Kajang demi untuk menyelamatkan anak ikannya Azmin daripada Khalid yang dilihat rakus.

Ternyata umpan Anwar menjadi dengan kenyataan terbaru Hadi Awang yang akan membantu kempen PKR di Kajang bagi memenangi semula kerusi Dun Kajang yang telah dikosongkan khas untuk Anwar oleh Lee Chin Cheh walaupun bekas Adun Kajang itu tiada masalah yang teruk di kawasan Kajang.

Permusuhan antara Khalid dan Azmin telah lama diperhatikan oleh umum dengan beberapa tindakan Khalid yang menidakkan hak Azmin dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Antaranya tidak melantik semula orang-orang kanan Azmin sebagai exco negeri dan baru-baru ini memecat Azmin daripada Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Jika Presiden PAS bersetuju untuk membantu Anwar di Kajang, maka dengan ini ternyatalah ada permuafakatan rahsia antara Anwar dan Hadi dalam memusnahkan karier politik Khalid sekaligus mengiyakan bahawa Khalid akan diturunkan daripada menjadi Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Anwar.

Mana mungkin sebagai seorang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar hanya ingin menjadi seorang Adun biasa yang hanya berada di kawasan jika bukan diberikan jawatan Menteri Besar. Tidak tercemarkah nama Anwar? Sedangkan kita semua tahu yang Anwar memang rakus dalam menggondol semua jawatan yang ada. Ini termasuklah Ketua Umum PKR, Ketua Pembangkang, Ketua Kelab Gay Malasysia, serta Ketua Anugerah Tuhan yang juga turut bergelar Pemimpin Antarabangsa.

PAS Selangor nampaknya bersetuju kerusi MB Selangor diserahkan kepada seorang bukan anak jati Selangor. Walaupun PAS punya kerusi paling banyak di Selangor namun kerana patuh dan taat untuk masuk syurga yang dijanjikan Nik Aziz, mereka sanggup mengangkat seorang peliwat/penzina menjadi ketua kerajaan negeri yang punyai Sultan berdaulat.

KEMELUT DALAMAN PKR, KAKITANGAN PKNS JADI MANGSA!! #PRKKAJANG

Khalid nafi pecat kakitangan anak syarikat PKNS....Siapa Tandatangan Surat tu????Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Beliau ketika ditemui berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan pemberhentian disebabkan mereka tidak melanjutkan kontrak kakitangan terbabit.

Bernama melaporkan Abdul Khalid berkata menerusi nota yang diberikan kepadanya, pihak pengurusan PHSB memaklumkan tindakan itu adalah sebagai langkah untuk menentukan jumlah pekerja yang sesuai dalam organisasi berkenaan memandangkan pekerja yang diberhentikan itu adalah pekerja kontrak.

"Itu adalah keputusan pengurusan PHSB dan saya percaya pasti ada sebabnya malah pada saya konsep dipecat boleh jadi tiada tetapi konsep tidak diteruskan pelantikan boleh jadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di Shah ALam malam tadi.

"Inilah Negeri Berkebajikan yang dicanang Selangor"

PHSB memecat 30 kakitangannya semalam, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa semalam.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Ketika diminta mengulas sama ada pemberhentian itu ada kaitan dengan isu dalaman yang dihadapi PKNS kini, Abdul Khalid turut menafikan ia disebabkan perkara berkenaan malah kes itu masih lagi dalam proses pendengaran yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Wednesday, February 5, 2014

KHALID GAGAP JADI PENGARAH PRK KAJANG! KENAPA BUKAN AZMIN?? #PRKKAJANG

Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution secara rasmi mengumumkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah pilihanraya bagi menghadapi PRK Dun Kajang. Manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai timbalan pengarah pilihanraya dan Borhan Aman Shah, yang merupakan pengarah jawatankuasa pilihan raya Selangor, dilantik sebagai pengarah operasi pilihan raya.

Menjadi tanda tanya apakah motif PKR melantik Khalid sebagai pengarah prk DUN Kajang dan Zuraida sebagai timbalan pengarah. Sedangkan PKR Selangor diketuai oleh Azmin Ali sebagai Pengerusi. Mungkin nak ‘cover line’ sebab yang kuat menentang Khalid selama ini ialah Azmin. Jadi untuk mengekalkan pengaruh Azmin, PKR telah melantik Zuraida dari kem Azmin sebagai timbalan pengarah untuk menguruskan PRK Kajang.

Semua ini sebahagian sandiwara sementara yang ditunjukkan oleh PKR sedangkan rakyat tahu masalah dalaman cukup kuat melanda parti itu. Apa lagi sendiwara mereka selepas ini. Kita sama-sama tunggu dan lihat. 

Monday, February 3, 2014

PERCATURAN ANWAR BUKTI RAKYAT SELANGOR SENANG DITIPU!! #PRKKAJANG

Nampaknya banyak pihak yang marahkan Anwar Ibrahim atas keputusannya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.

Bukan itu sahaja, malah sekutunya, Pas juga menghentam Anwar yang dianggap rakus, gelojoh dan tamakkan kuasa sehingga menyusahkan rakyat dan juga pembangkang.

Anwar sanggup membazir wang dan masa rakyat tatkala isu kenaikan kos sara hidup hangat diperkatakan.

Baginya, 'survival' politik dirinya sendiri jauh lebih penting daripada menangani masalah rakyat yang lebih serius.

Malah tindakan beliau meminta Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang bukan dibuat atas dasar darurat tetapi bagi membolehkannya mendapat lebih kuasa dan pengaruh.

Simpati harus diberi kepada rakyat Kajang yang memilih calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu tetapi beginikah pembangkang membalas budi pengundi?

Anwar sanggup mengorbankan sebuah kerusi hanya kerana hendak menyelesaikan masalah kronik antara Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.

Benarkah dengan pengosongan kerusi Kajang dapat merungkaikan kemelut Khalid-Azmin dan bagaimana pula caranya?

Anwar sah-sah tidak boleh menjadi menteri besar menggantikan Khalid kerana ia bercanggah dengan undang-undang tubuh Selangor yang mewajibkan penjawat anak jati kelahiran negeri itu.

Lagipun kuasa mutlak perlantikan menteri besar terletak di dalam tangan Sultan.

Malah Khalid pandai bermain politik 'survival' dengan Anwar dengan mengikut sahaja kata bos politiknya tetapi beliau sendiri tegas menyatakan pendirian tidak akan meletakan jawatan.

Kalaupun Khalid mengundur diri tidak semestinya kerusi tersebut akan kekal di dalam tangan PKR.

Azmin juga tidak layak menjadi menteri besar kerana walaupun beliau anak Selangor tetapi lahir di Singapura.

Lagi pun pemecatan beliau dari PKNS sebagai anggota lembaga pengarah membangkitkan isu ketelusan samada Azmin terbabit dalam gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sudah tentu Khalid memegang banyak rahsia penyelewengan Azmin di Selangor dan akan menggunakan maklumat ini sekiranya kedudukan beliau tercabar.

Pas juga awal-awal sudah menyatakan jika Khalid berundur ia akan meminta sultan melantik wakilnya kejawatan itu.

Hujah Pas agak sukar untuk ditolak kerana parti itu mempunyai majoriti kerusi daripada PKR.

Pas berkompromi dengan PKR hanya kerana ia sudah memerintah Kelantan manakala Dap mentadbir Pulau Pinang.

Walaupun pahit hendak ditelan Pas terpaksa juga memberi laluan kepada PKR di Selangor.

Dengan percaturan politik 'sate' yang dimain oleh Anwar menyebabkan peluang parti itu untuk terus memegang jawatan itu mungkin tergugat sekiranya Khalid meletak jawatan.

Disebabkan ini ada pihak yang sudah melabel PKR sebagai 'Parti Kencing Rakyat' kerana gemar suka putar belit dan mengamalkan politik kepentingan peribadi.

Jika dibaca komen-komen pemimpin PKR untuk menjustifikasikan tindakan Anwar boleh layak masuk pertandingan Raja Lawak.

Azmin mengatakan rakyat Kajang bertuah kerana mendapat calon yang bertaraf pemimpin dunia kerana bukan sahaja pemimpin hebat di Malaysia tetapi juga di kalangan negara-negara Timur Tengah.

Jika begitu, elok sahaja Anwar berhijrah kemana-mana negara Arab kerana sudah tentu tidak jadi masalah rakyat di sana memilih beliau sebagai perdana menteri atau lebih baik lagi sebagai raja.

Komen beliau juga menghina Lee yang menjadi Adun sebelumnya yang tidak dihargai pengorbanannya kepada parti malah direndah-rendahkan martabatnya di mata penduduk rakyat Kajang.

Jika Anwar jadi Adun Kajang sekali pun pada usia 67 tahun bagaimana beliau mahu ke hulu ke hilir memberi khidmat secara berkesan kepada pengundi di Permatang Pauh dan juga di Selangor?

Semua ini perlu difikirkan rakyat mengapa mereka harus terus mengundi pembangkang kerana buktinya sudah cukup jelas pengundi telah di'sate'kan.

LEBIH 10,000 WARGA ASING DI KAJANG!! PATUT ANWAR PILIH KERUSI DUN INI!! #PRKKAJANG

SEMALAM sempat berkunjung ke Pekan Kajang yang bakal menyaksikan PEMIMPIN DUNIA mengambil alih kerusi DUN Kajang daripada seorang anak muda berbangsa Cina yang memang merupakan anak jati Kajang.

Menyelusuri jalan-jalan serta lorong-lorong sekitar pekan Kajang pada hari Ahad memang agak merimaskan kerana pekan yang dahulunya hanya dipenuhi dengan penduduk setempat tidak kira Melayu, Cina ataupun India kini dimeriahkan dengan kehadiran 'tourist' daripada Bangladesh, Nepal, Myanmar, Vietnam serta Indonesia.

Setelah dikaji dan diselidiki, memang benarlah telahan aku selama ini kenapa Anwar memilih kerusi DUN Kajang sebagai tempat untuk test market. Manakan tidak, sepanjang pemerhatian aku lebih 3 jam di pekan Kajang yang menempatkan Plaza MetroPoint sebagai kawasan melepak, aku perhatikan setiap lorong, setiap kedai, setiap saat pasti nampak kelibat warga asing terutama dari negara Bangladesh.

Ternyata pemerhatian aku tidak sia-sia. Anwar akan menang besar dengan penambahan majoriti jika BN turut bertanding. Kerana apa? Kerana Anwar sudah pun membuat kajian terperinci tentang pengundi Bangladesh yang bakal mengundi beliau dalam PRK Kajang akan datang.

Tidak mustahil juga pelbagai janji manis Anwar akan ditaburkan kepada pengundi Bangladesh ini semata-mata mahu mendapat undi dari mereka. Mungkin juga Anwar menjanjikan kerakyatan atau penduduk tetap kepada para pengundi Bangladesh beliau. Ini strategi.

Sayangnya BN tidak pernah nampak ini semua. Dengan jumlah kepadatan penduduk yang agak tinggi bagi satu kawasan yang kecil, BN tidak pernah sedar bahawa di DUN Kajang ini juga punyai rakyat negara asing yang perlu dijaga. 

Sekalipun tidak dapat mengundi Anwar dalam PRK nanti. Nescaya warga Bangladesh ini bakal diserap dalam jentera mereka sebagai pembawa bendera ataupun tukang gantung bendera. Ini realiti.

Ini jugalah sebab utama kenapa Anwar dengan begitu angkuh berkata yang sekalipun beliau tidak turun berkempen, Anwar pasti akan menang.

Saturday, February 1, 2014

ANWAR SECARA RASMI KETUA ULTRAS SELANGOR YANG BARU!!!

TAHNIAH kepada penyokong setia bola sepak Selangor kerana pemimpin DUNIA no.1 dengan rasminya adalah penyokong pasukan bola sepak negeri Selangor. Mungkin juga selepas beliau menjadi Menteri Besar Selangor, beliau akan mengetuai pasukan sorak Ultras Selangor di dalam stadium.

Hebat lakonan Anwar. Setelah berpuluh-puluh tahun hidup, tidak pernah ambil tahu tentang dunia bola sepak, tiba-tiba hari ini beliau mengumumkan sebagai penyokong setia pasukan Selangor.

Program anjuran Menteri Besar Selangor lama, Khalid Gagap di Rumah Kediaman Menteri Besar di Shah Alam petang tadi berjaya mengumpulkan lebih 1000 orang peminat serta penyokong bola sepak Selangor. Majlis diadakan adalah untuk menghargai sokongan mereka terhadap pasukan kesayangan Anwar Juburi ini.

Ada juga yang terkejut dengan kehadiran Anwar dalam majlis itu. Ada juga yang bertindak keluar dan balik setelah mendapat tahu Anwar bakal bersama mereka. Dengan memakai baju jersey pasukan Selangor, Anwar hadir dan disambut penuh meriah oleh MB Selangor yang lama, Khalid Gagap.

Berpuluh tahun aku ikuti perkembangan sukan bolasepak Selangor. Beratus perlawan yang aku ikuti hingga ke stadium serata negara, namun ini pertama kali Anwar hadir untuk menyatakan sokongan no.1 terhadap pasukan Selangor memandangkan beliau akan menjadi rakyat Selangor tidak lama lagi.

Hebat permainan politik Anwar. Boleh jadi apa sahaja dalam sekelip mata. Serba boleh, fleksibel, depan belakang boleh hentam.

Tahniah rakyat Selangor!!

Bakal mendapat Menteri Besar yang baru!!!

Bakal menjadi negeri LGBT pertama dalam Malaysia!!

Syabas penduduk Kajang!!